Pada zaman dahulu, Khalifah Harun ar-Rasyidin adalah seorang pemimpin hebat yang suka berdebat. Setiap kali Khalifah Harun berdebat beliau akan beroleh kemenangan. Malahan, para pendebat yang berdebat dengan beliau itu bukanlah calang-calang orang namun kemenangan sentiasa berpihak pada beliau,sampailah satu masa Khalifah Harun ar-Rasyidin berasa bosan untuk berdebat. Makanya, Khalifah Harun ar-Rasyidin meminta agar pembantunya Sufyan agar mencari seorang pendebat yang hebat yang boleh berdebat dengannya tanpa kata-kata.
Perbualan antara Khalifah Harun ar-Rasyidin dan Sufyan
KHAR : Wahai Sufyan, bolehkah engkau carikan aku pendebat yang terhebat yang boleh berdebat dengan aku tanpa kata-kata?
Sufyan : Boleh tuanku.. Tapi bagaimana orangnya?
Sufyan : Boleh tuanku.. Tapi bagaimana orangnya?
KHAR : Engkau carikan aku seorang yang boleh berdebat dengan tanpa kata-kata kerana aku sudah penat berdebat dengan kata-kata.Carilah orang yang hebat.
Sufyan : Baiklah..
Sufyan pun memulakan pencarian.. Pada suatu hari, sedang Sufyan berjalan-jalan di satu kawasan lapang dia ternampak seseorang mengarahkan kambingnya dengan baik tanpa mengeluarkan perkataan. Sufyan berasa kagum dengan orang itu dan terus mendekatinya..Orang itu adalah seorang pengembala kambing.. " Hebatnya dia". kata Sufyan di dalam hati.
Perbualan antara Sufyan dan pengembala kambing.
Sufyan : Hebat sungguh kamu wahai pengembala kambing.
Pengembala : Kenapa Tuan kata begitu? (sambil memandang Sufyan dengan hairan)
Sufyan : Mahukah kamu berdebat dengan pemimpin kita Khalifah Harun ar-Rasyidin? (Sufyan membiarkan pertanyaan Pengembala itu dengan membalas soalan)
Pengembala : (Pengembala berasa hairan mengapa dirinya yang dipilih untuk berdebat dengan orang hebat itu, tetapi dia segera bersetuju) Oh! Boleh saja tapi mengapa tuan hamba memilih saya?
Sufyan : Kerana dari pengamatan aku kamu adalah seorang yang hebat..Tetapi Khalifah Harun ar-Rasyidin mengatakan bahawa dia mahu berdebat secara senyap tanpa kata-kata.
Pengembala : Itu tiada masalah bagi ku.
Mereka pun membuat perjanjian tarikh,masa dan tempat.
Masa terus berlalu...
sehari.....
dua hari berlalu......
tiga hari.....
seminggu...
Tibalah masa yang telah ditetapkan untuk meneruskan acara berdebat itu.
Pengembala dijemput dihadapan Khalifah Harun ar-Rasyidin untuk berdebat.
Bermula..
Khalifah Harun ar-Rasyidin mengeluarkan jari telunjuk dengan membawa maksud satu.
Kemudian Pengembala mengeluarkan 2 jarinya (peace) menunjukkan dua.
Khalifah Harun ar-Rasyidin sangat terkejut dengan kehebatan pengembala kambing itu.
Dalam hatinya berkata: "Wah! sungguh bijak pengembala kambing ini menjawab soalan aku. Tak pe kita lihat soalan seterusnya, adakah dia boleh menjawab soalan aku."
Khalifah Harun berkata kepada si pengembala kambing... "Baiklah!soalan kedua."
Khalifah Harun menunjukkan isyarat bulatan kepada pengembala kambing.
Dengan rasa terkejut, pengembala kambing lantas mengeluarkan penumbuk nak menunjukkan ke arah Khalifah Harun.Sekali lagi Khalifah Harun terkejut, dan beliau berkata "Soalan aku yang ni pun dia boleh jawab? Hebat..." katanya.
Acara diteruskan dengan soalan ketiga dan terakhir.
Khalifah Harun meraba-raba di dalam poket seluarnya dan mengeluarkan sebiji bawang, kemudian Khalifah Harun menunjukkan kepada pengembala kambing. Maka, sambil tersenyum si pengembala kambing pula mencari sesuatu di dalam poket seluarnya dan lantas mengeluarkan sebiji telur kemudian ditunjukkan kepada Khalifah Harun.
"Ya! memang kamu seorang yang hebat dan mampu menjawab kesemua soalan aku." kata Khalifah Harun kepada pengembala kambing tersebut. Maka berakhirlah acara tersebut.
2 hari berlalu..
Sufyan tidak dapat tidur malam kerana asyik memikirkan si pengembala kambing yang hebat itu. Beliau berasa hairan bagaimana pengembala kambing tersebut boleh menjawab semua soalan Khalifah Harun sedangkan dia sendiri tidak faham akan soalan yang Khalifah Harun berikan hatta orang lain juga.
Seminggu berlalu..
Sufyan tidak puas hati dan dia pergi mencari pengembala kambing untuk mencari jawapan yang sebenarnya.
Setibanya Sufyan ditempat pengembala itu biasa bersantai dia pun terus bertanya. "Wahai pengembala kambing boleh aku tahu apakah yang ditanya oleh Khalifah Harun sehinggakan kau dapat menjawab semua soalannya,"tanya Sufyan.
"Apa maksud soalan pertama Khalifah Harun kepada engkau wahai pengembala kambing?" tanya nya lagi.
"Oh! senang je, sebenarnya isyarat telunjuk yang membawa maksud 1 itu adalah kambing aku," kata pengembala kambing. "Khalifah Harun mahukan seekor kambing yang aku ternak." sambung si pengembala kambing lagi.
Sufyan masih tidak berpuas hati dan dia mengajukan soalan seterusnya. "Jadi mengapa engkau menunjukkan isyarat dua (peace) kepada Khalifah Harun"?
"Aku tunjuk begitu kerana aku beritahu pada Khalifah Harun bahawa tiada masalah boleh aje aku berikan kambingku malah bukan setakat seekor tetapi dua ekor,"kata pengembala.
"Bagaimana pula dengan soalan kedua itu dan apakah maksud soalan Khalifah Harun?",tanya Sufyan ingin tahu. "Oh! isyarat bulatan itu bermaksud bahawa dia mahukan keseluruhan kambing aku", kata pengembala.
"Sufyan menyambung ooooo begitu rupanya,tetapi mengapa kamu menunjukkan penumbuk kepada Khalifah Harun?" Sufyan bertanya.
Pengembala kambing berkata, "mestilah! mana boleh dia mahukan keseluruhan kambing aku jadi sebab itu aku tunjukkan penumbuk".
Sufyan tersenyum tetapi masih tidak berpuas hati kerana masih ada satu soalan yang belum terungkai.
"Jadi apa maksud soalan ketiga itu?", tanya Sufyan tanpa teragak-agak. Pengembala pun menerangkan kepada Sufyan. "Khalifah Harun menunjukkan bawang kepada ku yang membawa maksud bahawa aku hanya mampu makan bawang. Jadi aku pun tidak mahu mengalah, mana boleh aku juga mampu makan telur." cerita si pengembala kepada Sufyan. Sufyan berasa kagum dengan kehebatan pengembala itu. Sufyan pulang ke rumah dalam keadaan senang hati.
Seminggu berlalu, fikirannya mula teringatkan semula perdebatan Khalifah Harun dan pengembala kambing. Perasaan tidak puas hati di hatinya datang lagi. Maka Sufyan pun terfikir yang dia ingin berjumpa dengan Khalifah Harun pula untuk hilangkan segala keresahan yang melanda akibat asyik memikirkan kebenaran.
Keesokkan harinya, tanpa berlengah Sufyan terus berjumpa dengan Khalifah Harun.
"Wahai Tuanku boleh kah aku tahu apa maksud isyarat-isyarat antara kau dengan pengembala kambing dalam acara tempoh hari?",tanya Sufyan kepada Khalifah Harun. Belum pun smepat Khalifah Harun menjawab soalan pertamanya, Sufyan bertanya lagi. "Apa maksud 1 jari telunjuk yang Tuanku tunjukkan kepada pengembala kambing?". "Satu itu bermaksud Allah itu hanya ada satu,"kata Khalifah Harun. "Jadi apa yang dimaksudkan pengembala kambing dengan 2 jarinya itu?,tanya Sufyan lagi. Dengan tenang Khalifah Harun menerangkan kepada Sufyan. "2 jarinya itu bermaksud, tidak cukup dengan hanya beriman kepada Allah tetapi tidak beriman kepada Rasulnya, iaitu (La ila ha illallah) tetapi perlu dilengkapkan dengan (Muhammadur Rasullullah). Tercenganglah Sufyan. Hati Sufyan berkata, "betul juga kata Tuanku tapi jawapan pengembala kambing itu berbeza sama sekali.
"Bagaimana soalan keduanya?", tanya Sufyan kepada Khalifah Harun ar-Rasyidin. Sufyan menyambung soalan nya dengan bertanya, "apa maksud Tuanku menunjukkan bulatan kepada pengembala itu?.
Khalifah Harun pun dengan sabar menerangkan kepada Sufyan. "Aku menunjukkan bulatan itu bermaksud bahawa bagaimana Allah menjadikan bumi ini?". Khalifah Harun menyambung lagi, "benarlah jawapan si pengembala itu dengan menunjukkan genggaman nya kepadaku (penumbuk)". " Dia mengatakan kejadian bumi ni begitu mudah ianya dalam genggaman Allah", kata Khalifah Harun.
Tanpa menunggu Sufyan bertanya, Khalifah Harun terus memberi penerangan kepada Sufyan tentang soalannya yang ketiga. "Kemudian,soalan ketiga aku mengeluarkan bawang dan menunjukkannya kepada pengembala kan?,tanya Khalifah Harun kepada Sufyan." Sufyan menggangguk tanda setuju. "Soalan itu bermaksud, bagaimana Allah menjadikan seluruh cakerawala ini berlapis-lapis, bulan,bumi,matahari serta planet-planet lain berputar di atas orbitnya tanpa perlanggaran berlaku?",terang Khalifah kepada Sufyan.
"Hebat pengembala itu kerana sungguh bijak menjawab soalanku",kata Khalifah. Namun, Sufyan masih tidak berpuas hati kerana belum tahu maksud jawapan terakhir. "Jadi apa maksud jawapan nya wahai Tuanku?",tanya Sufyan lagi. Khalifah Harun tersenyum dan terus menjawab soalan Sufyan dengan tenang. "Sebiji telur yang dikeluarkan oleh pengembala itu bermaksud, bahawa kejadian alam dan cakerawala yang berlapis-lapis ini hanya lah mudah bagi Allah,iaitu menjadi satu seperti sebiji telur dengan kuasaNya.
"ooooooo begitu! Sufyan menggangguk-angguk tanda faham.
Sekian..
Pengajaran: Apa yang kita dapat daripada cerita di atas ialah, pemikiran dan pandangan seseorang yang tiada ilmu seperti pengembala kambing dan seseorang yang bijaksana seperti Khalifah Harun adalah berbeza walaupun secara kasar di pandangan mata kita merasakan ianya sama. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas, belajar lah selagi kita mampu,belajarlah selagi punya waktu,belajarlah tanpa jemu..
"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).." - Surah Al-Kahfi [18] : 109
Ada ilmu yang boleh belajar dari buku,Ada ilmu yang perlu berguru.. Pilihlah yang mana satu =) |
"Cerita ni aku dapat masa pegi kursus bulan lepas, isinya semua sama cuma di olah sedikit....Jenuh juga nak ingat semula cerita ni" Ingatan bersama untuk mereka dan diri ini yang masih mencari sesuatu di antara waktu..
No comments:
Post a Comment