Mencari Cinta Ilahi
Allah did not promise that life would be easy,but He did promise to always be beside you in every step of your life..
Sunday, July 8, 2012
Thursday, May 17, 2012
Wednesday, May 16, 2012
GURUKU..
Wahai guruku yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati
Ya ALLAH peliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga
Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna
Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati
Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku
Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati
Datang dengan harapan,
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan
Monday, April 23, 2012
Disebalik 5 jari
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari yang
lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan
dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Bukankah ia membayangkan
kewajipan solat lima waktu?
Jangan diabaikan peringatan itu. Jika diabaikan seolah-olah kita kehilangan salah satu jari. Pastinya kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan banyak nikmat yang terlepas untuk dinikmati.
Jari Kelingking
Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan harus bermula daripada kecil.
Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.
Jari Manis
Pergi pula kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi apabila disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tidak terkira. Senyum sampai ke telinga.
Ketika ini kita di alam remaja. Awas! Di usia ini kita sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.
Hari itu, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil kelak.
Persoalannya sekarang, adakah kita ini benar-benar bertanggungjawab? Atau sudahkah kita mengenali tanggungjawab? Atau berpura-pura tidak tahu tentang tanggungjawab? Atau memilih tidak mahu tahu langsung tentang tanggungjawab?
Jari Hantu
Kemudian naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja mula ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat 30-an ini, kebanyakkan dari kita telah mempunyai personaliti dan status tersendiri, dengan ekonomi yang yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi, lantas akan terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Jari Telunjuk
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t ketika bersolat.
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dengan minda yang hebat.
Jari Ibu
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan menafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Dengari nasihat mereka. Kemudian timbang-tara pendapat mereka. Sekiranya ia sejajar dengan syariat dan tidak menyimpang dari asas keimanan, maka patuhilah ia.
Nasihat mereka barangkali amat berguna. Dengan nasihat itu di belakang hari nanti, kita akan berasa bangga dan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Maka itulah rahsia kejayaan kita.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda kelima-limanya. Renung dan fikirkan dalam-dalam.
“Di manakah kita?” dan “Siapakah kita?”
Jangan diabaikan peringatan itu. Jika diabaikan seolah-olah kita kehilangan salah satu jari. Pastinya kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan banyak nikmat yang terlepas untuk dinikmati.
Jari Kelingking
Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan harus bermula daripada kecil.
Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.
Jari Manis
Pergi pula kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi apabila disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tidak terkira. Senyum sampai ke telinga.
Ketika ini kita di alam remaja. Awas! Di usia ini kita sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.
Hari itu, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil kelak.
Persoalannya sekarang, adakah kita ini benar-benar bertanggungjawab? Atau sudahkah kita mengenali tanggungjawab? Atau berpura-pura tidak tahu tentang tanggungjawab? Atau memilih tidak mahu tahu langsung tentang tanggungjawab?
Jari Hantu
Kemudian naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja mula ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat 30-an ini, kebanyakkan dari kita telah mempunyai personaliti dan status tersendiri, dengan ekonomi yang yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi, lantas akan terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Jari Telunjuk
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t ketika bersolat.
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dengan minda yang hebat.
Jari Ibu
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan menafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Dengari nasihat mereka. Kemudian timbang-tara pendapat mereka. Sekiranya ia sejajar dengan syariat dan tidak menyimpang dari asas keimanan, maka patuhilah ia.
Nasihat mereka barangkali amat berguna. Dengan nasihat itu di belakang hari nanti, kita akan berasa bangga dan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Maka itulah rahsia kejayaan kita.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda kelima-limanya. Renung dan fikirkan dalam-dalam.
“Di manakah kita?” dan “Siapakah kita?”
Apakah itu Istidraj?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu
tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),
ketahuilah baha wa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian
di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan
berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,
bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,
bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa
sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur
hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,
kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila
kita tanya, apa kamu tak t akut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati
juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka,
takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi
Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi
tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof
dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,
dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang
beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,
sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat
pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh
kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan
tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan
semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya"
(Kitab Nasaibul æIbad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu
atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia
akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba
hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati
juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi
dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia
begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan
seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja
kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama
hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka
Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan
yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang
berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah
pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan
untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta
mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk
kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita
tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.
Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. >
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk
menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari
hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila
dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan
dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang
diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
Thursday, April 5, 2012
Layar Keinsafan
Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Tuesday, March 27, 2012
TAK TAHU vs TAHU
Selalu begini kan?
Kita TAK TAHU yang sebenarnya kita TAHU
Kita TAK TAHU yang sebenarnya kita BOLEH
Kita TAK TAHU yang sebenarnya kita MAMPU
...
Apa yang kita TAHU kita TAK TAHU..
Apa yang kita TAK TAHU pun kadang-kadang kita TAK TAHU..
Jadi ambil TAHU apa yang kita TAK TAHU
Jadikan apa yang kita TAK TAHU kepada TAHU..
(Muhasabah diri jom)
Kita TAK TAHU yang sebenarnya kita TAHU
Kita TAK TAHU yang sebenarnya kita BOLEH
Kita TAK TAHU yang sebenarnya kita MAMPU
...
Apa yang kita TAHU kita TAK TAHU..
Apa yang kita TAK TAHU pun kadang-kadang kita TAK TAHU..
Jadi ambil TAHU apa yang kita TAK TAHU
Jadikan apa yang kita TAK TAHU kepada TAHU..
(Muhasabah diri jom)
Sunday, March 25, 2012
Belajar tulisan Khat!!
Khat Nasakh....
Semalam belajar buat tulisan khat nasakh. Selama hari ini main hentam je buat, tapi memang sangat-sangat best dan menarik. Dah macam budak-budak baru belajar menulis tapi apa-apa pun lepas ni boleh perbaiki tulisan khat. Ana baru belajar jadi tak berapa nak kemas tulisan nya. Kepada mereka yang nak tulis khat belajar dulu sebab ada teknik-teknik untuk menulis satu-satu huruf tu. Mari kita martabatkan tulisan jawi :).
Sedih :( sebab tulisan jawi semakin di lupakan. Ada juga yang dah tak kenal huruf-huruf hijaiyah,walaupun masa kecik-kecik dulu kita belajar. Biasanya, kalau seseorang itu tak kenal huruf hijiaiyah makanya orang tu tak boleh membaca kalam Allah dengan sempurna,wallahu 'alam.Tapi itulah hakikatnya. Orang di negara Jepun sibuk nak belajar jawi tapi kita orang melayu Islam?.. Betapa mereka menghargai tulisan turun temurun kita.. Jom transform mulai sekarang.. Belajarlah semuanya supaya bila kita dicampak kan ke laut jadi pulau,bila campak ke darat jadi gunung. Ada kaitan ke eh pepatah ni?.. :p.. Erm ada je, tp fikir sendiri lah erk.
"Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain".. InsyaAllah.
Saturday, March 24, 2012
Khalifah Harun Ar Rasyidin dan Pengembala kambing....
Pada zaman dahulu, Khalifah Harun ar-Rasyidin adalah seorang pemimpin hebat yang suka berdebat. Setiap kali Khalifah Harun berdebat beliau akan beroleh kemenangan. Malahan, para pendebat yang berdebat dengan beliau itu bukanlah calang-calang orang namun kemenangan sentiasa berpihak pada beliau,sampailah satu masa Khalifah Harun ar-Rasyidin berasa bosan untuk berdebat. Makanya, Khalifah Harun ar-Rasyidin meminta agar pembantunya Sufyan agar mencari seorang pendebat yang hebat yang boleh berdebat dengannya tanpa kata-kata.
Perbualan antara Khalifah Harun ar-Rasyidin dan Sufyan
KHAR : Wahai Sufyan, bolehkah engkau carikan aku pendebat yang terhebat yang boleh berdebat dengan aku tanpa kata-kata?
Sufyan : Boleh tuanku.. Tapi bagaimana orangnya?
Sufyan : Boleh tuanku.. Tapi bagaimana orangnya?
KHAR : Engkau carikan aku seorang yang boleh berdebat dengan tanpa kata-kata kerana aku sudah penat berdebat dengan kata-kata.Carilah orang yang hebat.
Sufyan : Baiklah..
Sufyan pun memulakan pencarian.. Pada suatu hari, sedang Sufyan berjalan-jalan di satu kawasan lapang dia ternampak seseorang mengarahkan kambingnya dengan baik tanpa mengeluarkan perkataan. Sufyan berasa kagum dengan orang itu dan terus mendekatinya..Orang itu adalah seorang pengembala kambing.. " Hebatnya dia". kata Sufyan di dalam hati.
Perbualan antara Sufyan dan pengembala kambing.
Sufyan : Hebat sungguh kamu wahai pengembala kambing.
Pengembala : Kenapa Tuan kata begitu? (sambil memandang Sufyan dengan hairan)
Sufyan : Mahukah kamu berdebat dengan pemimpin kita Khalifah Harun ar-Rasyidin? (Sufyan membiarkan pertanyaan Pengembala itu dengan membalas soalan)
Pengembala : (Pengembala berasa hairan mengapa dirinya yang dipilih untuk berdebat dengan orang hebat itu, tetapi dia segera bersetuju) Oh! Boleh saja tapi mengapa tuan hamba memilih saya?
Sufyan : Kerana dari pengamatan aku kamu adalah seorang yang hebat..Tetapi Khalifah Harun ar-Rasyidin mengatakan bahawa dia mahu berdebat secara senyap tanpa kata-kata.
Pengembala : Itu tiada masalah bagi ku.
Mereka pun membuat perjanjian tarikh,masa dan tempat.
Masa terus berlalu...
sehari.....
dua hari berlalu......
tiga hari.....
seminggu...
Tibalah masa yang telah ditetapkan untuk meneruskan acara berdebat itu.
Pengembala dijemput dihadapan Khalifah Harun ar-Rasyidin untuk berdebat.
Bermula..
Khalifah Harun ar-Rasyidin mengeluarkan jari telunjuk dengan membawa maksud satu.
Kemudian Pengembala mengeluarkan 2 jarinya (peace) menunjukkan dua.
Khalifah Harun ar-Rasyidin sangat terkejut dengan kehebatan pengembala kambing itu.
Dalam hatinya berkata: "Wah! sungguh bijak pengembala kambing ini menjawab soalan aku. Tak pe kita lihat soalan seterusnya, adakah dia boleh menjawab soalan aku."
Khalifah Harun berkata kepada si pengembala kambing... "Baiklah!soalan kedua."
Khalifah Harun menunjukkan isyarat bulatan kepada pengembala kambing.
Dengan rasa terkejut, pengembala kambing lantas mengeluarkan penumbuk nak menunjukkan ke arah Khalifah Harun.Sekali lagi Khalifah Harun terkejut, dan beliau berkata "Soalan aku yang ni pun dia boleh jawab? Hebat..." katanya.
Acara diteruskan dengan soalan ketiga dan terakhir.
Khalifah Harun meraba-raba di dalam poket seluarnya dan mengeluarkan sebiji bawang, kemudian Khalifah Harun menunjukkan kepada pengembala kambing. Maka, sambil tersenyum si pengembala kambing pula mencari sesuatu di dalam poket seluarnya dan lantas mengeluarkan sebiji telur kemudian ditunjukkan kepada Khalifah Harun.
"Ya! memang kamu seorang yang hebat dan mampu menjawab kesemua soalan aku." kata Khalifah Harun kepada pengembala kambing tersebut. Maka berakhirlah acara tersebut.
2 hari berlalu..
Sufyan tidak dapat tidur malam kerana asyik memikirkan si pengembala kambing yang hebat itu. Beliau berasa hairan bagaimana pengembala kambing tersebut boleh menjawab semua soalan Khalifah Harun sedangkan dia sendiri tidak faham akan soalan yang Khalifah Harun berikan hatta orang lain juga.
Seminggu berlalu..
Sufyan tidak puas hati dan dia pergi mencari pengembala kambing untuk mencari jawapan yang sebenarnya.
Setibanya Sufyan ditempat pengembala itu biasa bersantai dia pun terus bertanya. "Wahai pengembala kambing boleh aku tahu apakah yang ditanya oleh Khalifah Harun sehinggakan kau dapat menjawab semua soalannya,"tanya Sufyan.
"Apa maksud soalan pertama Khalifah Harun kepada engkau wahai pengembala kambing?" tanya nya lagi.
"Oh! senang je, sebenarnya isyarat telunjuk yang membawa maksud 1 itu adalah kambing aku," kata pengembala kambing. "Khalifah Harun mahukan seekor kambing yang aku ternak." sambung si pengembala kambing lagi.
Sufyan masih tidak berpuas hati dan dia mengajukan soalan seterusnya. "Jadi mengapa engkau menunjukkan isyarat dua (peace) kepada Khalifah Harun"?
"Aku tunjuk begitu kerana aku beritahu pada Khalifah Harun bahawa tiada masalah boleh aje aku berikan kambingku malah bukan setakat seekor tetapi dua ekor,"kata pengembala.
"Bagaimana pula dengan soalan kedua itu dan apakah maksud soalan Khalifah Harun?",tanya Sufyan ingin tahu. "Oh! isyarat bulatan itu bermaksud bahawa dia mahukan keseluruhan kambing aku", kata pengembala.
"Sufyan menyambung ooooo begitu rupanya,tetapi mengapa kamu menunjukkan penumbuk kepada Khalifah Harun?" Sufyan bertanya.
Pengembala kambing berkata, "mestilah! mana boleh dia mahukan keseluruhan kambing aku jadi sebab itu aku tunjukkan penumbuk".
Sufyan tersenyum tetapi masih tidak berpuas hati kerana masih ada satu soalan yang belum terungkai.
"Jadi apa maksud soalan ketiga itu?", tanya Sufyan tanpa teragak-agak. Pengembala pun menerangkan kepada Sufyan. "Khalifah Harun menunjukkan bawang kepada ku yang membawa maksud bahawa aku hanya mampu makan bawang. Jadi aku pun tidak mahu mengalah, mana boleh aku juga mampu makan telur." cerita si pengembala kepada Sufyan. Sufyan berasa kagum dengan kehebatan pengembala itu. Sufyan pulang ke rumah dalam keadaan senang hati.
Seminggu berlalu, fikirannya mula teringatkan semula perdebatan Khalifah Harun dan pengembala kambing. Perasaan tidak puas hati di hatinya datang lagi. Maka Sufyan pun terfikir yang dia ingin berjumpa dengan Khalifah Harun pula untuk hilangkan segala keresahan yang melanda akibat asyik memikirkan kebenaran.
Keesokkan harinya, tanpa berlengah Sufyan terus berjumpa dengan Khalifah Harun.
"Wahai Tuanku boleh kah aku tahu apa maksud isyarat-isyarat antara kau dengan pengembala kambing dalam acara tempoh hari?",tanya Sufyan kepada Khalifah Harun. Belum pun smepat Khalifah Harun menjawab soalan pertamanya, Sufyan bertanya lagi. "Apa maksud 1 jari telunjuk yang Tuanku tunjukkan kepada pengembala kambing?". "Satu itu bermaksud Allah itu hanya ada satu,"kata Khalifah Harun. "Jadi apa yang dimaksudkan pengembala kambing dengan 2 jarinya itu?,tanya Sufyan lagi. Dengan tenang Khalifah Harun menerangkan kepada Sufyan. "2 jarinya itu bermaksud, tidak cukup dengan hanya beriman kepada Allah tetapi tidak beriman kepada Rasulnya, iaitu (La ila ha illallah) tetapi perlu dilengkapkan dengan (Muhammadur Rasullullah). Tercenganglah Sufyan. Hati Sufyan berkata, "betul juga kata Tuanku tapi jawapan pengembala kambing itu berbeza sama sekali.
"Bagaimana soalan keduanya?", tanya Sufyan kepada Khalifah Harun ar-Rasyidin. Sufyan menyambung soalan nya dengan bertanya, "apa maksud Tuanku menunjukkan bulatan kepada pengembala itu?.
Khalifah Harun pun dengan sabar menerangkan kepada Sufyan. "Aku menunjukkan bulatan itu bermaksud bahawa bagaimana Allah menjadikan bumi ini?". Khalifah Harun menyambung lagi, "benarlah jawapan si pengembala itu dengan menunjukkan genggaman nya kepadaku (penumbuk)". " Dia mengatakan kejadian bumi ni begitu mudah ianya dalam genggaman Allah", kata Khalifah Harun.
Tanpa menunggu Sufyan bertanya, Khalifah Harun terus memberi penerangan kepada Sufyan tentang soalannya yang ketiga. "Kemudian,soalan ketiga aku mengeluarkan bawang dan menunjukkannya kepada pengembala kan?,tanya Khalifah Harun kepada Sufyan." Sufyan menggangguk tanda setuju. "Soalan itu bermaksud, bagaimana Allah menjadikan seluruh cakerawala ini berlapis-lapis, bulan,bumi,matahari serta planet-planet lain berputar di atas orbitnya tanpa perlanggaran berlaku?",terang Khalifah kepada Sufyan.
"Hebat pengembala itu kerana sungguh bijak menjawab soalanku",kata Khalifah. Namun, Sufyan masih tidak berpuas hati kerana belum tahu maksud jawapan terakhir. "Jadi apa maksud jawapan nya wahai Tuanku?",tanya Sufyan lagi. Khalifah Harun tersenyum dan terus menjawab soalan Sufyan dengan tenang. "Sebiji telur yang dikeluarkan oleh pengembala itu bermaksud, bahawa kejadian alam dan cakerawala yang berlapis-lapis ini hanya lah mudah bagi Allah,iaitu menjadi satu seperti sebiji telur dengan kuasaNya.
"ooooooo begitu! Sufyan menggangguk-angguk tanda faham.
Sekian..
Pengajaran: Apa yang kita dapat daripada cerita di atas ialah, pemikiran dan pandangan seseorang yang tiada ilmu seperti pengembala kambing dan seseorang yang bijaksana seperti Khalifah Harun adalah berbeza walaupun secara kasar di pandangan mata kita merasakan ianya sama. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas, belajar lah selagi kita mampu,belajarlah selagi punya waktu,belajarlah tanpa jemu..
"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).." - Surah Al-Kahfi [18] : 109
Ada ilmu yang boleh belajar dari buku,Ada ilmu yang perlu berguru.. Pilihlah yang mana satu =) |
"Cerita ni aku dapat masa pegi kursus bulan lepas, isinya semua sama cuma di olah sedikit....Jenuh juga nak ingat semula cerita ni" Ingatan bersama untuk mereka dan diri ini yang masih mencari sesuatu di antara waktu..
Friday, March 23, 2012
La Tahzan 1...2...3...
Sekian lama tersimpan, akhirnya dibawa keluar semula buku ni.. Sebabnya? mungkin juga untuk ubat hati yang sedang sakit, hati yang sedang gundah,hati yang lara dan berduka atau hati yang amarah.. Walaupun dengan membaca Al-Quran itu adalah sebaik-baik ketenangan jiwa untuk hati tunduk dan lembut. Namun, buku ini punya keistimewaannya tersendiri dan bahan sampingan untuk menundukkan hati yang gundah gulana... Tak gitu?? :) Aku dah baca buku ni habis dah sebenarnya tapi tak salah ulangkaji semula bila hati memerlukan ubatnya. Comel je bukunya, senang nak bawa gi mana-mana. Apa yang menarik dalam buku ni ialah setiap kata-kata dan ayatnya ibarat hembusan hidayah yang menusuk ke dalam hati..Walaupun ayatnya ada bunyi keindonesiaan sedikit. Tapi alhamdullilah setakat yang aku baca mudah untuk faham..Dan buku ni sangat membina hati kita. Mudah-mudahan,InsyaAllah. Dan lagi tak jemu di baca walau berulang kali. Baiklah sekadar perkongsian untuk yang belum memiliki buku ini.. Antara tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku 1 :
- Merenunglah dan bersyukurlah
- Yang lalu biarlah berlalu
- Hari ini milik anda
- Masa depan akan datang dengan sendirinya
- Jadikan kritikan tajam sebagai penghormatan
- Berharaplah akan redha Allah semata
- Berbuat baik kepada orang lain akan melapangkan dada
- Usirlah kekosongan dengan kesibukan
- Teguhkanlah keperibadian anda
- Terimalah Qadha dan Qadar Allah
Banyaklah pulak, tapi cukup lah setakat itu perkongsian tajuknya... Pesanan buat mereka yang bersedih dan yang sedang berperang dengan perasaan sendiri cubalah cari buku ini. Selain daripada membaca Al-Quran, InsyaAllah carilah hidayahNya walau di mana sekalipun. Hidayah itu milik Allah,tetapi usaha perlu ada untuk mencarinya. La Tahzan jangan berputus asa. (Pesanan untuk mereka yang bersedih dan untuk diri ini yang masih mencari sesuatu di antara waktu)
Aku nak ulangkaji semula buku ini.. Mudah-mudahan tak banyak sikit pasti ada masuk di hati dan minda. Dengan izinNya..Sebelum terlupa pesanan untuk adik Akmal "Jangan bersedih hati, Allah itu adil dan Maha Tahu..pasti ada hikmah tersembunyi...." Carilah buku ni dan baca ye..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)