Wednesday, July 6, 2011

Tidak penting tapi menarik..(4)




1- Berpandukan al-Quran, namakan seorang suami yang mempunyai isteri yang tidak taat pada perintah Allah?
Lut a.s dan Nuh a.s mempunyai isteri yang tidak beriman kepada Allah.

2- Namakan Nabi yang paling singkat usianya di bumi?
Nabi Isa. Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s berusia 33 tahun semasa diangkat ke langit.

3- Senaraikan makanan ahli neraka sebagaimana yang di catatkan dalam al-Quran..
Allah brfirman yang bermaksud: " Diberi minum (dengan air) dari sumber yang sangat panas. Mereka tidak memperolehi makanan selain daripada pohon yang berduri. Yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar." (Surah al-Ghashiyah 88:5-7)

Allah juga berfirman bermaksud: "Dan tiada makanan sedikit pun (baginya) kecuali darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang yang berdosa". (Surah al-Haqqah 69: 36-37)

4- Senaraikan minuman ahli neraka sebagaimana yang dicatatkan di dalam al-Quran
Allah berfirman yang bermaksud: "Sama dengan orang yang kekal dalam jahanam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?" (Surah Muhammad 47:15)

Allah berfirman yang bermaksud: "Inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakannya (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat dingin." (Surah Sad 38:57)

Allah berfirman yang bermaksud: '' Dihadapan nya ada jahanam dan dia akan di beri minuman dengan air nanah. Diminumnya sadid (air nanah) itu dan hampir dia tidak bisa menelannya dan datang lah (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru ,tetapi dia tidak juga mati,dan dihadapan nya masih ada azab yang berat." (Surah Ibrahim 14: 16-17)

Allah juga berfirman yang bermaksud: " Dan jika mereka meminta minum , nescaya mereka akan di beri minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang paling jelek." (Surah al-Kahfi 18: 29)

5- Senaraikan 5 orang soleh yang hidup pada Nabi Nuh a.s yang mana selepas kematian mereka ,para pengikut mereka membina patung mewakili nama-nama mereka bagi memberi semangat kepada orang ramai untuk beramal soleh, namun generasi terkemudian menyembah patung-patung itu.
Wadd, Suwa', Taghuth, Ya'uq dan Nasr.

No comments:

Post a Comment