Wednesday, June 22, 2011

7 perkara pelik..


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain
kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut terjumpa dengan
seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk
bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur
untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa
mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku
yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" yang pertama..aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat.
Mengapa terjadi begitu,wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah
mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat
wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi.
Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.
Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada
waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali
kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar
pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." "Mereka itulah
golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya
bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi
begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah
golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang
menderhakai ibu bapanya.

"ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang,
hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh
badannya, " sambung pemuda itu.
"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan
pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat,
sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku
menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan laha
dnya dipenuhi air hitam yang, amat busuk baunya,"
"Wahai pemuda,
itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah
tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya
wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut,
"Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka
beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang
beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu
hayatnya mahupun sesudah matinya.

"ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t
kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan
dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah

No comments:

Post a Comment