Friday, October 15, 2010

Ada 7 petanda kebahagiaan dunia:

Qalbun Syakirun - hati yang selalu bersyukur
Al-Azwaju Solihah - pasangan hidup yang soleh
Al-Auladul Abrar - anak yang soleh
Al-Biatus Solihah - lingkungan yang kondusif untuk IMAN
Al-Malul Halal - harta yang halal
Tafakkuh fid-Din - semangat untuk memahami agama
Umur yang barokah- umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.
(Ibnu Abbas RA)

Wednesday, October 13, 2010

Renungan bersama...7 perkara dengan 7 perkara..

      As-Syeikh Al-Imamul-ajallu Abu Nashr Muhammad bin Abdurrohman Alhamdaani,semoga rahmat Allah berlimpah ke atasnya,(ketahuilah) bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan-Nya dan sangat tinggi kalimat-Nya serta bersinambungan nikmat-Nya telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara,dan menghiasinya pula bagi yang tiap-tiap yang tujuh perkara itu dengan tujuh perkara lainnya,untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang Agong di sisi Allah,Maharaja yang memilki kemudharatan dan kemanfaatan..

Pertama, Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit. Firman-Nya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kukuh. (Annabaa':12) . Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang,firman-Nya yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang dilangit,dan Kami telah menghiasnya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya. (Q.S Al-Hijr: 16)

Kedua, Allah telah menghias padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud: Allah lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi...(Q.S Aththalaaq:12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan,sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan laut,ditambahkan kepada tujuh laut lagi sesudahnya... (Q.S Luqman:27)

Ketiga, Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat,iaitu: Jahannam, Sa'iir, Saqar, Jahiim, Huthamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh pintu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (Q.S Al-Hijr: 44)

Keempat, Allah meghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang,kemudian menghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu tujuh ayat yang di baca berulang-ulang dan Al-Quran yang Agung. (Q.S Al-Hijr: 87).

Kelima, Allah menghiasi manusia dengan tujuh anggota badan iaitu, dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya denga tujuh peribadatan iaitu dua tangan denga berdoa,dua kaki dengan berkhidmat,dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud kepada-Nya.Firman-Nya yang bermaksud: Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan). (Q.S Al-Alaq: 19)

Keenam, Allah menghias umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut 'radli', kemudian 'fathim', kemudian 'kuhul' kemudian 'syaikh'. Dan Allah menghias tujuh peringkat umur dengan tujuh kalimat iaitu: Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa (Laa Illaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya (Q.S Al-Fath: 26)

Ketujuh, Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu, Pertama-Hindustan, Kedua-Hijaz,Ketiga-Bashrah,Badiyah dan Kufah, Keempat-Iraq,Syam,Khurasan samapi ke Balakh, Kelima-Roma dan Armenia,Keenam-Negeri Ya'juj dan Ma'juj, Ketujuh-Cina dan Turkistan. Kemudian Allah menghiaskan tujuh negeri yang besar itu denga tujuh hari iaitu Sabtu,Ahad,Isnin,Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat. Dan Allah memuliakan ketujuh hari itu dengan para nabi iaitu, Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari Sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari Ahad, Daud a.s dengan hari Isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari Selasa,Nabi Ya'akub a.s dengan hari Rabu, Nabi adam a.s dengan hari Khamis, dan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari Jumaat...

(Kitab: AS SAB'IYYAATU FII MAWAA'IDHI'LBRITYAAT).

Tuesday, October 12, 2010

Hidup Hanya 3 Hari..Nafas hanya 2..

Hidup 3 hari 2 Nafas

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI"
Semalam       ---->    Sudah menjadi sejarah
Hari Ini          ---->    Apa yang sedang kita lakukan
Esok              ---->   Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua..

"HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS"
Nafas Naik
Nafas Turun

Haigailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya..

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini..

"HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN"
Hidup dalam keredhaan Allah
Hidup dalam kemurkaan Allah

"HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT"
Kekal di dalam neraka
Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN..

Rukun IMAN itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia....

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah

SOLAT... amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi TIDAK BERSOLAT,umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,tetapi tidak mempunyai boarding pass..

Dan mereka yang sengaja melalaikan SOLAT, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa meletakkan setem..apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai kepada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian...

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini...
Dia mungkin di denda...atau suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu,tidakakah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...Sekurang-kurang Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati-Nya..setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang.. lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan redha dan Allah meredhai....

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa di dunia jua akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah S.W.T.

Bila diri di sayangi....

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermantera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut nama-Mu...
Tiada batasan waktu
Tiada tempat-Mu tertentu
Di gunung di lembah,di darat di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa
Keagungan kasih,merubah takdir...
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap nama-Mu
Terasa diriku kembali dipandu...
Kau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkan lah aku menumpang disini
Di bawah naungan kasih dan sayang-Mu
Ku berserah diri......