Salam Syaaban...hari ni nak tulis sesuatu yang mengingatkan saya kepada seseorang. Seorang hamba Allah yang selalu bercerita, yang selalu ingatkan kami semua tentang kehidupan dunia dan akhirat.. Seorang insan yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. Moga-moga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Dalam setiap ceramah yang diberikan mesti dia akan suruh kami ni menyanyikan lagu.."sepohon kayu daun nya rimbun,lebat buahnya serta bunganya,walaupun hidup seribu tahun kalau xsembahyang apa gunanya" Ustaz ni memang banyak modalnya kalau nak bercerita,kalau dia bercerita mesti terselit sebuah dua lagu untuk dia nyanyi kan bersama kami. Tapi aku cuma teringat tentang 7M yang dia pernah ceritakan, 7M untuk kita cemerlang gemilang dan terbilang dunia dan akhirat. Katanya 7M tu ialah
Mufakir,Muallim,Muaddib,Mujahid...Erm nampaknya ada 4 je. 3M lagi tak sempat ustaz tu nak sambung sebab masa tidak mengizinkan untuk dia meneruskan ceramah tersebut jadi dia kata next time sambung lagi. Tunggu punya tunggu tapi belum ada masa yang sesuai untuk sambung semula sesi ceramah menarik tersebut, ditambah lagi dengan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan sehingga lah dia dijemput kembali menemui penciptaNya. Jadi di sini saya cuma boleh berkongsi setakat yang pernah saya dengari sahaja.
Mufakir - Fikir, kata ustaz ni kalau kita nak jadi orang yang cemerlang gemilang terbilang dunia dan akhirat kita kena sentiasa berfikir. Berfikir tentang Allah,berfikir tentang alam ciptaanNya,berfikir bagaimana kita hendak jadi orang yang berjaya. Katanya lagi,dengan berfikir kita akan sentiasa berusaha untuk jadi hamba Allah yang cemerlang,gemilang,terbilang dunia dan akhirat,kita akan sentiasa berusaha untuk perbaiki diri,kita akan sentiasa untuk jadi hamba yang soleh dan solehah. Katanya lagi, kalau anak-anak sebagai seorang pelajar dah tentu-tentu lagi banyak berfikir.. Semua orang mesti berfikir untuk jadi yang terbaik bukan saja di dunia tapi di akhirat juga.
Muallim-berilmu, kata arwah ustaz ni lagi untuk jadi insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang dunia dan akhirat kita mestilah berilmu. Kalau hidup di dunia ini tanpa ilmu tentu saja dan jangan haraplah kita nak dapat kan title insan cemerlang,gemilang dan terbilang. Dia kata carilah ilmu dunia jua ilmu akhirat dan seimbangkan keduanya. Katanya lagi,hidup di dunia ibarat pengembara..jadi seorang pengembara perlu ada ilmu supaya kita tidak tersesat,supaya kita boleh hadapi kemungkinan yang datang dengan ilmu yang ada walau pun sedikit. Ustaz kata lagi, cari jua ilmu akhirat kerana itu lah yang membawa kita untuk berjumpa dengan pencipta kita Allah S.W.T. Belajar lah selagi boleh,selagi mampu agar jiwa kita tidak kosong dan tandus.
Muaddib-Berakhlak,beradab. Arwah ustaz ni kabo:) lagi untuk jadi hamba Allah yang cemerlang,gemilang,terbilang dunia dan akhirat kita mestilah seorang yang berakhlak dan beradab. Tanpa akhlak dan adab jangan mimpi nak dapat 3 title itu. Berakhlak pada masa yang mengekori kita,maksudnya tepati masa.Beradab pada sesiapa sahaja supaya mudah kita untuk mencari ilmu walau dengan siapa pun kita berada. Berakhlak dengan Maha Pencipta itu yang lebih penting sebenarnya supaya setiap ilmu yang kita terima mudah kita nak amalkan,mudah kita nak belajar. Ustaz kata..Tapi setiap kata-katanya ada kebenarannya.Jadi katanya jadi lah orang yang berakhlak dan beradab terutamanya dengan Allah dengan mok ayoh :D seterusnya pada orang-oarang yang ada disekeliling kita agar title cemerlang,gemilang dan terbilang itu dalam redha Allah dan semua insan.
Mujahadah-berjuang. Ustaz kata untuk jadi insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang kita mestilah berjuang. Berjuang lah selagi kita mampu selagi kita punya kesempatan selagi kita punya masa selagi mata belum tertutup rapat. Berjuang untuk jadi hamba yang terbaik,berjuang untuk cari ilmu untuk kita jadi cemerlang gemilang dan terbilang. Ni saya kata: saja nak tambah " jangan mengalah walau banyak kali kita jatuh tersungkur,walau berpuluh kali kita berjuang" Setiap mujahadah itu pasti ada ujian yang mendatang..
Akhirul kalam.. sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsikan.. Moga-moga saya dapat ingatkan diri saya juga kalian.. Moga Allah permudahkan jalan kita untuk jadi hambaNya yang cemerlang,gemilang dan terbilang di sisiNya dunia wa akhirat.. InsyaAllah.. Selamat beramal di bulan mulia ini..:D
No comments:
Post a Comment