Sunday, September 25, 2011

KURMA dan EMAS


       Seorang lelaki ingin bermusafir dalam jangka masa yang panjang. Dia mempunyai harta berupa emas yang tidak boleh dibawa bersama. Dia ingin mengamanahkan hartanya itu kepada seorang rakan karib yang sangat dipercayainya.
     Namun dalam hatinya masih ada keraguan akan kejujuran kawan karibnya itu. setelah berfikir panjang, dia mendapat satu helah. Dia memasukkan emasnya ke dalam sebuah bekas yang bertutup. Emas diletakkan di letakkan di bawah, manakala bahagian atas dipenuhi dengan buah kurma.
     "Sahabatku, aku ingin meminta bantuanmu untuk menjaga kurma ini sepanjang aku bermusafir," kata lelaki itu kepada rakannya.
     "Tiada masalah bagiku. Berapa lama agaknya engkau bermusafir?" tanya rakannya itu. "Lebih kurang enam bulan." 
     "Lalu sahabatnya berkata... Baiklah. Akan ku jaga amanahmu ini, insyaAllah."

     Suatu malam, isterinya sangat ingin makan buah kurma. Oleh kerana hari telah larut malam dan tidak ada kedai yang dibuka, lelaki itu mengambil keputusan untuk membuka bekas yang diamanahkan oleh kawannya. "Akan ku ambil sebiji dua dan akan aku ganti semula esok hari," begitulah katanya dalam hati.
     Dia pun membuka bekas itu. Sesetengah buah kurma itu telah rosak kerana terlalu lama disimpan. Dia pun mengorek-ngorek ke bahagian bawah. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati adanya ketulan-ketulan emas di bahagian bawah! Melihat emas yang begitu banyak,timbul rasa tamak dalam dirinya. Semua emas itu diambilnya. "He,he,he.... dia ingat dia pandai menipu? Sekarang aku pula yang akan menipunya," begitulah dia menyangka.
     Minggu demi minggu, bulan demi bulan berlalu. Oleh kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, kawannya itu tidak dapat pulang pada masa yang dijangkakan. Setelah setahun kemudian,baru dia pulang. 
     Sebaik pulang, dia terus ke rumah kawannya untuk mengambil bekas yang diamanahkannya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati emasnya telah hilang. Bekas itu hanya dipenuhi dengan buah kurma.
     "Mana emas aku?" tanya dia kepada kawannya itu. "Emas apa yang kau maksudkan?"." Emas yang ada dalam bekas ini,yang aku amanahkan kepada kau dulu". "Kau tidak meninggalkan emas. Kau hanya meninggalkan kurma. Bukankah itu yang kau katakan padaku?" Lelaki itu terdiam. Memang benar itulah yang dikatakan nya. Tetapi dia yakin bahawa memang sahabatnya itu telah pecah amanah. Siapa lagi kalau bukan dia yang telah membuka penutup bekas itu dan mengambil semua emas yang ada di dalamnya?
     Dipendekkan cerita, perkara itu pun di bawa ke mahkamah. " Tuan hakim,emas saya di dalam bekas yang diamanahkan kepada kawan saya telah hilang dicurinya," dakwa lelaki pertama.
     "Tidak tuan hakim, dia memberi amanah agar saya menjaga buah kurma bukannya emas," bantah kawannya.
     "Kalau begitu saya ingin melihat bekas itu beserta dengan buah kurma itu sekali!" perintah tuan hakim. Bekas itu pun ditunjukkan kepada tuan hakim.
     "Berapa lamakah buah kurma dapat disimpan dalam bekas ini tanpa rosak?" tanya hakim. "Lebih kurang enam bulan," jawab mereka hampir serentak. "Berapa lama engkau keluar bermusafir dan mula menyimpan bekas ini di rumah kawanmu?" tanya tuan hakim kepada lelaki pertama. "Setahun," jawabnya ringkas.
     "Kamu bersalah!" umum tuan hakim ditujukan kepada lelaki yang diamanahkan menjaga bekas kawannya itu." Kamu telah pecah amanah."
     "Saya bersalah? Apa bukti saya telah mencuri emas-emas itu?" tanya lelaki itu kebingungan. "Kamu berbohong. Cuba kamu lihat buah kurma yang ada di dalam bekas ini. Bukankah masih berada dalam keadaan yang baik? Itu tandanya kamu pernah membuka bekas ini,mengambil emas yang ada di dalamnya dan menggantikannya dengan kurma yang baru. Kurma yang disimpan setahun tentu sebahagian besarnya sudah  rosak."
     Setelah pencuri itu dibawa keluar oleh pengawal, lelaki itu tersenyum sambil berkata, "Syukur kerana orang yang mencuri telah ditangkap. Saya harap emas saya akan dikembalikannya."
     "Kamu mungkin dapat menyelamatkan emas kamu, tetapi kamu telah kehilangan maruah diri kamu," kata tuan hakim dengan tajam. "Mengapa?".. "Kamu juga tidak amanah ketika memberi amanah. Kamu juga hakikatnya berbohong. Kamu mengamanahkan emas tetapi kamu kata kurma! kamu juga bersalah," ujar tuan hakim.

     
     Pengajaran: Memberi dan menerima amanah perlu dibuat atas dasar keikhlasan. Jika kita tidak ikhlas ketika memberi amanah, orang yang menerimanya juga tidak akan ikhlas menjalankan amanah itu.

Saturday, September 17, 2011

Kelebihan Surah Al-Kautsar



Surah Al-Kautsar 

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad saw kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah swt makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah swt bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah swt akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


InsyaAllah...




Friday, September 16, 2011

Hargailah mereka yang masih ada...

      Hari ini hari lahir arwah abah yang ke-55 tahun...Al-Fatihah...Walaupun telah lama pergi meninggalkan dunia menghadap penciptaNya tarikh ini tetap diingat.. Difikir-fikir semula rasanya tidak ada kesempatan diri ini melaksanakan tanggungjawabku sebagai anak pada arwah.. Tidak sempat diri ini mencurahkan bakti pada insan yang telah memberikan kasih sayang sepenuh jiwa, pada abah yang telah membesar diri ini sehingga umur ku 8 tahun...
     Setiap kali terlihat orang muda yang bersalaman dan mengucup tangan tua hati ni pasti tersentuh, Allah! bahagia nya rasa..Tapi semenjak pemergian abah semua tanggungjawab nya beralih arah,bertukar bahu..Semuanya menjadi tugas mak untuk menggantikan arwah abah.. Kekuatan mak,ketabahannya,ketenangannya menjadi inspirasi diri ini untuk berdikari sendiri..Banyak orang yang mempunyai cerita yang sama seperti saya tapi pasti ada hikmahnya yang Allah tinggalkan untuk kita yang masih bernafas di bumiNya ini. Sama ada hikmah nya berbeza atau pun sama, apa yang pasti Allah punya jawapan yang tersendiri untuk hambaNya.
     Saat itu bermula lah kehidupan baru buat kami yang masih kecil untuk belajar sesuatu agar tidak terlalu bergantung harap pada insan lain.. Alhamdulillah, mak lah segalanya..Terima kasih mak.. Terima kasih kerana telah menggantikan tempat arwah abah dengan sebaiknya..Jasa dan budi  mak tak terbalas rasanya.. Semoga Allah memberi kebahagiaan dunia dan akhirat kepada mak, memberikan kesihatan yang baik agar dapat terus beribadah kepadaNya. Syukran kerana telah mendoakan yang terbaik untuk anakmu ini.. (:
     Erm... Setiap yang hidup pasti akan mati... Hargailah mereka yang masih hidup.. Juga buat lah kebaikan selagi kita masih bernafas di dunia ini.. Tunaikan lah hakNya kerana kita dicipta sebagai hambaNya untuk menunaikan segala perintahNya...Mungkin kita akan dipanggil oleh Nya sebelum sempat buat kebaikan.. "Demi masa,sungguhnya manusia berada dalam kerugian..kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.." (Surah Al-Ashr)
     Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Al-Fatihah..


Thursday, September 15, 2011

Wasiat Rasullullah s.a.w kpd Saiyidina Ali r.a



Hai Ali! Bg org yg celaka, 3 alamatnya:
    
        -      Makanan yang haram
       -       Menjauhi orang alim
       -       Menjauhi petunjuk yang benar

Hai Ali! Bg org yg rosak akalnya , 3 alamatnya:

-          Meringan-ringankan yg fardhu Allah
-          Byk berkata-kata dlm berzikir Allah
-          Dan mencela pd Allah

Hai Ali! Bg org yg riak, 3 alamatnya:

-          Menyempurnakan rukuk dan sujudnya apabila solat
            beserta manusia
-          Mengurangkan apabila solat sendirian
-          Dan cergas terhadap Allah ditempat org ramai

Hai Ali! Bg org yg munafik, 3 tandanya:

-          Apabila bercakap ia bohong
-          Apabila berjanji x ditepati
-          Apabila di amanahkan berkhianat ia tidak 
           bermanfaat kpdnya pengajaran & peringatan yg diberikan

Hai Ali! Bg org kafir, 3 alamatnya:

-          Ragu pd zat Allah
-          Benci pd hamba Allah yg beribadat kpd Allah   
-          Lalai drpd taat kpd Allah

Hai Ali! Bg org yg bertaubat, 3 alamatnya:

-          Menjauhi yg haram
-          Gemar menuntut ilmu agama
-          Tidak akan kembali berbuat dosa


“Brgsiapa mencari dunia yg halal dgn tujuan agar tidak meminta-minta, dikasihi tetangga, dan penuhi Kewajipan keluarga,nescaya pada kiamat ia muncul dengan wajah berseri bak bulan purnama”………                

Sunday, September 4, 2011

Pahala membaca "La ilaha illaallah"..


Pada zaman Bani Israil, ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat dan penderhaka itu mati, Nabi Musa mendapat tahu bahawa dia termasuk dalam senarai ahli neraka manakala si penderhaka pula ahli syurga.
     Selepas mendapat tahu hal itu, Nabi Musa pergi ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada isterinya: "Apakah amal yang sentiasa di buat oleh suamimu?" . Maka isterinya berkata: "Suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan kamu juga mengetahuinya."
     Nabi Musa bertanya lagi: "Kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu?". Lalu isteri berkata: "Setiap malam apabila suamiku hendak tidur , dia berkata: "Alangkah beruntungnya kami kalau apa yang diajar oleh Nabi Musa itu benar."
     Selepas mendapat penjelasan itu, Nabi Musa bergegas pula ke rumah si penderhaka lalu bertanya pula kepada isterinya; "Apakah amal yang dilakukan oleh suamimu?".Isterinya pun berkata: "Engkau pun tahu suamiku itu ialah penderhaka,dia sangat suka membuat kejahatan semata-mata."
     Kemudian Nabi Musa bertanya lagi; "Katakan padaku, apakah amal yang dia pernah lakukan selain daripada itu." Maka isterinya berkata: "Setiap malam sebelum tidur suamiku selalu membaca kalimah 'LA ILAHA ILLAALLAH WALHAMDU LILLAH' atas apa yang diajarkan Nabi Musa."
     Ahli ibadat yang tidak yakin 100 peratus dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Musa, maka Allah masukkan mereka ke dalam senarai ahli neraka. Oleh itu hendak lah kita melakukan amal ibadat dengan penuh khusyuk dan harapan bahawa kita pasti bertemu dengan Allah dan jangan ragu-ragu mengenainya.
     Rasullullah bersabda: "Sesiapa mengucap La ilaha illaallah" , yakin dengan iman yang teguh, maka sesungguhnya akan keluar daripada mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud,dan ia terbang ke langit hingga terdengar dengungan ia di bawah Arasy, bagaikan dengung lebah sehingga disuruh: "Tenanglah, diamlah."
    Maka burung itu berkata: "Tidak, sebelum Engkau (Allah) mengampuni orang yang membacanya." Allah mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah itu lalu burung berkenaan diberi 70 lidah untuk membaca istighfar bagi orang yang membaca 'La ilaha illaallah' hingga hari kiamat.
     Apabila tiba hari kiamat, maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimah itu dan memimpinnya masuk ke syurga.
     Di kisahkan pula ketika Allah menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Nabi Musa, maka pada waktu itu Nabi Musa berdoa: "Ya Allah ya Tuhanku tunjukkan lah kepadaku amal perbuatan untuk mensyukuri nikmatMu dan kurniaMu ini."
     Kemudian Allah berfirman: "Wahai Musa,bacalah 'Laa illaha illaallah". Lalu Nabi Musa bertanya lagi: "Ya Allah ya Tuhanku, tambahkan lagi untuk ku."
     Allah berfirman; "Wahai Musa,sekiranya tujuh petala langit tujuh petala bumi diletakkan di sebelah kiri neraca timbangan dan di letakkan kalimah 'Laa ilaha illaallah' di sebelah kanan neraca timbangan,nescaya akan lebih berat bahagian 'Laa illaha illaallah' itu.
     Abu Lait berkata: "Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati kalimah ini,maka dia dimuliakan di sisi Allah dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosa itu sebanyak buih di laut. Dan akan berasa kemanisan taat serta hidup atau mati keduanya baik baginya.
     Pengajaran daripada kisah ini ialah apabila hendak mambuat sesuatu,mulakan ia dengan bacaan 'Bismillah' dan selepas selesai semuanya, hendaklah membaca 'Alhamdulillah'. Moga kita dilindungi Allah dengan kalimahNya.