Jika datang seorang pencuri, rumah mana yang akan dimasukinya? Apabila anda menjawab, pencuri akan masuk rumah yang kosong, tentu ia merupakan 1 hal yang tidak masuk akal, kerana rumah kosong tidak ada barang yang boleh dicurinya.
Sebab itulah dikatakan kepada Ibnu Abbas r.a bahawa ada org2 Yahudi mengatakan bahawa di dalam solat, mereka tidak pernah terganggu'. Maka Ibnu Abbas berkata; "Apakah yang boleh dikerjakan oleh syaitan dalam rumah yang sudah rosak?"
Bila jawapan anda adalah, "Pencuri itu akan masuk rumah raja." Hal tersebut bagaikan sesuatu yang hampir mustahil, kerana tentunya rumah raja dijaga oleh pengawal dan tentera, sehingga pencuri tidak mungkin mendekatinya.
Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya sementara para pengawal dan tentera sentiasa siap sedia di sekitar raja?
Sekarang tinggal rumah ketiga, maka hendaklah orang-orang berakal memperhatikan permisalan ini sebaik-baiknya, dan menganalogikannya (rumah) dengan hati, kerana inilah yang dimaksudkan.
Hati yang kosong dari kebajikan, iaitu hati orang-orang kafir dan munafik, adalah rumah syaitan, yang telah menjadikan nya sebagai benteng bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya. Maka adakah ransangan untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada di dalamnya hanyalah peninggalan syaitan, simpanannya dan gangguannya (rumah ketiga)?
Hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah A.W.J dan keagunganNya, penuh dengan kecintaanNya dan sentiasa dalam penjagaanNya dan selalu malu darinya, syaitan mana yang berani memasuki hati ini? Bila ada yang ingin mencuri sesuatu darinya, apa yang akan yang dicurinya (rumah pertama)?
Hati yang didalam nya ada tauhid Allah ,mengerti tentang Allah, mencintaiNya dan beriman kepadaNya, serta membenarkan janjiNya,namun di dalamnya ada pula syawat,sifat-sifat buruk dan hawa nafsu dan tabiat tidak baik. Hati ini ada di antara dua hal. Kadang-kadang hatinya cenderung kepada keimanan, ma'rifah dan kecintaan kepada Allah semata, dan kadang-kadang condong kepada panggilan syaitan,hawa nafsu dan tabiat tercela (rumah kedua).
Hati semacam inilah yang dicari oleh syaitan dan diinginkannya. dan Allah memberikan pertolonganNya kepada yang dikehendakiNya. " Dan kemenanganmu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Ali Imran:126)
Syaitan tidak boleh mengganggunya kecuali dengan senjata yang dimilikinya, yang dengan nya ia masuk dalam hati. Di dalam hati seperti ini syaitan mendapati senjata-senjatanya yang syahwat,syubhat, khayalan-khayalan dan angan-angan dusta yang berada di dalam hati.
Saat memasukinya, syaitan mendapati senjata-senjata tersebut dan mengambilnya serta menjadikannya menetap di hati. Apabila seorang hamba mempunyai benteng keimanan yang mengimbangi penyerangnya, maka dia akan mampu mengalahkan syaitan. Toada daya dan kekuatan kecuali dari Allah semata-mata.
No comments:
Post a Comment