Thursday, August 26, 2010

Sekadar Salam...

Pesanku dari jauh suarakan pada ombak...
Tak perlu terlalu resah...kerana setiap geloranya
adalah cerita kelukaan hidup....
Bicarakan pada pantai....Tak perlu selalu
berubah kerana setia itu lebih dihargai...
Bisikan pada bayu...tak perlu terlalu melambai
bimbang kasih sayangnya tiada menilai...
Rayu pada camar tak perlu terbang jauh..
kalau yang dekat lebih bermakna.....
titip salam pada laut katakan aku...
teramat rindu pada segala keindahan milik
                  peribadiNya..


                

Saturday, August 7, 2010

Doa pelindung dari bahaya

Selain doa yang telah saya kirimkan dahulu bolehlah dibaca doa’ ini untuk menghindar selsema babi. Dan wabak yang lain.
عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال: قالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم:مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ في صَبَاحِ كُلّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلّ لَيْلَةٍ:
بِسْمِ الله الّذِي لا يَضُرّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرْضِ وَلا في السّمَاءِ وَهُوَ السّمِيعُ العَلِيمُ،
ثَلاَثَ مَرّاتٍ إلَّا لم يضُرّهُ شَيْءٌ“.
Diriwayatkan daripada Saidana Osman b Affan yang telah menceritakan bahawa Rasulullah ada bersabda, “Tidak ada suatu yang akan memberi mudarat hamba yang berkata kalimah ini tiga kali pada setiap pagi dan petang”.

بِسْمِ الله الّذِي لا يَضُرّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرْضِ وَلا في السّمَاءِ وَهُوَ السّمِيعُ العَلِيمُ،

Dibaca tiga kali.
Ertinya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat serta namaNya oleh sesuatu dibumi dan di langit dan Dia lah tuhan yang amat mendengar lagi amat mengetahui.

Friday, August 6, 2010

TAHAJJUD CINTA...

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahaya
Tunjukku ke jalan syurga..

Kuhaus ditengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan..

Kusunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan Wali
Yang suci dari hina dan benci

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu byk cinta yang kudamba
Tiada yang sempurna hanya lah fana
Tuhan ampuni hamba-Mu

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggal baju dunia
Dakapku dgn selimut syurga

Ya Tuhan hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihMu
Dalam tahajjud Cinta bersujud..