Wednesday, June 29, 2011

Tidak penting tapi menarik..(1)

: "Pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu..

1-  Siapakah yang dikatakan wajahnya begitu mirip dengan  Rasullullah s.a.w?
Sayidina al-Hasan bin Ali, berdasarkan kata Anas r.a yang diriwayatkan oleh al-Bukhari

2-  Sahabat Nabi yang dikenali sebagai "Abu Masakin" iaitu bapa orang miskin ialah... 
Ja'far bin Abi Talib.

3-  Berapakah jumlah malaikat yang memikul arasy pada hari kiamat?
Lapan malaikat. Allah berfirman yang bermaksud: " Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka". (Surah al-Haqqah 69:17)

4-  Berapakah jumlah anak lelaki Nabi Yaakub termasuk Yusuf a.s?
11 orang

5-  Berpandukan kisah dalam al-Quran, namakan suami yang mempunyai isteri yang tidak taat pada perintah Allah.
Lut a.s dan Nuh a.s mempunyai isteri yang tidak beriman dengan Allah. 

Pelajaran dari Imam al-Ghazali

 PESANAN

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU.. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Wednesday, June 22, 2011

7 perkara pelik..


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain
kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut terjumpa dengan
seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk
bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur
untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa
mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku
yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" yang pertama..aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat.
Mengapa terjadi begitu,wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah
mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat
wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi.
Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.
Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada
waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali
kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar
pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." "Mereka itulah
golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya
bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi
begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah
golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang
menderhakai ibu bapanya.

"ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang,
hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh
badannya, " sambung pemuda itu.
"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan
pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat,
sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku
menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan laha
dnya dipenuhi air hitam yang, amat busuk baunya,"
"Wahai pemuda,
itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah
tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya
wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut,
"Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka
beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang
beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu
hayatnya mahupun sesudah matinya.

"ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t
kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan
dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah

Saturday, May 21, 2011

Kasih Sayang yang terlihat





 Kasih sayang Allah sangat luas jika hendak di bandingkan kasih sayang sesama makhluk nya. Namun kasih sayang yang dikurniakan kepada kita wajar kita syukuri.Di sini saya ingin berkongsi cerita yang mungkin ada persamaan dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah yang lemah.
 Adik saya membela seekor kucing yang sangat comel. Kami bertujuh beradik sememangnya sangat sayang akan kucing. Sifat kami mengikut jejak langkah arwah abah yang sangat sayangkan kucing.Kalau arwah jumpa kucing di tepi jalan mesti dia berhenti dan cium kucing tersebut.Kami dididik sayangkan kucing kerana arwah pesan kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad.
 Adik saya memberi nama kucingnya dengan nama Memey. Nasib kucing tersebut sama seperti anak terbuang,tanpa ayah dan ibu kerana adik mengutip Memey di dalam sebuah longkang. Atas rasa simpati adik membawa kucing tersebut pulang dan menjaganya sehingga dewasa.
 Walaupun saya jarang pulang ke rumah kerana tinggal jauh dari keluarga namun sedikit sebanyak saya tahu perkembanga mengenai Memey. Di pendekkan cerita,pada suatu hari Memey melahirkan seekor anak namun dia anaknya hilang mungkin di bawa lari oleh kucing lain. Memey berasa sedih dan sering memanggil-manggil anak nya.Namun kesedihan nya hanya sementara dan dia meneruskan kehidupan nya seperti biasa hingga lah pada suatu hari Memey melahirkan 3 ekor lagi anaknya. Apa yang mengejutkn kami Memey sememang sayangkan anak nya sama seperti manusia namun dia tidak pandai menjaga anaknya seperti ibu kucing yang lain. Memey tidak pandai menggonggong anaknya dan ada lagi perkara lain yang kami  nampak janggal.
   Kesimpulannya,kami beranggapan mungkin kerana dia pernah hidup terbuang tanpa kasih sayang ibu dan tanpa sentuhan ibu maka dia juga tidak pandai untuk menunjukkan kasih sayang nya pada anaknya.
Kisah ini mungkin nampak seperti tiada apa-apa yang menarik namun pada saya ianya boleh di jadikan iktibar pada kita yang mempunyai akal untuk berfikir. Terutama ibu dan bapa dan yang bakal bergelar ibu. Berilah kasing sayang seperti yang sewajarnya kepada anak masing-masing agar mereka tahu untuk membalasnya.Berilah mereka kasih sayang sepenuhnya agar mereka sedar ada insan yang menyayangi mereka.Tunjukkan lah kasih sayang dan didik lah mereka seperti yang sepatutnya agar mereka rasa disayangi.
  Tanpa kita sedar,gejala sosial yang berlaku pada masa kini juga akibat daripada kurangnya kasih sayang dan didikan. Saya teramat takut dengan apa yang berlaku sekarang.Moga-moga kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran untuk semua ini.Andainya setelah kita beri sepenuh kasih sayang dan didikan yang sempurna namun keadaan tidak diingi tetap jua berlaku maka jangan lah anda sebagai ibu bapa terus menghukum,teruskan berdoa dan banyakkan doa agar anak diberi petunjuk. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan jangan lah kita tergolong dalam hamba-hambaNya yang berputus asa.

Dalam Al-Quran ada mengatakan: Kalian lah yang menjadi anak kalian sama ada Majusi atau Nasrani..

 Corak lah kehidupan anak-anak dengan warna yang betul

Sunday, November 7, 2010

Pelangi indah ciptaan-Nya...



Seringkali kita mendengar "kadangkala Allah hilangkan mentari..Kemudian Dia datangkan guruh..Puas kita mencari mana mentari kita,rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah"..... Subhannallah memang cantik dan Maha hebat sungguh kejadian ciptaan Allah itu...Tak tercapai dek akal macam mana ianya boleh terjadi...namun itu semua kuasa Allah yang mencipta...Pelangi ibarat hidup kita, setiap apa yang hilang dalam hidup ini ada ganti nya....hanya kesabaran dan keikhlasan lah yang perlu ada untuk lalui jalan itu....Wahai sahabat,apa yang hilang dalam hidup ini ada ganti nya...Renung-renungkan nikmat yang hilang diganti dengan nikmat-nikmat lain yang cukup besar dan sungguh bermakna dalam hidup ini...Apa yang berlaku itu ada hikmah tersembunyi yang hanya Allah Maha Besar saja yang mengetahuinya...Maka kuatkan hati membina iman untuk terus menerima ujian dari Allah SWT...Moga-moga apa yang diganti lebih memberi kebaikan dan makna dalam hidup kita,sahabat..
     Jangan di sesali perjalanan hidup ini,kerana Allah itu Maha Tahu tentangnya....Moga kita masih di sini sama-sama bersyukur kepada-Nya kerana telah mengurniakan nikmat IMAN...Takutkan lah apabila nikmat IMAN itu yang hilang...Sesungguhnya IMAN lah yang bawa kita menuju ke akhirat dengan hati yang tenang...Pernah dengar lagu nasyid??... "Hidup tidak selalu indah,langit tidak selalu cerah,malam suram tidak berbintang,begitulah lukisan alam..." Dah nyata lagi jelas kehidupan ini ada pasang dan surut nya...Belum tentu apa yang kita ingini dapat kita temui...belum tentu apa yang kita temui dapat kita milki dan belum tentu apa yang kita miliki akan kekal selama-lamanya...Wahai sahabat ,moga-moga kita sama-sama membina diri yang terkadang lemah dek ujian yang mendatang...Ujian yang maha hebat mungkin,namun tidak bermakna kita harus rebah jatuh menyembah ke bumi..Allah sangat menyayangi hamba-Nya,kerana itu Dia beri ujian,kerana itu Dia hulurkan dugaan untuk lihat dimana tahap IMAN kita..Berdoa lah,berdoa selagi bibir kita mampu bergerak,selagi hati kita masih hidup,selagi kita masih bernafas..mintalah,minta pada Dia Allah yang Maha Penyayang yang Maha Mendengar doa hamba-Nya.Minta pada-Nya supaya di beri kekuatan,kesabaran, yang paling penting keIMANan dalam diri untuk lalui hari-hari yang mendatang...Walau pun kita kehilangan seseorang,kehilangan pekerjaan,hilang segala-galanya...Berdoa lah moga ujian dan dugaan ini mampu membersihkan dosa kita masa lalu...Mungkin ini adalah peringatan kepada kita sebelum jauh terpesong,sebelum kita jatuh tersungkur,sebelum kita hilang segala-galanya...
      Kepada mereka yang inginkan kebahagiaan,tetapi jalan itu masih belum ditemui...Maka bersabarlah sahabat...Rencana Allah sungguh cantik...Teruskan Usaha, Doa dan akhirnya tawakkal....Pesanan daripada Imam al-Ghazali.."Anakku,apabila yang diingini dan dikejar itu sesuatu yang tinggi dan mulia,maka banyaklah akibatnya dan panjanglah perjalanan menuju ke sana.."Sekian..







Friday, October 15, 2010

Ada 7 petanda kebahagiaan dunia:

Qalbun Syakirun - hati yang selalu bersyukur
Al-Azwaju Solihah - pasangan hidup yang soleh
Al-Auladul Abrar - anak yang soleh
Al-Biatus Solihah - lingkungan yang kondusif untuk IMAN
Al-Malul Halal - harta yang halal
Tafakkuh fid-Din - semangat untuk memahami agama
Umur yang barokah- umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.
(Ibnu Abbas RA)

Wednesday, October 13, 2010

Renungan bersama...7 perkara dengan 7 perkara..

      As-Syeikh Al-Imamul-ajallu Abu Nashr Muhammad bin Abdurrohman Alhamdaani,semoga rahmat Allah berlimpah ke atasnya,(ketahuilah) bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan-Nya dan sangat tinggi kalimat-Nya serta bersinambungan nikmat-Nya telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara,dan menghiasinya pula bagi yang tiap-tiap yang tujuh perkara itu dengan tujuh perkara lainnya,untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang Agong di sisi Allah,Maharaja yang memilki kemudharatan dan kemanfaatan..

Pertama, Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit. Firman-Nya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kukuh. (Annabaa':12) . Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang,firman-Nya yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang dilangit,dan Kami telah menghiasnya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya. (Q.S Al-Hijr: 16)

Kedua, Allah telah menghias padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud: Allah lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi...(Q.S Aththalaaq:12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan,sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan laut,ditambahkan kepada tujuh laut lagi sesudahnya... (Q.S Luqman:27)

Ketiga, Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat,iaitu: Jahannam, Sa'iir, Saqar, Jahiim, Huthamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh pintu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (Q.S Al-Hijr: 44)

Keempat, Allah meghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang,kemudian menghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu tujuh ayat yang di baca berulang-ulang dan Al-Quran yang Agung. (Q.S Al-Hijr: 87).

Kelima, Allah menghiasi manusia dengan tujuh anggota badan iaitu, dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya denga tujuh peribadatan iaitu dua tangan denga berdoa,dua kaki dengan berkhidmat,dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud kepada-Nya.Firman-Nya yang bermaksud: Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan). (Q.S Al-Alaq: 19)

Keenam, Allah menghias umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut 'radli', kemudian 'fathim', kemudian 'kuhul' kemudian 'syaikh'. Dan Allah menghias tujuh peringkat umur dengan tujuh kalimat iaitu: Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa (Laa Illaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya (Q.S Al-Fath: 26)

Ketujuh, Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu, Pertama-Hindustan, Kedua-Hijaz,Ketiga-Bashrah,Badiyah dan Kufah, Keempat-Iraq,Syam,Khurasan samapi ke Balakh, Kelima-Roma dan Armenia,Keenam-Negeri Ya'juj dan Ma'juj, Ketujuh-Cina dan Turkistan. Kemudian Allah menghiaskan tujuh negeri yang besar itu denga tujuh hari iaitu Sabtu,Ahad,Isnin,Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat. Dan Allah memuliakan ketujuh hari itu dengan para nabi iaitu, Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari Sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari Ahad, Daud a.s dengan hari Isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari Selasa,Nabi Ya'akub a.s dengan hari Rabu, Nabi adam a.s dengan hari Khamis, dan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari Jumaat...

(Kitab: AS SAB'IYYAATU FII MAWAA'IDHI'LBRITYAAT).

Tuesday, October 12, 2010

Hidup Hanya 3 Hari..Nafas hanya 2..

Hidup 3 hari 2 Nafas

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI"
Semalam       ---->    Sudah menjadi sejarah
Hari Ini          ---->    Apa yang sedang kita lakukan
Esok              ---->   Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua..

"HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS"
Nafas Naik
Nafas Turun

Haigailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya..

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini..

"HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN"
Hidup dalam keredhaan Allah
Hidup dalam kemurkaan Allah

"HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT"
Kekal di dalam neraka
Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN..

Rukun IMAN itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia....

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah

SOLAT... amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi TIDAK BERSOLAT,umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,tetapi tidak mempunyai boarding pass..

Dan mereka yang sengaja melalaikan SOLAT, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa meletakkan setem..apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai kepada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian...

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini...
Dia mungkin di denda...atau suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu,tidakakah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...Sekurang-kurang Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati-Nya..setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang.. lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan redha dan Allah meredhai....

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa di dunia jua akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah S.W.T.

Bila diri di sayangi....

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermantera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut nama-Mu...
Tiada batasan waktu
Tiada tempat-Mu tertentu
Di gunung di lembah,di darat di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa
Keagungan kasih,merubah takdir...
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap nama-Mu
Terasa diriku kembali dipandu...
Kau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkan lah aku menumpang disini
Di bawah naungan kasih dan sayang-Mu
Ku berserah diri......