Wednesday, October 13, 2010

Renungan bersama...7 perkara dengan 7 perkara..

      As-Syeikh Al-Imamul-ajallu Abu Nashr Muhammad bin Abdurrohman Alhamdaani,semoga rahmat Allah berlimpah ke atasnya,(ketahuilah) bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan-Nya dan sangat tinggi kalimat-Nya serta bersinambungan nikmat-Nya telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara,dan menghiasinya pula bagi yang tiap-tiap yang tujuh perkara itu dengan tujuh perkara lainnya,untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang Agong di sisi Allah,Maharaja yang memilki kemudharatan dan kemanfaatan..

Pertama, Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit. Firman-Nya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kukuh. (Annabaa':12) . Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang,firman-Nya yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang dilangit,dan Kami telah menghiasnya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya. (Q.S Al-Hijr: 16)

Kedua, Allah telah menghias padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud: Allah lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi...(Q.S Aththalaaq:12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan,sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan laut,ditambahkan kepada tujuh laut lagi sesudahnya... (Q.S Luqman:27)

Ketiga, Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat,iaitu: Jahannam, Sa'iir, Saqar, Jahiim, Huthamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh pintu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (Q.S Al-Hijr: 44)

Keempat, Allah meghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang,kemudian menghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu tujuh ayat yang di baca berulang-ulang dan Al-Quran yang Agung. (Q.S Al-Hijr: 87).

Kelima, Allah menghiasi manusia dengan tujuh anggota badan iaitu, dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya denga tujuh peribadatan iaitu dua tangan denga berdoa,dua kaki dengan berkhidmat,dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud kepada-Nya.Firman-Nya yang bermaksud: Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan). (Q.S Al-Alaq: 19)

Keenam, Allah menghias umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut 'radli', kemudian 'fathim', kemudian 'kuhul' kemudian 'syaikh'. Dan Allah menghias tujuh peringkat umur dengan tujuh kalimat iaitu: Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa (Laa Illaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya (Q.S Al-Fath: 26)

Ketujuh, Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu, Pertama-Hindustan, Kedua-Hijaz,Ketiga-Bashrah,Badiyah dan Kufah, Keempat-Iraq,Syam,Khurasan samapi ke Balakh, Kelima-Roma dan Armenia,Keenam-Negeri Ya'juj dan Ma'juj, Ketujuh-Cina dan Turkistan. Kemudian Allah menghiaskan tujuh negeri yang besar itu denga tujuh hari iaitu Sabtu,Ahad,Isnin,Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat. Dan Allah memuliakan ketujuh hari itu dengan para nabi iaitu, Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari Sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari Ahad, Daud a.s dengan hari Isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari Selasa,Nabi Ya'akub a.s dengan hari Rabu, Nabi adam a.s dengan hari Khamis, dan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari Jumaat...

(Kitab: AS SAB'IYYAATU FII MAWAA'IDHI'LBRITYAAT).

No comments:

Post a Comment