Tuesday, March 27, 2012

TAK TAHU vs TAHU

Selalu begini kan?

Kita TAK TAHU yang sebenarnya kita TAHU

Kita TAK TAHU yang sebenarnya kita BOLEH
Kita TAK TAHU yang sebenarnya kita MAMPU
...
Apa yang kita TAHU kita TAK TAHU..
Apa yang kita TAK TAHU pun kadang-kadang kita TAK TAHU..
Jadi ambil TAHU apa yang kita TAK TAHU
Jadikan apa yang kita TAK TAHU kepada TAHU..
(Muhasabah diri jom)

Sunday, March 25, 2012

Belajar tulisan Khat!!



                                                                    Khat Nasakh....

   Semalam belajar buat tulisan khat nasakh. Selama hari ini main hentam je buat, tapi memang sangat-sangat best dan menarik. Dah macam budak-budak baru belajar menulis tapi apa-apa pun lepas ni boleh perbaiki tulisan khat. Ana baru belajar jadi tak berapa nak kemas tulisan nya. Kepada mereka yang nak tulis khat belajar dulu sebab ada teknik-teknik untuk menulis satu-satu huruf tu. Mari kita martabatkan tulisan jawi :).
Sedih :( sebab tulisan jawi semakin di lupakan. Ada juga yang dah tak kenal huruf-huruf hijaiyah,walaupun masa kecik-kecik dulu kita belajar. Biasanya, kalau seseorang itu tak kenal huruf hijiaiyah makanya orang tu tak boleh membaca kalam Allah dengan sempurna,wallahu 'alam.Tapi itulah hakikatnya. Orang di negara Jepun sibuk nak belajar jawi tapi kita orang melayu Islam?.. Betapa mereka menghargai tulisan turun temurun kita.. Jom transform mulai sekarang.. Belajarlah semuanya supaya bila kita dicampak kan ke laut jadi pulau,bila campak ke darat jadi gunung. Ada kaitan ke eh pepatah ni?.. :p.. Erm ada je, tp fikir sendiri lah erk.
"Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain".. InsyaAllah.

Saturday, March 24, 2012

Khalifah Harun Ar Rasyidin dan Pengembala kambing....

Pada zaman dahulu, Khalifah Harun ar-Rasyidin adalah seorang pemimpin hebat yang suka berdebat. Setiap kali Khalifah Harun berdebat beliau akan beroleh kemenangan. Malahan, para pendebat yang berdebat dengan beliau itu bukanlah calang-calang orang namun kemenangan sentiasa berpihak pada beliau,sampailah satu masa Khalifah Harun ar-Rasyidin berasa bosan untuk berdebat. Makanya, Khalifah Harun ar-Rasyidin meminta agar pembantunya Sufyan agar mencari seorang pendebat yang hebat yang boleh berdebat dengannya tanpa kata-kata.

Perbualan antara Khalifah Harun ar-Rasyidin dan Sufyan

KHAR       :     Wahai Sufyan, bolehkah engkau carikan aku             pendebat yang terhebat yang boleh berdebat dengan  aku tanpa kata-kata?
Sufyan     :     Boleh tuanku.. Tapi bagaimana orangnya?
KHAR     :     Engkau carikan aku seorang yang boleh berdebat dengan tanpa kata-kata kerana aku sudah penat berdebat dengan kata-kata.Carilah orang yang hebat.
Sufyan     :      Baiklah..

Sufyan pun memulakan pencarian.. Pada suatu hari, sedang Sufyan berjalan-jalan di satu kawasan lapang dia ternampak seseorang mengarahkan kambingnya dengan baik tanpa mengeluarkan perkataan. Sufyan berasa kagum dengan orang itu dan terus mendekatinya..Orang itu adalah seorang pengembala kambing.. " Hebatnya dia". kata Sufyan di dalam hati.

Perbualan antara Sufyan dan pengembala kambing.

Sufyan                 :     Hebat sungguh kamu wahai pengembala kambing.
Pengembala         :     Kenapa Tuan kata begitu? (sambil memandang Sufyan dengan hairan)
Sufyan                 :     Mahukah kamu berdebat dengan pemimpin kita Khalifah Harun ar-Rasyidin? (Sufyan membiarkan pertanyaan Pengembala itu dengan membalas soalan)
Pengembala         :     (Pengembala berasa hairan mengapa dirinya yang dipilih untuk berdebat dengan orang hebat itu, tetapi dia segera bersetuju) Oh! Boleh saja tapi mengapa tuan hamba memilih saya?
Sufyan                 :      Kerana dari pengamatan aku kamu adalah seorang yang hebat..Tetapi Khalifah Harun ar-Rasyidin mengatakan bahawa dia mahu berdebat secara senyap tanpa kata-kata.
Pengembala         :      Itu tiada masalah bagi ku.




Mereka pun membuat perjanjian tarikh,masa dan tempat.
Masa terus berlalu...


sehari.....

                                           
dua hari berlalu......  

               
tiga hari.....                


seminggu...
Tibalah masa yang telah ditetapkan untuk meneruskan acara berdebat itu.

Pengembala dijemput dihadapan Khalifah Harun ar-Rasyidin untuk berdebat.
Bermula..

Khalifah Harun ar-Rasyidin mengeluarkan jari telunjuk dengan membawa maksud satu.
Kemudian Pengembala mengeluarkan 2 jarinya (peace) menunjukkan dua.

Khalifah Harun ar-Rasyidin sangat terkejut dengan kehebatan pengembala kambing itu.
Dalam hatinya berkata: "Wah! sungguh bijak pengembala kambing ini menjawab soalan aku. Tak pe kita lihat soalan seterusnya, adakah dia boleh menjawab soalan aku."

Khalifah Harun berkata kepada si pengembala kambing... "Baiklah!soalan kedua."
Khalifah Harun menunjukkan isyarat bulatan kepada pengembala kambing.
Dengan rasa terkejut, pengembala kambing lantas mengeluarkan penumbuk nak menunjukkan ke arah Khalifah Harun.Sekali lagi Khalifah Harun terkejut, dan beliau berkata "Soalan aku yang ni pun dia boleh jawab? Hebat..." katanya.

Acara diteruskan dengan soalan ketiga dan terakhir.
Khalifah Harun meraba-raba di dalam poket seluarnya dan mengeluarkan sebiji bawang, kemudian Khalifah Harun menunjukkan kepada pengembala kambing. Maka, sambil tersenyum si pengembala kambing pula mencari sesuatu di dalam poket seluarnya dan lantas mengeluarkan sebiji telur kemudian ditunjukkan kepada Khalifah Harun.

"Ya! memang kamu seorang yang hebat dan mampu menjawab kesemua soalan aku." kata Khalifah Harun kepada pengembala kambing tersebut. Maka berakhirlah acara tersebut.

2 hari berlalu..
Sufyan tidak dapat tidur malam kerana asyik memikirkan si pengembala kambing yang hebat itu. Beliau berasa hairan bagaimana pengembala kambing tersebut boleh menjawab semua soalan Khalifah Harun sedangkan dia sendiri tidak faham akan soalan yang Khalifah Harun berikan hatta orang lain juga.

Seminggu berlalu..
Sufyan tidak puas hati dan dia pergi mencari pengembala kambing untuk mencari jawapan yang sebenarnya.
Setibanya Sufyan ditempat pengembala itu biasa bersantai dia pun terus bertanya. "Wahai pengembala kambing boleh aku tahu apakah yang ditanya oleh Khalifah Harun sehinggakan kau dapat menjawab semua soalannya,"tanya Sufyan.
"Apa maksud soalan pertama Khalifah Harun kepada engkau wahai pengembala kambing?" tanya nya lagi.
"Oh! senang je, sebenarnya isyarat telunjuk yang membawa maksud 1 itu adalah kambing aku," kata pengembala kambing. "Khalifah Harun mahukan seekor kambing yang aku ternak." sambung si pengembala kambing lagi.
Sufyan masih tidak berpuas hati dan dia mengajukan soalan seterusnya. "Jadi mengapa engkau menunjukkan isyarat dua (peace) kepada Khalifah Harun"?
"Aku tunjuk begitu kerana aku beritahu pada Khalifah Harun bahawa tiada masalah boleh aje aku berikan kambingku malah bukan setakat seekor tetapi dua ekor,"kata pengembala.

"Bagaimana pula dengan soalan kedua itu dan apakah maksud soalan Khalifah Harun?",tanya Sufyan ingin tahu. "Oh! isyarat bulatan itu bermaksud bahawa dia mahukan keseluruhan kambing aku", kata pengembala.
"Sufyan menyambung ooooo begitu rupanya,tetapi mengapa kamu menunjukkan penumbuk kepada Khalifah Harun?" Sufyan bertanya.
Pengembala kambing berkata, "mestilah! mana boleh dia mahukan keseluruhan kambing aku jadi sebab itu aku tunjukkan penumbuk".
Sufyan tersenyum tetapi masih tidak berpuas hati kerana masih ada satu soalan yang belum terungkai.

"Jadi apa maksud soalan ketiga itu?", tanya Sufyan tanpa teragak-agak. Pengembala pun menerangkan kepada Sufyan. "Khalifah Harun menunjukkan bawang kepada ku yang membawa maksud bahawa aku hanya mampu makan bawang. Jadi aku pun tidak mahu mengalah, mana boleh aku juga mampu makan telur." cerita si pengembala kepada Sufyan. Sufyan berasa kagum dengan kehebatan pengembala itu. Sufyan pulang ke rumah dalam keadaan senang hati.

Seminggu berlalu, fikirannya mula teringatkan semula perdebatan Khalifah Harun dan pengembala kambing. Perasaan tidak puas hati di hatinya datang lagi. Maka Sufyan pun terfikir yang dia ingin berjumpa dengan Khalifah Harun pula untuk hilangkan segala keresahan yang melanda akibat asyik memikirkan kebenaran.

Keesokkan harinya, tanpa berlengah Sufyan terus berjumpa dengan Khalifah Harun.
"Wahai Tuanku boleh kah aku tahu apa maksud isyarat-isyarat antara kau dengan pengembala kambing dalam acara tempoh hari?",tanya Sufyan kepada Khalifah Harun. Belum pun smepat Khalifah Harun menjawab soalan pertamanya, Sufyan bertanya lagi. "Apa maksud 1 jari telunjuk yang Tuanku tunjukkan kepada pengembala kambing?". "Satu itu bermaksud Allah itu hanya ada satu,"kata Khalifah Harun.  "Jadi apa yang dimaksudkan pengembala kambing dengan 2 jarinya itu?,tanya Sufyan lagi. Dengan tenang Khalifah Harun menerangkan kepada Sufyan. "2 jarinya itu bermaksud, tidak cukup dengan hanya beriman kepada Allah tetapi tidak beriman kepada Rasulnya, iaitu (La ila ha illallah) tetapi perlu dilengkapkan dengan (Muhammadur Rasullullah). Tercenganglah Sufyan. Hati Sufyan berkata, "betul juga kata Tuanku tapi jawapan pengembala kambing itu berbeza sama sekali.

"Bagaimana soalan keduanya?", tanya Sufyan kepada Khalifah Harun ar-Rasyidin. Sufyan menyambung soalan nya dengan bertanya, "apa maksud Tuanku menunjukkan bulatan kepada pengembala itu?.
Khalifah Harun pun dengan sabar menerangkan kepada Sufyan. "Aku menunjukkan bulatan itu bermaksud bahawa bagaimana Allah menjadikan bumi ini?". Khalifah Harun menyambung lagi, "benarlah jawapan si pengembala itu dengan menunjukkan genggaman nya kepadaku (penumbuk)". " Dia mengatakan kejadian bumi ni begitu mudah ianya dalam genggaman Allah", kata Khalifah Harun. 

Tanpa menunggu Sufyan bertanya, Khalifah Harun terus memberi penerangan kepada Sufyan tentang soalannya yang ketiga. "Kemudian,soalan ketiga aku mengeluarkan bawang dan menunjukkannya kepada pengembala kan?,tanya Khalifah Harun kepada Sufyan." Sufyan menggangguk tanda setuju. "Soalan itu bermaksud, bagaimana Allah menjadikan seluruh cakerawala ini berlapis-lapis, bulan,bumi,matahari serta planet-planet lain berputar di atas orbitnya tanpa perlanggaran berlaku?",terang Khalifah kepada Sufyan.
"Hebat pengembala itu kerana sungguh bijak menjawab soalanku",kata Khalifah. Namun, Sufyan masih tidak berpuas hati kerana belum tahu maksud jawapan terakhir. "Jadi apa maksud jawapan nya wahai Tuanku?",tanya Sufyan lagi. Khalifah Harun tersenyum dan terus menjawab soalan Sufyan dengan tenang. "Sebiji telur yang dikeluarkan oleh pengembala itu bermaksud, bahawa kejadian alam dan cakerawala yang berlapis-lapis ini hanya lah mudah bagi Allah,iaitu menjadi satu seperti sebiji telur dengan kuasaNya. 
"ooooooo begitu! Sufyan menggangguk-angguk tanda faham. 
Sekian..


Pengajaran: Apa yang kita dapat daripada cerita di atas ialah, pemikiran dan pandangan seseorang yang tiada ilmu seperti pengembala kambing dan seseorang yang bijaksana seperti Khalifah Harun adalah berbeza walaupun secara kasar di pandangan mata kita merasakan ianya sama. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas, belajar lah selagi kita mampu,belajarlah selagi punya waktu,belajarlah tanpa jemu.. 


"Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." - Surah Al-Baqarah [2] : 269

"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).." - Surah Al-Kahfi [18] : 109

Ada ilmu yang boleh belajar dari buku,Ada ilmu yang perlu berguru.. Pilihlah yang mana satu  =)
"Cerita ni aku dapat masa pegi kursus bulan lepas, isinya semua sama cuma di olah sedikit....Jenuh juga nak ingat semula cerita ni" Ingatan bersama untuk mereka dan diri ini yang masih mencari sesuatu di antara waktu..

Friday, March 23, 2012

La Tahzan 1...2...3...


   Sekian lama tersimpan, akhirnya dibawa keluar semula buku ni.. Sebabnya? mungkin juga untuk ubat hati yang sedang sakit, hati yang sedang gundah,hati yang lara dan berduka atau hati yang amarah.. Walaupun dengan membaca Al-Quran itu adalah sebaik-baik ketenangan jiwa untuk hati tunduk dan lembut. Namun, buku ini punya keistimewaannya tersendiri dan bahan sampingan untuk menundukkan hati yang gundah gulana... Tak gitu?? :) Aku dah baca buku ni habis dah sebenarnya tapi tak salah ulangkaji semula bila hati memerlukan ubatnya. Comel je bukunya, senang nak bawa gi mana-mana. Apa yang menarik dalam buku ni ialah setiap kata-kata dan ayatnya ibarat hembusan hidayah yang menusuk ke dalam hati..Walaupun ayatnya ada bunyi keindonesiaan sedikit. Tapi alhamdullilah setakat yang aku baca mudah untuk faham..Dan buku ni sangat membina hati kita. Mudah-mudahan,InsyaAllah. Dan lagi tak jemu di baca walau berulang kali. Baiklah sekadar perkongsian untuk yang belum memiliki buku ini.. Antara tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku 1 :
-   Merenunglah dan bersyukurlah
-   Yang lalu biarlah berlalu
-   Hari ini milik anda
-   Masa depan akan datang dengan sendirinya
-   Jadikan kritikan tajam sebagai penghormatan
-   Berharaplah akan redha Allah semata
-   Berbuat baik kepada orang lain akan melapangkan dada
-   Usirlah kekosongan dengan kesibukan
-   Teguhkanlah keperibadian anda
-   Terimalah Qadha dan Qadar Allah


Banyaklah pulak, tapi cukup lah setakat itu perkongsian tajuknya... Pesanan buat mereka yang bersedih dan yang sedang berperang dengan perasaan sendiri cubalah cari buku ini. Selain daripada membaca Al-Quran, InsyaAllah carilah hidayahNya walau di mana sekalipun. Hidayah itu milik Allah,tetapi usaha perlu ada untuk mencarinya. La Tahzan jangan berputus asa. (Pesanan untuk mereka yang bersedih dan untuk diri ini yang masih mencari sesuatu di antara waktu)

Aku nak ulangkaji semula buku ini.. Mudah-mudahan tak banyak sikit pasti ada masuk di hati dan minda. Dengan izinNya..Sebelum terlupa pesanan untuk adik Akmal "Jangan bersedih hati, Allah itu adil dan Maha Tahu..pasti ada hikmah tersembunyi...." Carilah buku ni dan baca ye..:)

Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah..

Monday, March 19, 2012

Sebarkan cinta-Mu/Palestin kami datang






Penulis : Fatimah Syarha
Harga 1 : RM31.00
Harga 2 : RM17.00
Beli secara online di http://www.stormreaders.net/norashima

Ayat-ayat Ruqyah (Mp3 Pengesan Jin Penawar Sihir)




Sila download MP3 file ini dan save kedalam h/p,gadget atau PC dan perdengarkan bacaaan sehingga tamat dengan pejamkan mata.Perhatikan setelah selesai ..

1) denyutan jantung makin kencang

2) badan begegar
3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) mengantuk/menguap
5) batuk
6) gelisah
7) panas di tengkuk

Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom diatas,kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh anda. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syar'iyah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang...Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan mereka akan membuatkan kita mengantuk amat sangat apabila mendengar mp3 ruqyah syar'iyah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk....




RUQYAH MP3/CD ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita amnya.Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir 'THO HA' (surah taha ayat 1) .Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa...Baca zikir ini sebanyak mungkin sehingga kita terasa muntah,itu suatu petanda dimana jin-jin beransur-ansur keluar dari badan kita...InsyaAllah..


Dengan mendengar MP3/CD ruqyah ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-


-Fikiran runsing/jiwa gelisah

-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketenangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan







CARA MENGGUNAKAN CD/MP3 RUQYAH SYAR'IYAH


1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).


2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.


3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.


4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.


5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.


6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.



*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*




Mp3 bersaiz 5.7MB dan berlangsung selama 24 minit.Surah-surah dalam MP3 RUQYAH ini adalah :-

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas
INFO RUQYAH
Definisi RUQYAH

Ruqyah secara am adalah jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i ( Ruqyah Syar'iyah ) adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Ruqyah terbahagi kepada dua :-

Pertama : Ruqyah yang diperbolehkan oleh syari'at Islam iaitu disebut Ruqyah Syar'iyah.
Kedua : Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syari'at Islam, iaitu Ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maknanya atau Ruqyah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik" ( HR. Muslim )

Syarat Ruqyah Syar'iyah

Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat :-
  1. Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
  2. Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
  3. Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.
Ketentuan Meruqyah

Tatkala melakukan Ruqyah hendaknya diperhatikan ketentuan berikut :-
  1. Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan.
  2. Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.
  3. Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukan telek dan orang-orang yang segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai serban, jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan.
  4. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.
  5. Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di kuburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya.
  6. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian, laknat dan lain-lainnya.
Keutamaan Ruqyah mengikut Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang tidak menurunkan suatu penyakit kecuali Dia menurunkan juga ubat penawarnya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim )
Dan yakinlah bahwa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling tepat dan efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :
Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar" ( Fushshilat 44 )
"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman." ( Al-Isra 82 )
Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya telah mencontohkan pengubatan dengan mempergunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Hadis sandaran berkaitan Ruqyah

Nabi Muhammad SAW meruqyah dirinya sendiri tatkala mahu tidur dengan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya, kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh kedua tangannya. (HR Al-Bukhari )
Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, "Seseorang di antara kami disengat kalajenking. Kemudian Jabir berkata, "Wahai Rasulullah apakah saya boleh meruqyahkannya? Maka beliau bersabda, "Barangsiapa di antara kalian yang sanggup memberikan manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah" ( HR. Muslim )
Aisyah R.A. juga mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan padaku agar aku minta ruqyah dari pengaruh 'ain ( mata yang dengki )." ( HR Muslim )
Dari Abu Sa'id Al-Khudhri r.a., Jibril mendatangi Nabi SAW, lalu berkata, "Wahai Muhammad apakah engkau mengeluh rasa sakit?" Beliau menjawab, "Ya!" Kemudian Jibril meruqyahnya , "Bismillahi arqika, min kulli syai'in yu'dzika, min syarri kulli nafsin au 'aini hasidin, Allahu yasyfika, bismillahi arqika" ( "Dengan nama Allah aku meruqyahmu, dari segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa manusia atau mata pendengki, semoga Allah menyembuhkan kamu, dengan nama Allah saya meruqyahmu") ( HR Muslim )
Aisyah R.A. berkata, "Biasanya Rasulullah SAW apabila ada seorang yang mengeluh rasa sakit, beliau usap orang tersebut dengan tangan kanannya, kemudian berdoa, "Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah kerana Engkaulah pemberi penyembuh, tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan penyakit" ( HR Muslim )
Uthman Bin Abil 'Ash R.A. datang menemui Rasulullah SAW mengadukan rasa sakit pada tubuhnya yang dia rasakan semenjak masuk Islam, kemudian Rasulullah SAW berkata, "Letakkan tanganmu pada tempat yang terasa sakit, kemudian bacalah "Bismillahi" ( dengan menyebut nama Allah ) tiga kali, dan bacalah "A'uzu billahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhadziru" ( aku berlindung dengan Allah dan dengan qudrat-Nya dari kejahatan yang aku dapati dan yang aku hindari ) tujuh kali." ( HR. Muslim )

Definisi SIHIR & SAKA

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka.
Jenis-jenis sihir adalah :-
-Sihir Rumahtangga/Perceraian
-Sihir Pengasih/Guna-guna
-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata
-Sihir Gila
-Sihir Santau
-Sihir Kelesuan Badan
-Sihir Penyakit Anggota Badan
-Sihir Penghalang Pernikahan
Saka pula ialah satu amalan mewariskan jin secara turun temurun kepada salasilah keluarga dimana turunnya saka tersebut boleh secara upacara rasmi daripada usul ataupun secara automatik.Tanda-tanda orang itu bersaka ialah sakit ketika menziarahi orang meninggal,nyanyuk bila tua,terasa panas ditengkuk bila dibacakan ayat-ayat al quran,banyak penyakit genetik pada badan,boleh mengurut dan mengubat tanpa belajar,menerima amalan dari mimpi,menyimpan senjata-senjata lama seperti keris dan juga umur yang panjang serta liat menghadapi sakratul maut.

Friday, March 16, 2012

satu titik di situ..


Perbualan antara seorang kakak dan adik
Adik   :  Kakak, kakak nak buat ape?
Kakak:  Adalah ,ce adik tengok sampai habis..
Adik   :   Ok
Adik   :   Kenapa kakak buat love?
Kakak:   (Senyum) dan  tak peduli langsung soalan adik.
Beberapa minit berlalu..
Kakak:   Ok dah siap! Mari-mari duduk dekat datang rapat kalau nak tahu.
Adik pun berlari laju terus duduk bersimpuh di sebelah kakak..
Adik   :   Kakak buat apa sebenarnya? 
Kakak:   Ok sekarang akak ada dua bentuk love dan akak nak adik ambil pen. Boleh?
Adik   :    Boleh! kejap yer..
Kakak:    Ok.. adik jgn tengok akak nak buat sesuatu dekat love ni.
Kakak pun meletakkan satu titik halus yang sangat sukar untuk di kenal pasti di mana kedudukannya,walaupun kertas love itu berwarna putih bersih.
Kakak:   Ok, sekarang akak nak adik cari titik yang akak buat tadi...adik nampak tak?
Adik   :  Penat adik cari tak jumpa pun..mana? mana? 
Kakak:  Tak jumpa kan? ok sekarang tinggalkan love yg pertama.
Adik still menggaru-garu kepala yang tak gatal.
Kakak tersenyum melihat telatah adik ditambah dengan muka berkerut seribu.
Kakak:  Ok, adik jangan tengok tau apa akak buat kat love kedua ni..
Adik   :   Ok..!
Kakak pun terus memenuhkan kertas love kedua dengan titik yang sangat banyak..
Kakak:   Ok! Sekarang adik nampak tak apa yang ada dekat kertas love kedua tu?
Adik   :   Nampak, banyaknya titik..tak boleh nak kira..
Kakak:   Hehehe...memang lah tak boleh sayang sebab terlampau banyak.. Kakak bukan nak suruh adik kira..
Adik   :   Dah tu? kepala adik semakin pening..(garu kepala lagi)
Kakak:   "Adik tau tak apa maksud love yang kakak buat tadi?" ..Sebenarnya itu adalah ibarat sekeping hati kita. Suci bersih tanpa noda pada asalnya. 
Adik   :   Love 1st tu?
Kakak:   Adik sayang, adik tau tak kalau ada sesuatu perkara yang tak baik kita lakukan maka nya akan tambahlah satu titik di hati kita. Gelap lah hati kita dengan satu titik itu walaupun kita tak nampak sebenarnya. Kalau satu dosa kita buat, satu titik hitam di hati akan terlukis. 
Adik  :   Oooooo
Kakak:   Itu kalau satu kesalahan dan dosa yang kita lakukan.. Tapi bagaimana kalau banyak kesalahan dan dosa yang kita lakukan dalam sehari? 
Adik  :    Mestilah banyak titik hitam di hati kita kan kak?
Kakak:   Iye adik sayang.. Maka nya hati kita yang asalnya putih bersih berubah menjadi hitam kan adik kan? saja kakak memancing untuk tahu jawpan adik.
Adik  :    Kalau hitam mesti kotor kan kakak? Tak cantik lah kan?
Kakak:   Pandai adik ni.. Iye adik hitam hati bermakna kotor lah hati jadi tak cantik lah hati dan tak cantik juga akhlak dan peribadinya.. Adik nak hati adik hitam?kotor? tak cantik?
Adik   :   Ermmmm.. Tak nak kalau hitam,kotor, tak cantik orang tak suka.
Kakak:   Allah pun tak sayang...kakak menyampuk sambil tersenyum... ^___^
Adik   :   Adik tak nak lah tambah titik hitam di hati adik..Nanti Allah tak sayang.. "Kalau dah kotor dan tak cantik boleh bersihkan ke kak?" tanya adik .
Kakak:    Cuba adik tengok kain kotor , macam mana nak bersih kan kain kotor?
Adik  :     Akak ni... mestilah guna sabun..tapi kalau hati? macam mane ye?
Kakak:    Adik, hati jugak macam baju.. boleh dibersihkan tapi bukan guna sabun iye sayang..
Kakak:    Kita bersihkan dengan kalimah Istighfar,perkara yang paling mudah.. Tak susah pun, selain daripada solat taubat.
Adik  :     Macam mane kalimah istighfar tu? 
Kakak:    Astaghfirullahal 'azim..baca banyak-banyak kali ok.Nanti hati kita bersih, cantik, putih..=)
Tapi tidak bererti kita boleh buat dosa dan kesalahan yang dilarang Allah sesuka hati tau...No..no..no
Adik  :   Baiklah kak, ok! adik nak baca sekarang.."Astaghfirullahal 'azim...., Astaghfirullahal 'azim....,
Kakak:   Alhamdulillah adik dah faham..


    Begitulah hati kita,sering ternoda dan tercela walau hanya dengan satu kesilapan yang kecil.. Namun jika dikumpulkan noda dan cela tanpa pembersihan jiwa tentu saja hati kita semakin hitam,gelap dan gelita.. Dan cahaya IMAN semakin menjauh tinggalkan hati kita. Maka perbanyakkan istighfar memohon keampunan dari Allah juga hambaNya jika kita pernah tersalah dalam berkata,tersilap mentafsir,terkhilaf berbicara segeralah memohon keampunan. Bimbang nanti hati terus tertutup rapat tanpa hidayah dariNya. Bimbang nanti tak ada kesempatan dan ruang serta peluang yang datang. Wallahu 'alam..
    Ingatan bersama untuk semua dan juga diri  ini yang masih mencari sesuatu di antara waktu..

Thursday, March 8, 2012

Paku di hati

begini kisahnya,... ..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku
sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,
ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

"Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda....

Monday, March 5, 2012

Pengaruh 5F dalam kehidupan

5F pengaruh hebat dlm kehidupan..
Fun - terlampau byk sgt hiburan sampai melalaikan
Fashion - terlebih fesyen hingga mengabaikan aurat dan pandangan
Food - macam-macam makanan sampai mkn yg keterlaluan yg menyebabkan kemalasan dan mencari alasan.
Facebook - tidak di gunakan untuk kebaikan,akhirnya membawa kemusnahan
Family - tiadanya bimbingan dan tauladan,maka generasi Islam semakin hilang pedoman dan arah tujuan..

Beginilah akhirnya umat Islam, semakin mudah di pijak dan di perlekehkan.. Nauzubillah.. Semoga kita saling berpesan-pesan dgn kesabaran.. Bukalah mata bukalah hati.. (Muhasabah diri)

1 Halllllll.....

1 hal yg membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG
1 hal yg membuat kita DEWASA adalah MASALAH
1 hal yg membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
1 hal yg membuat kita MAJU adalah USAHA
1 hal yg membuat kita KUAT adalah DO'A
...
Jadi agar hari ini lebih INDAH...
Sebarkanlah KASIH SAYANG kepada sesama,
Bersahabat dengan MASALAH,
Tidak PUTUS ASA, terus berUSAHA...
dan selalu berDO'A kepada yang Maha Kuasa

Yaa Siiiiin

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut “SALAMUUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM ” diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.


Jika boleh niatkan sebegini:

1. YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan
mencintai Islam

3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat

4. YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6. YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad SAW yang beriman kesihatan zahir batin

7. YA-ALLAH YA-ZALJALALIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhailah aku.

AMIN.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda, tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah.

Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar.