Friday, February 17, 2012

Pengertian Sahabat Sejati....


Carilah sahabat yang berakal. Kerana bertemankan orang yang bodoh akan membawa kesengsaraan. Musuh yang bijak lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Demikian ungkapan hikmah yang benar.
     Carilah sahabat yang boleh membantu, bukan yang membuntu. Carilah sahabat sejati yang sanggup mendengar dan mengerti ketika anda meluahkan perasaan dari lubuk hati yang paling dalam. Dia menyokong anda ketika anda sedang berjuang, menegur dengan hikmah dan lemah lembut sewaktu anda terkhilaf. Dia juga tidak menuding jari menyalahkan anda sewaktu tersungkur di tangga kegagalan. Dia adalah pendorong dan pemberi semangat bagi menyuburkan potensi diri anda. Bahkan paling menakjubkan, dia akan meraika kejayaan anda seperti kejayaan yang di raihnya dan bersimpati dan empati ketika kedukaan menakluki diri anda!
     Tanyalah hati dan renungkanlah, "Sudahkah aku memiliki ciri yang selayaknya untuk bergelar sahabat sejati dan siapakah sahabat sejati yang sebenarnya bagi diriku pada hari ini?"
(Ingatan dan renungan bersama untuk anda juga saya yang mencari sesuatu di antara waktu)

No comments:

Post a Comment