Wednesday, February 15, 2012

Rindu NABI MUHAMMAD terhadap kita....


Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yan hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia  mendengar org yang sgt di kasihi melefazkan pengakuan sedemikian...

   Seulas senyuman yg terukir dibibirnya  pun terungkai. Wajahnya yg tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasullullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? "Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran. "Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasullullah bernada rendah. "Kami juga ikhwanmu ya Rasullullah," kata seorg sahabat yg lain pula. Rasullullah mengeleng-ngelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasullullah dan mereka mencintaiku. Malahan kecintaan mereka terhadapku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.." Pada ketika yg lain pula, Rasullullah menceritakan tentang keimanan "ikhwan" baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasullullah. "Malaikat" jawab sahabat. " Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah., jelas Rasullullah.
   Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka bertanya lagi, "Para nabi?" .... "Bagaimana para nabi tidak beriman ,sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka"......"Mungkin kami?", celah seorang sahabat. "Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kau,,," pintas Rasullullah menyangkal hujah sahabatnya itu... "Kalau begitu hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yg lebih mengetahhui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
   "Kamu ingin  tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasullullah. "Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasullullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

No comments:

Post a Comment