Sebak rasa bila tangan bergabung berjabat salam dengan salah seorang tenaga pengajar di sekolah.. Jumaat lalu adalah hari terakhir diri ini bertemu dengan Pn.Zubaidah sebab dia akan berangkat ke le Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah Selasa depan..Tak tahu lah kenapa tiba-tiba rasa sebak,tapi itu lah yang dirasa...
Diri ini adalah orang pertama yang bersalaman untuk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dan Semoga mendapat umrah yang mabrur...Sbb teman berkursus start esok jd tak dapat jumpa hari Isnin..Tak terkeluar suara masa nak menyebut "Semoga mendapat umrah yang mabrur"...Dengan senyuman dia menyambut kata-kataku..."Iye doa-doakan lah ye.." waaa nape nak menitik ayaq mata ni..Cepat-cepat memanjangkan langkah sebelum aku buat drama di situ...
Dalam hati berdoa.. "Moga satu hari nanti Allah murahkan rezeki aku nak menjejak kaki di sana..." Empat lima tahun kebelakangan ni hati ni teringin sangat nak terbang ke sana.. Hati ni sayu je saat mata terpandang Kaabah walau hanya sekadar gambar... Mungkin itu yang membuat hati sebak kerana belum ada rezeki untuk menjejak kaki kesana..
Mungkin ada hikmah aku belum diizinkan pergi kesana.. Perlu kuatkan hati dan jiwa...Perlu perbaiki diri..Banyak lagi kekurangan yang perlu diri ini betulkan..InsyaAllah satu saat diizinkan,panjang umur murah rezki pasti sampai... Rindunya...Semoga kerinduanku ini akan terubat dengan kalimah Mu Ya Rabb...Amin
Doa saya semoga beliau pergi ke sana dengan penuh tawaduk..Dengan penuh kesabaran dan ketenangan serta kembali ke tanah air dengan umrah yang mabrur...Assalammualaikum, salam 21 Ramadhan..
No comments:
Post a Comment