Saturday, May 21, 2011

Kasih Sayang yang terlihat





 Kasih sayang Allah sangat luas jika hendak di bandingkan kasih sayang sesama makhluk nya. Namun kasih sayang yang dikurniakan kepada kita wajar kita syukuri.Di sini saya ingin berkongsi cerita yang mungkin ada persamaan dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah yang lemah.
 Adik saya membela seekor kucing yang sangat comel. Kami bertujuh beradik sememangnya sangat sayang akan kucing. Sifat kami mengikut jejak langkah arwah abah yang sangat sayangkan kucing.Kalau arwah jumpa kucing di tepi jalan mesti dia berhenti dan cium kucing tersebut.Kami dididik sayangkan kucing kerana arwah pesan kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad.
 Adik saya memberi nama kucingnya dengan nama Memey. Nasib kucing tersebut sama seperti anak terbuang,tanpa ayah dan ibu kerana adik mengutip Memey di dalam sebuah longkang. Atas rasa simpati adik membawa kucing tersebut pulang dan menjaganya sehingga dewasa.
 Walaupun saya jarang pulang ke rumah kerana tinggal jauh dari keluarga namun sedikit sebanyak saya tahu perkembanga mengenai Memey. Di pendekkan cerita,pada suatu hari Memey melahirkan seekor anak namun dia anaknya hilang mungkin di bawa lari oleh kucing lain. Memey berasa sedih dan sering memanggil-manggil anak nya.Namun kesedihan nya hanya sementara dan dia meneruskan kehidupan nya seperti biasa hingga lah pada suatu hari Memey melahirkan 3 ekor lagi anaknya. Apa yang mengejutkn kami Memey sememang sayangkan anak nya sama seperti manusia namun dia tidak pandai menjaga anaknya seperti ibu kucing yang lain. Memey tidak pandai menggonggong anaknya dan ada lagi perkara lain yang kami  nampak janggal.
   Kesimpulannya,kami beranggapan mungkin kerana dia pernah hidup terbuang tanpa kasih sayang ibu dan tanpa sentuhan ibu maka dia juga tidak pandai untuk menunjukkan kasih sayang nya pada anaknya.
Kisah ini mungkin nampak seperti tiada apa-apa yang menarik namun pada saya ianya boleh di jadikan iktibar pada kita yang mempunyai akal untuk berfikir. Terutama ibu dan bapa dan yang bakal bergelar ibu. Berilah kasing sayang seperti yang sewajarnya kepada anak masing-masing agar mereka tahu untuk membalasnya.Berilah mereka kasih sayang sepenuhnya agar mereka sedar ada insan yang menyayangi mereka.Tunjukkan lah kasih sayang dan didik lah mereka seperti yang sepatutnya agar mereka rasa disayangi.
  Tanpa kita sedar,gejala sosial yang berlaku pada masa kini juga akibat daripada kurangnya kasih sayang dan didikan. Saya teramat takut dengan apa yang berlaku sekarang.Moga-moga kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran untuk semua ini.Andainya setelah kita beri sepenuh kasih sayang dan didikan yang sempurna namun keadaan tidak diingi tetap jua berlaku maka jangan lah anda sebagai ibu bapa terus menghukum,teruskan berdoa dan banyakkan doa agar anak diberi petunjuk. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan jangan lah kita tergolong dalam hamba-hambaNya yang berputus asa.

Dalam Al-Quran ada mengatakan: Kalian lah yang menjadi anak kalian sama ada Majusi atau Nasrani..

 Corak lah kehidupan anak-anak dengan warna yang betul