Wednesday, October 26, 2011

Muhasabah..

Firman Allah SWT.:"Wahai org-org yg beriman! Jauhilah banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa,dan jgn mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagiannya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?.Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya dan bertakwalah kamu kepada Allah..Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani"
(Surah Al-Hujuraat ayat 12)

Monday, October 10, 2011

24 Perkara Jangan Dilakukan.....


Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

Sunday, September 25, 2011

KURMA dan EMAS


       Seorang lelaki ingin bermusafir dalam jangka masa yang panjang. Dia mempunyai harta berupa emas yang tidak boleh dibawa bersama. Dia ingin mengamanahkan hartanya itu kepada seorang rakan karib yang sangat dipercayainya.
     Namun dalam hatinya masih ada keraguan akan kejujuran kawan karibnya itu. setelah berfikir panjang, dia mendapat satu helah. Dia memasukkan emasnya ke dalam sebuah bekas yang bertutup. Emas diletakkan di letakkan di bawah, manakala bahagian atas dipenuhi dengan buah kurma.
     "Sahabatku, aku ingin meminta bantuanmu untuk menjaga kurma ini sepanjang aku bermusafir," kata lelaki itu kepada rakannya.
     "Tiada masalah bagiku. Berapa lama agaknya engkau bermusafir?" tanya rakannya itu. "Lebih kurang enam bulan." 
     "Lalu sahabatnya berkata... Baiklah. Akan ku jaga amanahmu ini, insyaAllah."

     Suatu malam, isterinya sangat ingin makan buah kurma. Oleh kerana hari telah larut malam dan tidak ada kedai yang dibuka, lelaki itu mengambil keputusan untuk membuka bekas yang diamanahkan oleh kawannya. "Akan ku ambil sebiji dua dan akan aku ganti semula esok hari," begitulah katanya dalam hati.
     Dia pun membuka bekas itu. Sesetengah buah kurma itu telah rosak kerana terlalu lama disimpan. Dia pun mengorek-ngorek ke bahagian bawah. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati adanya ketulan-ketulan emas di bahagian bawah! Melihat emas yang begitu banyak,timbul rasa tamak dalam dirinya. Semua emas itu diambilnya. "He,he,he.... dia ingat dia pandai menipu? Sekarang aku pula yang akan menipunya," begitulah dia menyangka.
     Minggu demi minggu, bulan demi bulan berlalu. Oleh kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, kawannya itu tidak dapat pulang pada masa yang dijangkakan. Setelah setahun kemudian,baru dia pulang. 
     Sebaik pulang, dia terus ke rumah kawannya untuk mengambil bekas yang diamanahkannya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati emasnya telah hilang. Bekas itu hanya dipenuhi dengan buah kurma.
     "Mana emas aku?" tanya dia kepada kawannya itu. "Emas apa yang kau maksudkan?"." Emas yang ada dalam bekas ini,yang aku amanahkan kepada kau dulu". "Kau tidak meninggalkan emas. Kau hanya meninggalkan kurma. Bukankah itu yang kau katakan padaku?" Lelaki itu terdiam. Memang benar itulah yang dikatakan nya. Tetapi dia yakin bahawa memang sahabatnya itu telah pecah amanah. Siapa lagi kalau bukan dia yang telah membuka penutup bekas itu dan mengambil semua emas yang ada di dalamnya?
     Dipendekkan cerita, perkara itu pun di bawa ke mahkamah. " Tuan hakim,emas saya di dalam bekas yang diamanahkan kepada kawan saya telah hilang dicurinya," dakwa lelaki pertama.
     "Tidak tuan hakim, dia memberi amanah agar saya menjaga buah kurma bukannya emas," bantah kawannya.
     "Kalau begitu saya ingin melihat bekas itu beserta dengan buah kurma itu sekali!" perintah tuan hakim. Bekas itu pun ditunjukkan kepada tuan hakim.
     "Berapa lamakah buah kurma dapat disimpan dalam bekas ini tanpa rosak?" tanya hakim. "Lebih kurang enam bulan," jawab mereka hampir serentak. "Berapa lama engkau keluar bermusafir dan mula menyimpan bekas ini di rumah kawanmu?" tanya tuan hakim kepada lelaki pertama. "Setahun," jawabnya ringkas.
     "Kamu bersalah!" umum tuan hakim ditujukan kepada lelaki yang diamanahkan menjaga bekas kawannya itu." Kamu telah pecah amanah."
     "Saya bersalah? Apa bukti saya telah mencuri emas-emas itu?" tanya lelaki itu kebingungan. "Kamu berbohong. Cuba kamu lihat buah kurma yang ada di dalam bekas ini. Bukankah masih berada dalam keadaan yang baik? Itu tandanya kamu pernah membuka bekas ini,mengambil emas yang ada di dalamnya dan menggantikannya dengan kurma yang baru. Kurma yang disimpan setahun tentu sebahagian besarnya sudah  rosak."
     Setelah pencuri itu dibawa keluar oleh pengawal, lelaki itu tersenyum sambil berkata, "Syukur kerana orang yang mencuri telah ditangkap. Saya harap emas saya akan dikembalikannya."
     "Kamu mungkin dapat menyelamatkan emas kamu, tetapi kamu telah kehilangan maruah diri kamu," kata tuan hakim dengan tajam. "Mengapa?".. "Kamu juga tidak amanah ketika memberi amanah. Kamu juga hakikatnya berbohong. Kamu mengamanahkan emas tetapi kamu kata kurma! kamu juga bersalah," ujar tuan hakim.

     
     Pengajaran: Memberi dan menerima amanah perlu dibuat atas dasar keikhlasan. Jika kita tidak ikhlas ketika memberi amanah, orang yang menerimanya juga tidak akan ikhlas menjalankan amanah itu.

Saturday, September 17, 2011

Kelebihan Surah Al-Kautsar



Surah Al-Kautsar 

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad saw kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah swt makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah swt bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah swt akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


InsyaAllah...




Friday, September 16, 2011

Hargailah mereka yang masih ada...

      Hari ini hari lahir arwah abah yang ke-55 tahun...Al-Fatihah...Walaupun telah lama pergi meninggalkan dunia menghadap penciptaNya tarikh ini tetap diingat.. Difikir-fikir semula rasanya tidak ada kesempatan diri ini melaksanakan tanggungjawabku sebagai anak pada arwah.. Tidak sempat diri ini mencurahkan bakti pada insan yang telah memberikan kasih sayang sepenuh jiwa, pada abah yang telah membesar diri ini sehingga umur ku 8 tahun...
     Setiap kali terlihat orang muda yang bersalaman dan mengucup tangan tua hati ni pasti tersentuh, Allah! bahagia nya rasa..Tapi semenjak pemergian abah semua tanggungjawab nya beralih arah,bertukar bahu..Semuanya menjadi tugas mak untuk menggantikan arwah abah.. Kekuatan mak,ketabahannya,ketenangannya menjadi inspirasi diri ini untuk berdikari sendiri..Banyak orang yang mempunyai cerita yang sama seperti saya tapi pasti ada hikmahnya yang Allah tinggalkan untuk kita yang masih bernafas di bumiNya ini. Sama ada hikmah nya berbeza atau pun sama, apa yang pasti Allah punya jawapan yang tersendiri untuk hambaNya.
     Saat itu bermula lah kehidupan baru buat kami yang masih kecil untuk belajar sesuatu agar tidak terlalu bergantung harap pada insan lain.. Alhamdulillah, mak lah segalanya..Terima kasih mak.. Terima kasih kerana telah menggantikan tempat arwah abah dengan sebaiknya..Jasa dan budi  mak tak terbalas rasanya.. Semoga Allah memberi kebahagiaan dunia dan akhirat kepada mak, memberikan kesihatan yang baik agar dapat terus beribadah kepadaNya. Syukran kerana telah mendoakan yang terbaik untuk anakmu ini.. (:
     Erm... Setiap yang hidup pasti akan mati... Hargailah mereka yang masih hidup.. Juga buat lah kebaikan selagi kita masih bernafas di dunia ini.. Tunaikan lah hakNya kerana kita dicipta sebagai hambaNya untuk menunaikan segala perintahNya...Mungkin kita akan dipanggil oleh Nya sebelum sempat buat kebaikan.. "Demi masa,sungguhnya manusia berada dalam kerugian..kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.." (Surah Al-Ashr)
     Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Al-Fatihah..


Thursday, September 15, 2011

Wasiat Rasullullah s.a.w kpd Saiyidina Ali r.a



Hai Ali! Bg org yg celaka, 3 alamatnya:
    
        -      Makanan yang haram
       -       Menjauhi orang alim
       -       Menjauhi petunjuk yang benar

Hai Ali! Bg org yg rosak akalnya , 3 alamatnya:

-          Meringan-ringankan yg fardhu Allah
-          Byk berkata-kata dlm berzikir Allah
-          Dan mencela pd Allah

Hai Ali! Bg org yg riak, 3 alamatnya:

-          Menyempurnakan rukuk dan sujudnya apabila solat
            beserta manusia
-          Mengurangkan apabila solat sendirian
-          Dan cergas terhadap Allah ditempat org ramai

Hai Ali! Bg org yg munafik, 3 tandanya:

-          Apabila bercakap ia bohong
-          Apabila berjanji x ditepati
-          Apabila di amanahkan berkhianat ia tidak 
           bermanfaat kpdnya pengajaran & peringatan yg diberikan

Hai Ali! Bg org kafir, 3 alamatnya:

-          Ragu pd zat Allah
-          Benci pd hamba Allah yg beribadat kpd Allah   
-          Lalai drpd taat kpd Allah

Hai Ali! Bg org yg bertaubat, 3 alamatnya:

-          Menjauhi yg haram
-          Gemar menuntut ilmu agama
-          Tidak akan kembali berbuat dosa


“Brgsiapa mencari dunia yg halal dgn tujuan agar tidak meminta-minta, dikasihi tetangga, dan penuhi Kewajipan keluarga,nescaya pada kiamat ia muncul dengan wajah berseri bak bulan purnama”………                

Sunday, September 4, 2011

Pahala membaca "La ilaha illaallah"..


Pada zaman Bani Israil, ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat dan penderhaka itu mati, Nabi Musa mendapat tahu bahawa dia termasuk dalam senarai ahli neraka manakala si penderhaka pula ahli syurga.
     Selepas mendapat tahu hal itu, Nabi Musa pergi ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada isterinya: "Apakah amal yang sentiasa di buat oleh suamimu?" . Maka isterinya berkata: "Suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan kamu juga mengetahuinya."
     Nabi Musa bertanya lagi: "Kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu?". Lalu isteri berkata: "Setiap malam apabila suamiku hendak tidur , dia berkata: "Alangkah beruntungnya kami kalau apa yang diajar oleh Nabi Musa itu benar."
     Selepas mendapat penjelasan itu, Nabi Musa bergegas pula ke rumah si penderhaka lalu bertanya pula kepada isterinya; "Apakah amal yang dilakukan oleh suamimu?".Isterinya pun berkata: "Engkau pun tahu suamiku itu ialah penderhaka,dia sangat suka membuat kejahatan semata-mata."
     Kemudian Nabi Musa bertanya lagi; "Katakan padaku, apakah amal yang dia pernah lakukan selain daripada itu." Maka isterinya berkata: "Setiap malam sebelum tidur suamiku selalu membaca kalimah 'LA ILAHA ILLAALLAH WALHAMDU LILLAH' atas apa yang diajarkan Nabi Musa."
     Ahli ibadat yang tidak yakin 100 peratus dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Musa, maka Allah masukkan mereka ke dalam senarai ahli neraka. Oleh itu hendak lah kita melakukan amal ibadat dengan penuh khusyuk dan harapan bahawa kita pasti bertemu dengan Allah dan jangan ragu-ragu mengenainya.
     Rasullullah bersabda: "Sesiapa mengucap La ilaha illaallah" , yakin dengan iman yang teguh, maka sesungguhnya akan keluar daripada mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud,dan ia terbang ke langit hingga terdengar dengungan ia di bawah Arasy, bagaikan dengung lebah sehingga disuruh: "Tenanglah, diamlah."
    Maka burung itu berkata: "Tidak, sebelum Engkau (Allah) mengampuni orang yang membacanya." Allah mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah itu lalu burung berkenaan diberi 70 lidah untuk membaca istighfar bagi orang yang membaca 'La ilaha illaallah' hingga hari kiamat.
     Apabila tiba hari kiamat, maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimah itu dan memimpinnya masuk ke syurga.
     Di kisahkan pula ketika Allah menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Nabi Musa, maka pada waktu itu Nabi Musa berdoa: "Ya Allah ya Tuhanku tunjukkan lah kepadaku amal perbuatan untuk mensyukuri nikmatMu dan kurniaMu ini."
     Kemudian Allah berfirman: "Wahai Musa,bacalah 'Laa illaha illaallah". Lalu Nabi Musa bertanya lagi: "Ya Allah ya Tuhanku, tambahkan lagi untuk ku."
     Allah berfirman; "Wahai Musa,sekiranya tujuh petala langit tujuh petala bumi diletakkan di sebelah kiri neraca timbangan dan di letakkan kalimah 'Laa ilaha illaallah' di sebelah kanan neraca timbangan,nescaya akan lebih berat bahagian 'Laa illaha illaallah' itu.
     Abu Lait berkata: "Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati kalimah ini,maka dia dimuliakan di sisi Allah dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosa itu sebanyak buih di laut. Dan akan berasa kemanisan taat serta hidup atau mati keduanya baik baginya.
     Pengajaran daripada kisah ini ialah apabila hendak mambuat sesuatu,mulakan ia dengan bacaan 'Bismillah' dan selepas selesai semuanya, hendaklah membaca 'Alhamdulillah'. Moga kita dilindungi Allah dengan kalimahNya.

Wednesday, August 24, 2011

Saat dia meninggalkan kita...



      Masa berlalu pantas meninggalkan kita yang dalam keseronokan mungkin, dalam kebahagiaan dalam kesedihan, dalam ketenangan dan dengan 1001 perasaan.. Tinggal seminggu je lagi kita semua akan menyambut hari kebesaran yang semestinya memberi pelbagai perasaan pada insan yang bernama manusia.. Yang memberi berbagai persepsi tentang Hari Raya Aidilfitri... Saya semakin hampir menamatkan kursus yang dijalani... Kita semua semakin meninggalkan Ramadhan yang pergi tapi mungkin kah kita akan bertemunya kembali... Apa mungkin kita telah lulus menjalani ujian yang di beri? atau ia sekadar memenuhi tuntutan agama dan kewajipan kita sebagai hambaNya... Allah! itu semua ada jawapan nya di dalam diri kita semua.. 
     Terasa sayu saat berlalu nya ia pergi meninggalkan kita... Kenapa  ia harus pergi?? Ya...Itu lah masa yang semakin jauh meninggalkan kita walau apa keadaan sekalipun.. Tidak dapat di halang dan ditahan walau dengan apa cara sekalipun... Saya mahu pun sahabat-sahabat tidak akan dapat menduga adakah kita akan kembali bertemu dengan bulan yang penuh kemuliaan dan kerahmatan dari Allah SWT... Saya juga hanya insan biasa, hanya hambaNya yang lemah,punya 1001 rasa di dalam jiwa..Terkadang berlawanan dengan kehendakNya,adakalanya selari dengan kemahuanNya..Namun itulah dugaan yang datang bersinggah dalam hidup dan kehidupan ini untuk diperbetul dan diperbaiki...Adakah Ramadhan dapat menebus segala kealpaan dan kelalaian saya dalam mengingatiNya..??? Moga Allah membantu kita semua untuk terus berjuang di jalan Nya walau pahit tapi kemanisan nya pasti di rasa...
     Alangkah bagus nya andai Ramadhan ini terus menghiasi hidup dan kehidupan kita agar kita terus jadi insan yang penuh rasa kehambaan sepanjang masa...Namun itu adalah sesuatu yang mustahil kerana aturan hidup ini tersusun cantik di tanganNya... Dia lah Maha Mengetahui segala perjalanan masa di dunia ini, maka nya kursus di dalam akademi Ramadan ini adalah masa yang teramat sesuai untuk kita didik segala-galanya tentang diri kita...Dari hati dan jiwa sehinggalah keseluruhannya... Moga pemergian Ramadhan yang bakal berlalu meninggalkan kita akan memberi kesan pada diri ,hati dan jiwa kita yang selalu sakit atas tarbiyah selama sebulan ini.. Semoga saya dan kita semua sama-sama membawa sifat kehambaan keluar dari bulan Ramadhan dengan penuh rasa syukur di atas kemenangan..InsyaAllah...
    Sayu,sedih untuk melepaskan ianya pergi... Namun setiap yang bermula pasti akan berakhir... Setiap pertemuan pasti ada perpisahan... Bermulanya kehidupan pastinya ada kematian...Mungkin kah saya akan bertemu kembali dengannya..? Mungkin kah saya akan meneruskan perjuangan saya? Walau apa pun yang berlaku....walau masa terus berlalu saya akan terus  merinduinya, saat Ramadhan melabuhkan tirainya dan 1 Syawal datang menyeri.... Allahu Akbar!!! Pergi lah Ramadhan...Semoga saya bisa berdikari walau tanpamu menemani hari-hari yang terus beralu pergi.. Semoga saya semakin kuatkan hati dan jiwa untuk hadapi dugaan walau di luar Bulan Ramadhan... Semoga diri ini boleh mencari siapa "AKU DISISINYA" dalam erti kata yang sebenar.. Sungguh, sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata betapa hati tidak merela pemergiannya..Namun..biarkan ia berlalu dan kita perlu meneruskan perjalanan...Kata-kata tidak seindah rasa saat bertemu Ramadhan...Kata-kata tidak dapat di selami saat dia meninggalkan...
     Walau sayu untuk melepaskan namun 1 Syawal adalah penggantinya...Dengan harapan semoga kita besederhana dalam segalanya.... Baik mereka mahupun saya,sama-sama kita ingat mengingatkan...Pergi lah Ramadhan! Pergilah... Moga diri akan rasa ketenangan yang berterusan walau engkau pergi.... Akhirul kalam, Selamat tinggal dengan 1001 didikan dalam diri ini... Rindu ini tidak akan pernah padam walau sesaat untuk bertemu dengan Nya walau bila?dimana?...InsyaAllah..Aku akan cari ketenanganMu yang abadi...Semoga kita mendapat rahmat dan kasih sayangNya serta maghfirahNya di dunia dan akhirat..


       Rsullulah bersabda yang bermaksud; " Sesiapa menghayati malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Raya Aidiladha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati seperti hati oarng kafir. " (Riwayat al-Tabarani)


       Salam maaf kepada semua, andai ada kekhilafan selama ini buat mereka yang mengenali...Buat mereka yang saya kasihi dan sayangi...Sahabat jauh (Achik,Huda dan ..) dan dekat,yang baru (Achik,Huda dan ..) yang lama, yang kenal dan tidak kenal andai ada kesilapan dan ketelanjuran SALAM MAAF ZAHIR BATIN & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI yang bakal tiba. =) 
    

     Saat hati lalai
    Tika diri leka
    Kau hadir mengejutkan
    Memberi peringatan
    Agar tidak terus hanyut
    Agar kembali mencari
    Siapa diri yang sebenarnya
    Agar diri sedar
    Yang selama ini 
    Betapa hati ini sakit
    Betapa jiwa penuh noda
    Terima Kasih kerana hadir
    Memberi tarbiyah dan keindahan
    Syukur ku panjatkan
    Kerana kau aku tersentak
    Tersentak dari lamunan
    Lamunan panjang menghiasi kehidupan
    Ketenangan yang hilang
    Datang berteman
    Ku harap ia berterusan 
    Hingga saat nafas terkahirku...
    Alhamdullilah...
    Kini...
    Kau akan pergi
    Menyusul Rejab dan Syaaban
    Yang telah dulu berlalu pergi
    Moga aku akan bertemu
    Denganmu sekali lagi
    Jika di beri kesempatan
    Itulah nikmat Tuhan
    Yang ku ingin peluk erat
    Sekuat mungkin tidak terlepas
    Walau sesaat...Dengan izinNya
   
   

Sunday, August 21, 2011

Selamat menunaikan Umrah..

  

     Sebak rasa bila tangan bergabung berjabat salam dengan salah seorang tenaga pengajar di sekolah.. Jumaat lalu adalah hari terakhir diri ini bertemu dengan Pn.Zubaidah sebab dia akan berangkat ke le Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah Selasa depan..Tak tahu lah kenapa tiba-tiba rasa sebak,tapi itu lah yang dirasa...
     Diri ini adalah orang pertama yang bersalaman untuk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dan Semoga mendapat umrah yang mabrur...Sbb teman berkursus start esok jd tak dapat jumpa hari Isnin..Tak terkeluar suara masa nak menyebut "Semoga mendapat umrah yang mabrur"...Dengan senyuman dia menyambut kata-kataku..."Iye doa-doakan lah ye.." waaa nape nak menitik ayaq mata ni..Cepat-cepat memanjangkan langkah sebelum aku buat drama di situ...
     Dalam hati berdoa.. "Moga satu hari nanti Allah murahkan rezeki aku nak menjejak kaki di sana..." Empat lima tahun kebelakangan ni hati ni teringin sangat nak  terbang ke sana.. Hati ni sayu je saat mata terpandang Kaabah walau hanya sekadar gambar... Mungkin itu yang membuat hati sebak kerana belum ada rezeki untuk menjejak kaki kesana..
     Mungkin ada hikmah aku belum diizinkan pergi kesana.. Perlu kuatkan hati dan jiwa...Perlu perbaiki diri..Banyak lagi kekurangan yang perlu diri ini betulkan..InsyaAllah satu saat diizinkan,panjang umur murah rezki pasti sampai... Rindunya...Semoga kerinduanku ini akan terubat dengan kalimah Mu Ya Rabb...Amin
     Doa saya semoga beliau pergi ke sana dengan penuh tawaduk..Dengan penuh kesabaran dan ketenangan serta kembali ke tanah air dengan umrah yang mabrur...Assalammualaikum, salam 21 Ramadhan..

Saturday, August 20, 2011

Rahsia & Khasiat Surah-surah dalam Al-Quran (3)



1- Surah Al-An'am
Maksudnya : Binatang Ternakan
Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar daripala segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, di baca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karan dan tenggelam.

2- Surah Al-A'Raaf
Maksudnya : Benteng Tinggi
Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat 23 daripada surah ini, selepas tiap-tiap solat fardhu , lalu beristighfar kepada Allah SWT nescaya akan terampun segala dosanya. Barangsiapa membaca ayat 47 daripada surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah SWT.

3- Surah Al-Anfal
Maksudnya : Harta Rampasan
Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia di dunia ini.

4- Surah Ash-Saffat
Maksudnya : Yang Berbaris
Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, InsyaAllah ia akan terpelihara daripada gangguan jin.

5- Surah An-Nur
Maksudnya : Cahaya
Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, nescaya ia akan terhindar daripada mimpi-mimpi yang buruk.Barangsiapa yang membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

Tuesday, August 9, 2011

12 sifat "SAHABAT"..




1- Jika engkau berbuat bakti padanya, ia akan melindungi mu. 
2- Jika engkau rapatkan persahabatan denganya, dia akan membalas baik persahabatan mu..
3- Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantu mu. 
4- Jika engkau menghulur kebajikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai dan menyebut kebaikan mu.
5- Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya. 
6- Jika engaku meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakanya. 
7- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik. 
8- Jika engkau berdiam diri(kerana malu meminta) ia akan menanyakan kesusahan mu. 
9- Jika datang bencana menimpa mu, ia akan meringankan kesusahan mu(membuat sesuatu untuk  menghilangkan kesusahan itu). 
10- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan mu. 
11- Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu mu. 
12- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 

Walaupun begitu, kita sebagai sahabat kepada sahabat kita yang lain, haruslah memulakan untuk memiliki sifat-sifat tersebut. Semoga kita tergolong didalam hambaNYa yang bertaqwa..
Wassalam....{Petikan "bimbingan Mu'min'- Imam Ghazali}

Sudah Tunai 10 Hak??

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: " Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara.

1- HAK KEPADA DIRI 
 Mengurangkan tidur, mengurangkan makan,mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki  yang ada.

2- HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqadhakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3- HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4- HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
5- HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6- HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7- HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperoleh akhlak.

8- HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat

9- HAK KEPADA NABI S.A.W
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10- HAK KEPADA ALLAH S.W.T
Mebgajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Rasullullah s.a.w bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat..."

                                                                                                                       *Sumber: Ukhuwah Fillah
 
 

Sunday, August 7, 2011

Bertemu berpisah kerana-Nya..

Pertemuan itu tidak diduga...
Perpisahan itu tidak selamanya...
Andai semuanya kerana Allah,Andai ikhlas 
di dunia pasti berjumpa di akhirat sana.. 
Allah akan beri apa yang tidak pernah kita duga,
Allah akan ambil apa yang tidak pernah kita jangka.. 



Pertemuan itu tidak diduga...
Perpisahan itu tidak selamanya...
Andai semuanya kerana Allah,Andai ikhlas 
di dunia pasti berjumpa di akhirat sana.. 
Allah akan beri apa yang tidak pernah kita duga,
Allah akan ambil apa yang tidak pernah kita jangka..

Tuesday, August 2, 2011

Hari pertama puasa..

     Alhamdullilah semalam cuaca tak terlalu panas.. Hari ini jugak budak-budak dalam kelas semua senyap je.. Lega skit lah dalam masa sebulan ni..:) sebulan je pun,tu pun sebab budak-budak tu keletihan dan masing-masing letak kepala atas meja.. Kesian juga tengok semua pakat lembik je.. Aku pun cakap kat budak-budak tu bagus nya semua diam je hari ini sambil senyum..erm bukan senang nak dapat suasana macam tu kalau hari biasa...Biasanya kalau suruh diam ada lah 5 minit lepas tu bising semula. Aku cakap kat budak-budak tu kalau macam ni kan saya rasa kan bagus kalau kita semua puasa sampai akhir tahun... Abis je aku cakap,semua angkat kepala dan ckp "ala penat lah,letih lah,haus lah,lapar lah.." Macam-macam lah yang diaorang sebut.. Tak boleh nak tahan dah, aku tergelak jugak.. Bila tanya semua puasa ke? Semua jawab puasa..Aku pun suka sangat nak ngusik, "Ye ke? nape muka nampak ceria je macam tak pose?" Kami puasa lah...Bagus, alhamdulillah dari sekarang lah nak belajar buat yang wajib...dari rebung lah senang nak dibentuk,kalau dah jadi buluh susah lah dah...Teringat zaman kanak-kanak dulu, arwah abah janjikan RM1 sehari puasa...Yang paling di ingat, 1st puasa, duk depan jam loceng dari pukul 5 lebih sampai waktu berbuka tak bergerak-gerak...Punyalah khusyuk tengok jam saat bergerak..Kenangan..kenangan...
     Abah...Semoga abah ditempatkan di kalangan orang-orang yg soleh...Amin...
    

Monday, August 1, 2011

Rahsia & Khasiat Surah-surah dalam Al-Quran (2)

1- SURAH AL-BAQARAH
MAKSUDNYA : SAPI BETINA

Dengan izin Allah S.W.T Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah ini sebelum tidur ,ia akan terselamat dari segala bala bencana dan malapetaka.

2- SURAH ALI-IMRAN
MAKSUDNYA : KELUARGA IMRAN

Dengan izin Allah S.W.T Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin. InsyaAllah.

3- SURAH AN-NISA'
MAKSUDNYA : PEREMPUAN

Dengan izin Allah S.W.T Yang Maha Pengasih lagi Maha Penayayang, barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat di dunia ini. InsyaAllah..

4- SURAH AL-MAIDAH
MAKSUDNYA : HIDANGAN

Dengan izin Allah S.W.T yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa uang membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama tiga hari berturut-turut, InsyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wuduk dan sembahyang.

Dengan izin Allah S.W.T barangsiapa yang membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, (ke atas air) lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.

Sunday, July 31, 2011

1 cerita 1000 makna.. "Orang lain mesti isi madu.."

      Ada sebuah kisah simbolik yang cukup menarik untuk kita renungi bersama. Kisah ini adlah kisah tentang seorang raja dan madu. Al-kisahnyaaaa begini, pada suatu ketika dahulu ada seorang raja yang ingin menguji kesedaran rakyatnya. Raja memerintahkan agar setiap orang, pada suatu malam yang telah ditetapkan membawa sesudu madu untuk dituangkan ke dalam sebuah tempayan yang telah disediakan di puncak bukit di tengah kota. Seluruh rakyat memahami benar perintah tersebut dan menyatakan kesediaaan mereka untuk melaksanakannya.

     Tetapi di dalam fikiran seorang warga kota terlintas niat untuk mengelak dari melakukan perintah tersebut. "Aku akan membawa sesudu penuh ,tetapi bukan madu. Aku akan membawa air. Kegelapan malam akan melindungi perbuatan aku itu dari pandangan mata orang lain. Sesudu air tidak akan mempengaruhi temapayan yang kelak akan diisi madu oleh orang lain." katanya seorang diri.
     Tibalah waktu yang telah ditetapkan. Apa yang terjadi kemudiannya? Seluruh tempayan ternyata penuh dengan air. Rupa-rupanya semua rakyat berfikiran sama dengan si lelaki tadi. Mereka mengharapkan orang lain yang membawa madu sementara mereka lepas diri dari tanggungjawab tersebut.
     Kisah ini boleh bahkan mungkin telah terjadi dalam pelbagai lapisan masyarakat manusia. Dari sini wajar jika agama , khususnya Islam memberikan petunjuk-petunjuk agar kejadian seperti di atas tidak terjadi; "Katakanlah (hai Muhammad), inilah jalan-Ku. Aku mengajak ke jalan Allah disertai dengan bukti yang nyata. Aku bersama orang-orang yang mengikuti-Ku..." (QS 12:108)
     Dalam ayat di atas tercermin bahawa seseorang harus memulai dari dirinya sendiri disertai dengan bukti yang nyata, baru kemudian melibatkan pengikut-pengikutnya.
      "Berperang atau berjuang di jalan Allah tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri, dan bangkitkan lah semangat orang-orang mukmin (pengikut-pengikutmu)..."(QS 4:84)
     Perhatikan kata-kata, "tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri." Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda; "Mulailah dari dirimu sendiri, kemudian susulkan lah keluargamu."
     Setiap orang menurut Baginda adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. Ini bermakna bahawa setiap orang harus tampil terlebih dahulu. Sikap mental demikianlah yang dapat menjadikan tempayan sang raja penuh dengan madu bukan air,apa lagi racun. Kita haruslah amanah dalam melaksanakan sesuatu walaupun tindakan kita tak terlihat oleh manusia tapi Allah nampak segalanya....

Marhaban yaa Shahru Ramadhan..

      Assalammualaikum...Salam menyambut Ramadhan al-Mubarak...Alhamdullilah esok  kita akan sambut Ramadhan. 1 Ogos  pembuka tirai bulan puasa...Rasa tak sabar pun ada.... Macam-macam perasaan pun ada..Apa yang penting rasa syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana memberikan kesempatan pada aku untuk menjalankan ibadah puasa pada tahun ini, Insyallah andai esok aku masih bernafas di bumi Allah ini.. Semoga bulan yang mulia penuh barakah ini dapat kita jalani dan tempuhi nya dengan sebaiknya..Insyallah :)
     Bulan Ramadhan penghulu segala bulan bukan sekadar bulan untuk kita berpuasa semata-mata..Malah mengajar kita ini sebagai hamba Allah yang lemah untuk mendidik hati,mentarbiyah diri,mengawal nafsu untuk perbaiki diri menjadi yang terbaik di sisiNya.. Biasa kita dengar ramai orang menjalani kursus untuk mempraktik kan sesuatu yang kita pelajari di dalam program tersebut...kan? Ermm ...sama lah cerita nya dengan bulan Ramadhan yang bakal mendidik diri dan hati kita apabila saat berlabuhnya tirai Ramadhan.. 
     Moga-moga aje Allah beri kita keimanan yang tinggi,kesabaran yang kuat untuk jalani ibadah puasa sebaiknya...Insyallah...Sama-samalah kita istoqamah untuk terus bawa pendidikan dan program berkursus dalam bulan ramadhan pada bulan-bulan yang seterusnya.. Carilah redha Dia yang sebenar-benarnya agar kita sentiasa merasakan ketenangan dan damai yang abadi dalam kehidupan...Sesungguhnya 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

“Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)
Teringat satu peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun lepas..Kejadian tersebut berlaku di bazar Ramadhan yang berdekatan dari sini..Tempat nya biarlah rahsia..Berlaku sekitar jam 3 petang...Satu ribut dan angin yang kuat terjadi dan menyebabkan banyak khemah bazar berterbangan...dan menyebabkan sedikit kerugian kepada peniaga bazar...Ada beberapa hamba Allah berkata, "ermm tulah berniaga sampai tak solat,Allah nak tunjuk sekejap jer"....Ish3 hamba Allah ni pun, sapa kah kita untuk berkata-kata,hanya Dia yang berhak. Ingat mulut juga kena jaga jangan jadikan puasa kita sia-sia belaka..Cukuplah sekadar kita mengambil pengajaran dari apa yang berlaku jangan pulak kita mengata sama..Jadi fikir-fikir kan lah kejadian tersebut dan jagalah diri hiasi peribadi..Ingatan bersama buat sahabat juga diri ini agar tidak terus terleka:)  ...Assalammualalaikum...
SeLaMaT BeRpUaSa....
 

Saturday, July 30, 2011

HaTiMu iBaRaT RuMaH.....

     Ada 3 jenis rumah, pertama: rumah raja - di dalamnya ada simpanan nya,tabungannya dan perhiasannya. Kedua: rumah hamba - di dalamnya ada simpanan,tabungan dan perhiasan yang tidak seperti yang tidak dimiliki seorang raja. Dan ketiga: adalah rumah kosong - tidak ada isinya.
     Jika datang seorang pencuri, rumah mana yang akan dimasukinya? Apabila anda menjawab, pencuri akan masuk rumah yang kosong, tentu ia merupakan 1 hal yang tidak masuk akal, kerana rumah kosong tidak ada barang yang boleh dicurinya.
     Sebab itulah dikatakan kepada Ibnu Abbas r.a bahawa ada org2 Yahudi mengatakan bahawa di dalam solat, mereka tidak pernah terganggu'. Maka Ibnu Abbas berkata; "Apakah yang boleh dikerjakan oleh syaitan dalam rumah yang sudah rosak?"
     Bila jawapan anda adalah, "Pencuri itu akan masuk rumah raja." Hal tersebut bagaikan sesuatu yang hampir mustahil, kerana tentunya rumah raja dijaga oleh pengawal dan tentera, sehingga pencuri tidak mungkin mendekatinya.
      Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya sementara para pengawal dan tentera sentiasa siap sedia di sekitar raja?
     Sekarang tinggal rumah ketiga, maka hendaklah orang-orang berakal memperhatikan permisalan ini sebaik-baiknya, dan menganalogikannya (rumah) dengan hati, kerana inilah yang dimaksudkan.
     Hati yang kosong dari kebajikan, iaitu hati orang-orang kafir dan munafik, adalah rumah syaitan, yang telah menjadikan nya sebagai benteng bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya. Maka adakah ransangan untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada di dalamnya hanyalah peninggalan syaitan, simpanannya dan gangguannya (rumah ketiga)?
     Hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah A.W.J dan keagunganNya, penuh dengan kecintaanNya dan sentiasa dalam penjagaanNya dan selalu malu darinya, syaitan mana yang berani memasuki hati ini? Bila ada yang ingin mencuri sesuatu darinya, apa yang akan yang dicurinya (rumah pertama)?
     Hati yang didalam nya ada tauhid Allah ,mengerti tentang Allah, mencintaiNya dan beriman kepadaNya, serta membenarkan janjiNya,namun di dalamnya ada pula syawat,sifat-sifat buruk dan hawa nafsu dan tabiat tidak baik. Hati ini ada di antara dua hal. Kadang-kadang hatinya cenderung kepada keimanan, ma'rifah dan kecintaan kepada Allah semata, dan kadang-kadang condong kepada panggilan syaitan,hawa nafsu dan tabiat tercela (rumah kedua).
     Hati semacam inilah yang dicari oleh syaitan dan diinginkannya. dan Allah memberikan pertolonganNya kepada yang dikehendakiNya. " Dan kemenanganmu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Ali Imran:126)
     Syaitan tidak boleh mengganggunya kecuali dengan senjata yang dimilikinya, yang dengan nya ia masuk dalam hati. Di dalam hati seperti ini syaitan mendapati senjata-senjatanya yang syahwat,syubhat, khayalan-khayalan dan angan-angan dusta yang berada di dalam hati.
     Saat memasukinya, syaitan mendapati senjata-senjata tersebut dan mengambilnya serta menjadikannya menetap di hati. Apabila seorang hamba mempunyai benteng keimanan yang mengimbangi penyerangnya, maka dia akan mampu mengalahkan syaitan. Toada daya dan kekuatan kecuali dari Allah semata-mata.

Wednesday, July 27, 2011

Kita....Kita..

Kita...
Kadangkala kita lupa pada fitrah kita
Kadang-kadang kita hanyut
Dalam kesibukn kita
Kadang-kadang kita alpa 
Dengan keadaan...

Kita...Kita...
Kadangkala kita lalai
Dengan soalan
Kadang-kadang kita lena 
Siapa diri kita?
Untuk apa kita dicipta?
Dimana dan bagaimana
Akhirnya kita??
Berilah aku keampunanMu Ya Rahman..

Monday, July 25, 2011

Redha vs Terpaksa

           
    Setiap perjalanan hidup ini ada dugaan yang datang menghampiri...tidak kira sama ada kita rela atau tidak ia pasti menjengah hidup dan kehidupan..Semua hambaNya pasti merasa dengan cubaan dan dugaan yang dihulurkan agar kita sebagai hambaNya yang hina tak pernah lupa dan alpa bahawa Dia adalah pentadbir alam yang sebenar-benarnya...Itu apa yang dikata namun sunnnatullah kita lah hamba yang paling hampir dengan sifat lupa dan alpa walau terkadang hidup dan diri di uji tapi masih terus hanyut entah ke mana.. Kerana kita tidak redha dengan ujian yang di beri,tidak terima dengan cubaan yang menguji,tak  nak ambil pengajaran dari dugaan yang Allah hantar kan dalam hidup ini.. Apalah erti nya hidup andai hati kita tidak pernah redha dengan segala pemberian nya apatah lagi dugaan.. Orang tidak faham ,mesti berkata ujian dan dugaan itu bala dan musibah..YE! nampak betul pada pandangan mata kasar,tapi pada zahir nya ia adalah nikmat dan punya hikmah yang kita sendiri tidak ketahui.
    Ujian dan dugaan adalah nikmat - kenapa saya kata nikmat??? nikmat kerana ia adalah sesuatu peringatan buat kita yang sering lupa dan alpa dengan dunia. Sebagai tanda lampu merah ,ibarat berhenti di traffic light,kerana asyik sangat memandu satu masa kita akan jumpa lampu merah sebagai peringatan agar kita berhenti daripada meneruskan perjalanan,dan berfikir ke mana harus kita tujui seterusnya..betul ke? terpulang pada pandangan masing-masing untuk menilai sejauh mana nikmat dugaan itu perlu kita syukuri dan hati redha dengan ujian Ilahi..Dugaan itu untuk menguji sejauh mana iman dan setebal apakah iman kita? Bila ujian datang kita akan tersedar betapa sebenarnya kita tidak lah sekuat apa pun,betapa diri kita tidak lah sehebat mana pun,betapa kita ini bukan lah the champion of the world..jangan sombong dengan Dia..Jangan kita lupa bahawa Dia lah champion yang sebenarnya.
      Kaya itu nikmat tapi kaya itu juga dugaan....sihat itu nikmat tapi sihat itu juga dugaan..rezeki itu nikmat tapi rezeki itu juga dugaan.. Ilmu itu nikmat tapi ilmu itu juga dugaan buat kita...Kalau nak di hitung nikmat yang diberi Allah yang Maha Pemurah memang tidak akan terhitung...Maka nya sedar lah kita jangan hati kita tidak redha dengan ujian dan dugaan yang mendatang... Redha lah kerana itulah tanda kebahagiaan yang hampir dengan kita.. Ye cakap memang senang tapi hidup ini perlukan mujahadah untuk kita redha dengan istiqomah agar hati kita tenang dan yang paling penting sentiasa ingat Dia walau apa pun sekali keadaan nya... baik masa susah,masa senang, waktu kita tersungkur menerima ujian dariNya atau apa saja. InsyaAllah hati yang redha pasti tenang....
     Jangan kita jadika hati kita hati yang sakit saat terima ujian dan dugaan dan merasakan tiada peluang dan ruang untuk kita terus berjuang. Kita diberi ujian sebagai ingatan agar kita tak terus alpa,agar kita ingat itu adalah balasan dunia untuk ringankan azab di akhirat sana.. Sedarlah kita sebagai hambaNya hanya meminjam apa yang ada,dan Dia berhak beri apa saja yang dia mahukan agar kita tahu Dia masih menyayangi kita masih memandang kita sebelum Dia palingkan wajahNya dari kita..
     " Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskan nya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Fathir: 2)
        Hati yang sakit dan tidak redha tidak akan mudah dan tidak akan berlapang dada dalam menerima dugaan dan ujianNya... kerana apa? Kerana hatinya telah jauh dari AsmaNya.. Ubati lah hati itu agar kita tidak semakin jauh dan menjauh, terima lah ujian Nya agar kita tidak menyingkiri jalan yang salah...
     Sesungguhnya " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)..
      Terima lah seadanya apa yang ada kerana setiap apa pun yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi... Dalam perjalanan hidup ini kita mesti lah terus berjalan namun sesekali kita harus berhenti untuk muhasabah diri sebelum terus meneruskan perjalanan hidup ini.. Semoga menjadi ingatan bersama kerana saya juga hambaNya yang masih mencari sesuatu di antara waktu...:)