Thursday, July 7, 2011

Kita ini tempayan retak

Comelnya tempayan.:)

      Seorang pengangkut air memiliki 2 tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikan nya, manakala tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.
     Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah temapayan air sahaja ke rumah majikan nya.
     Tentu saja tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasi nya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si temapayan retak yang malang itu berasa malu sekali dengan ketidaksempurnaannya. Dan berasa sedih kerana ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang sepatutnya dapat dia berikan.
     Setelah dua tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air. "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin memohon maaf."
     "Kenapa?"  tanya si pengangkut air. "Kenapa kamu berasa malu?". " Selama dua tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air dari yang sepatutnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa meleleh sepanjang jalan menuju ke rumah majikan kita. Jadi kerana kecacatan itu, saya telah membuat mu rugi," kata tempayan retak itu dalam keadaan sedih.
      Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok,aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."
      Benar, ketika mereka naik ke bukit si tempayan retak memerhatikan bunga-bunga dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan, dan itu membuat kan si tempayan retak sedikit terhibur.
      Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang di bawa nya telah bocor. Dan kembali temapayan retak itu meminta maaf pada si pengangkut air atas kegagalan nya. Si pengangkut air berkata pada si tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu.Itu kerana aku selalu menyedari kecacatanmu dan aku memanfaatkan nya . Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu,dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air bahagian kamu yang retak mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu,majikan kita tak kan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."
     
SETIAP daripada kita memiliki kecacatan dan kekurangan kita tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Allah akan menggunakan kekurangan kita untuk manghias-Nya. Di mata Allah yang bijaksana tidak ada yang terbuang percuma. Jangan sesal dan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahan mu. Ketahuilah di dalam kelemahan kita sebenarnya kita menemukan kekuatan kita.
  

No comments:

Post a Comment