Thursday, February 16, 2012

Kenyataan hidup disebalik permainan ini..




     Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajar sesuatu kpd anak muridnya. Dia duduk mengahadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanan nya ada satu pemadam.
     Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan.. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur,di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini ,maka sebut "Kapur" , jika saya angkat pemadam ini, maka katakan "Pemadam".... Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya,semakin lama semakin cepat.
     Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebut "Pemadam" jika saya angkat pemadam kamu katakan "Kapur". Dan diulang seperti tadi, tentu sj murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar utk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara utk menukarkan sesuatu, perkara yang haq menjadi batil, dan sebaliknya.
     Pada mulanya agak sukar bagi kita utk menerima hal tersebut, tetapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mula dapat membiasakan diri dan mengikutinya.
     Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak balik dan menukar nilai murni akidah dan hukum Islam dari masa ke masa. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi hal yg lumrah,tanpa rasa malu,seks sebelum nikah menjadi satu kebiasaan dan "trend", hiburan yg asyik dan panjang sehingga melupakan yg wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi satu gaya hidup dan lain-lain. "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" Tanya guru kepada anak muridnya."Baik utk permainan kedua......" Gurunya meneruskan ...
     "Cikgu ada Quran, cikgu akan letakkan nya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainan nya adalah, bagaimana caranya mengambil Quran yg ada di tengah tanpa memijak karpet?" Murid-murid berfikir. Ada yg mencuba dgn tongkat, dan selainnya. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan dia ambil al-Quran. IA memenuhi syarat, tidak memijak karpet...
     "Murid-murid, begitulah umat Islam dgn musuhnya... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan..Kerana tentu anda akan menolaknya dgn mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kitasecara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. Jika seseorang ingin membuat rumah yg kuat, maka dibina tapak yg kuat.
     Begitulah Islam,jika ingin kuat,maka bangunlah akidah yg kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan... Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merosakkan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup,pakaian dan lain-lain..Meskipun kita muslim,tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yg dijalankan oleh musuh-musuh kita..."
     "Kenapa mereka tidak berani terang-terangan memijak-mijak kita, cikgu?" Tanya murid-murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. tapi sekarang tak lagi. Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan,mereka tidak akan sedar dan akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, musuh akan gerun." Ayuh kembalikan kegemilangan Islam." Allahu Akhbar!

Moralnya : Inilah penyebab runtuhnya akidah Islam dan tumbangnya satu persatu anak bangsa.. Bersatulah demi Islam... Fikir-fikirkanlah bersama..

No comments:

Post a Comment