6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:
1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih
mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.
2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada
kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan
kita.
3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia
lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari
dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.
4-
Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia
daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan
kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.
5- Jika
melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka
kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas
kesalahan yang telah mereka lakukan.
6- Apabila bertemu
dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari
nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam,
maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.
(Kitab Rayuan dan Janji Iblis Laknatullah. M/S : 127)
nice post...
ReplyDelete