Monday, July 25, 2011

Redha vs Terpaksa

           
    Setiap perjalanan hidup ini ada dugaan yang datang menghampiri...tidak kira sama ada kita rela atau tidak ia pasti menjengah hidup dan kehidupan..Semua hambaNya pasti merasa dengan cubaan dan dugaan yang dihulurkan agar kita sebagai hambaNya yang hina tak pernah lupa dan alpa bahawa Dia adalah pentadbir alam yang sebenar-benarnya...Itu apa yang dikata namun sunnnatullah kita lah hamba yang paling hampir dengan sifat lupa dan alpa walau terkadang hidup dan diri di uji tapi masih terus hanyut entah ke mana.. Kerana kita tidak redha dengan ujian yang di beri,tidak terima dengan cubaan yang menguji,tak  nak ambil pengajaran dari dugaan yang Allah hantar kan dalam hidup ini.. Apalah erti nya hidup andai hati kita tidak pernah redha dengan segala pemberian nya apatah lagi dugaan.. Orang tidak faham ,mesti berkata ujian dan dugaan itu bala dan musibah..YE! nampak betul pada pandangan mata kasar,tapi pada zahir nya ia adalah nikmat dan punya hikmah yang kita sendiri tidak ketahui.
    Ujian dan dugaan adalah nikmat - kenapa saya kata nikmat??? nikmat kerana ia adalah sesuatu peringatan buat kita yang sering lupa dan alpa dengan dunia. Sebagai tanda lampu merah ,ibarat berhenti di traffic light,kerana asyik sangat memandu satu masa kita akan jumpa lampu merah sebagai peringatan agar kita berhenti daripada meneruskan perjalanan,dan berfikir ke mana harus kita tujui seterusnya..betul ke? terpulang pada pandangan masing-masing untuk menilai sejauh mana nikmat dugaan itu perlu kita syukuri dan hati redha dengan ujian Ilahi..Dugaan itu untuk menguji sejauh mana iman dan setebal apakah iman kita? Bila ujian datang kita akan tersedar betapa sebenarnya kita tidak lah sekuat apa pun,betapa diri kita tidak lah sehebat mana pun,betapa kita ini bukan lah the champion of the world..jangan sombong dengan Dia..Jangan kita lupa bahawa Dia lah champion yang sebenarnya.
      Kaya itu nikmat tapi kaya itu juga dugaan....sihat itu nikmat tapi sihat itu juga dugaan..rezeki itu nikmat tapi rezeki itu juga dugaan.. Ilmu itu nikmat tapi ilmu itu juga dugaan buat kita...Kalau nak di hitung nikmat yang diberi Allah yang Maha Pemurah memang tidak akan terhitung...Maka nya sedar lah kita jangan hati kita tidak redha dengan ujian dan dugaan yang mendatang... Redha lah kerana itulah tanda kebahagiaan yang hampir dengan kita.. Ye cakap memang senang tapi hidup ini perlukan mujahadah untuk kita redha dengan istiqomah agar hati kita tenang dan yang paling penting sentiasa ingat Dia walau apa pun sekali keadaan nya... baik masa susah,masa senang, waktu kita tersungkur menerima ujian dariNya atau apa saja. InsyaAllah hati yang redha pasti tenang....
     Jangan kita jadika hati kita hati yang sakit saat terima ujian dan dugaan dan merasakan tiada peluang dan ruang untuk kita terus berjuang. Kita diberi ujian sebagai ingatan agar kita tak terus alpa,agar kita ingat itu adalah balasan dunia untuk ringankan azab di akhirat sana.. Sedarlah kita sebagai hambaNya hanya meminjam apa yang ada,dan Dia berhak beri apa saja yang dia mahukan agar kita tahu Dia masih menyayangi kita masih memandang kita sebelum Dia palingkan wajahNya dari kita..
     " Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskan nya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Fathir: 2)
        Hati yang sakit dan tidak redha tidak akan mudah dan tidak akan berlapang dada dalam menerima dugaan dan ujianNya... kerana apa? Kerana hatinya telah jauh dari AsmaNya.. Ubati lah hati itu agar kita tidak semakin jauh dan menjauh, terima lah ujian Nya agar kita tidak menyingkiri jalan yang salah...
     Sesungguhnya " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)..
      Terima lah seadanya apa yang ada kerana setiap apa pun yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi... Dalam perjalanan hidup ini kita mesti lah terus berjalan namun sesekali kita harus berhenti untuk muhasabah diri sebelum terus meneruskan perjalanan hidup ini.. Semoga menjadi ingatan bersama kerana saya juga hambaNya yang masih mencari sesuatu di antara waktu...:)

Monday, July 18, 2011

Rahsia & Khasiat Surah-surah Al-Quran..(1)


Dekat kan diri dengan Al-Quran
Bersihkan hati dengan Al-Quran

1- BASMALLAH
Maksudnya: Dengan nama Allah

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,barangsiapa yang membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan ,dari bencana manusia dan jin,daripada kecurian dan kebakaran,dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa yamg membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca....Insya Allah..

2- SURAH AL-ALFATIHAH
Maksudnya: Pembukaan

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali di antara solat sunat subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenan kan,jika sakit lekas sembuh dan nescaya di kasihi makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa yang membaca 20 kali sesudah tiap-tiap solat fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah SWT dan bertambah baik keadaannya serta bercahaya rohani nya...Istiqomah,Insya Allah..

3- AYAT AL-KURSI
Maksudnya: Kekuasaan Allah SWT

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,barangsiapa yang membacanya sekali selepas setiap solat fardhu,nescaya terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.

Dan dengan izin Allah SWT , dengan membacanya juga seorang yang miskin akan menjadi kaya,dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian,kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa yang sentiasa membaca ayat Al-Kursi nescaya Allah SWT akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah SWT akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya,seraya berdoa untuk si pembaca sehingga lah hari kiamat.

Dan tersebut dalam hadis yang lain: Barangsiapa yang membaca nya ketika hendak tidur,nescaya Allah SWT akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh,dan mengurniakan kota nur menurut bulangan rambut di badan nya. Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, di kira mati syahid.

Imam Jaafar Shadiq r.a mengatakan: Barangsiapa yang membaca sekali,nescaya Allah SWT akan menghindarkan darinya 1000 kesukaran duniawi,yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan,dan 1000 kesukaran ukhrawi,yang terkecil sekali ialah azab neraka... Selamat Berilmu dan Beramal..Sekian untuk kali ini..

Sunday, July 17, 2011

NURUL AKMAL x NORASHIMA x HAZIRAH HUDA

Trip to Shah Alam




Ermmm.. memang penat dan meletihkan dengan sakit kepala,sakit kaki,sakit pinggang berjalan seharian tak berhenti… Tapi memang hebat lah makcik-makcik yang follow kami tu..Bertabah sungguh walaupun muka dah kelat. Mula-mula memang tak ada hati langsung nak p ikut tapi redha jer lah..sami’na wa atho’na jelah.. Alhamdullilah dalam tak best tu pun ada jugak yang menariknya..dapat tengok pedang Rasullullah dan para sahabat.. Yang tidak menarik langsung bila kena jaga budak..waaaa memang rasa nak nangis ada almaklum pertama-tama kali dan terakhir kali jaga budak g rombongan..hangin 1 badan bila jap2 deme hilang,jap2 mcm chipsmore…Dugaan sungguh na. Rasa nak jerit dan cakap “Weh bebudak kome-kome ni tak paham bahasa iye, karang hilang sapa kah yang susah,dan rasa nak suruh jalan itik la-la tu jugak tak pun ketuk ketampi bio deme tak leh g mane2…” Tapi nasib baik kata dalam hati je,tak kan nak buat gitu kan??.... sobarul minal iman…sobar jelah… Biasalah budak-budak baru nak kenal dunia dan itu lah gayanya..
       Di sebabkan teman je yang muda di kalangan mereka-mereka jadi budak-budak tu lebih suka ikut yang muda lah…:P Tak kisah lah muda ke tua ke yang penting semua selamat g dan selamat pulang ke tanah air iye.. J Tapi ada 1 kisah yang lebih menarik di sebalik kepergian kami ke Shah Alam. Setiap kali bas berhenti mesti budak-budak ni akan serbu turun kalau boleh semua benda nak di langgar walaupun tak lah diaorang berlari tapi sapa aje yang ada  di depan sure terpelanting skit lah..
16 Julai 2011 /2:00PM
Masa untuk solat zohor di masjid Shah Alam. Ada sorang budak bertanya kat sorang ustazah ni, “Ustazah2! kita nak turun solat erk?..Ustazah tu pun cakap iye.Tetibe je budak-budak cakap yeah!yeah! nak turun solat..ermmm heran jugak biasa tidak begitu..Ok aku buat biasa jelah dan beranggapan mungkin turun bas bebas lah sikit.. Jadi untuk mengejar masa aku pun tak toleh kiri kanan p jalan sorang-sorang ambil wudhuk jalan terus p tempat solat..budak-budak dah hilang tah kemana tah…ish3 memang xpatut betul teman ni..hehe tapi dorang memang ada dengan penjaga yang lain jadi kita terus kan perjalanan iye..
       Habis je solat semua kumpul semula dan bergerak g Muzium Shah Alam nu. Budak-budak yang jalan dengan aku adalah dalam 10 orang semuanya. Ate pening kepala dibuat nya..Sampai ke bawah tanah nak explore nya,penat usah kata lah dah tak terkata-kata. Aku pun follow jelah deme-deme daripada hilang tah kemana kan. Jalan punya jalan ,jalan lagi dan jalan lagi dari satu sudut ke sudut dari satu tingkat ke tingkat sampailah ke pintu yang belakang.. bila dah sampai kebelakang orang yang jaga muzium tu suruh kami keluar kat pintu belakang lah.. Aku pun dengan penuh semangat waja nya laju jelah jalan untuk meninggalkan pintu tu..tak larat doh nak jalan. Aleh2 sesat pulak..pusing dan tawaf sebelah kiri tak jumpa pintu pahtu pagar kunci.. garu kepala cane pulak nak kuar ni..budak-budak pun penat dah tu. Tak jumpa jalan sebelah kiri ajak pulak budak-budak tawaf ikut jalan sebelah kanan. Ya Allah jjauh sungguh nak jumpa ruang legar muzium rasa nak tercabut semua otot ni.Sabar…sabar..sabar… So kami teruskan perjalanan  sampailah ke ruang legar..udah rasa macam kat mekah pulak. :) Tak pa tak pa no ni kira praktikal lah kan… waaaa Habis dah cerita di muzium kami p lak ke PKNS. Ermmmmmm lagi lah bosan tak ada mende pun tapi ikut jugak lah..Malas nak cerita jalan kat situ yang tunggu orang berjam-jam jadi sambung terus kisah perjalanan pulang. Pendekkan cerita buang yang tak best punya cerita.
16 Julai 2011/7:15PM
       Di hentian rehat Rawang.. Masa untuk solat Maghrib pulak..
3 orang budak perempuan dah masuk toilet dulu,yang teman baru terhegeh-hegeh nak jalan ke situ. Bila sampai je depan toilet budak tu cakap “Aminah dengan Husna hilang”. Aku pun cuak lah, “biar betul ce cari bebetul dulu kawan kamu dalam toilet tu”. Dorang kabo tak ada. Ermmmm tak pe tak pe be cool ok shima…
Lepas masuk toilet aku jalan p surau ngan budak-budak lain, sampai je dekat surau tengok-tengok budak-budak yang hilang tadi dah udah siap solat maghrib. Wah memang semangat sungguh. Aku ingat tak masuk lagi waktu solat maghrib jadi aku tanya lah budak2 tu “ dah masuk waktu ke? Bukan lagi 5 minit?” budak-budak tu jawab “dah je.. tu ha jam,sambil tangan tunjuk dinding. Ish aku tau lah jam kat dinding,tapi betul ke dah masuk waktu. Jadi aku ulang soalan yang sama sambil mata tengok jam kat dinding tu. Terdiam malu….hehe.. pandai budak-budak ni, beno nya teman yang terlambat tapi tak lah lambat betul lambat beberapa minit je. Ermmm memang bagus betul budak-budak ni..semangat nak solat sejuk mata dan hati nengok. Patut lah asal kata nak solat je mesti yeah!yeah!.. Tapi kan biasanya budak-budak sebesar itu usah kata nak solat kalau di suruh mesti mengelat nya lah. Alhamdulillah saya memang bangga dengan kamu semua lah. Harap-harap biarlah tabiat suka solat tu di bawa sampai dewasa. Itu kewajipan kita sebagai hambaNya dan sebagai orang Islam. Jangan jadi Islam hanya pada nama tapi suruhan Dia tak pernah kita laksana. Moga-moga kalian jadi hamba Allah yang soleh dan anak yang soleh.
       Di sekolah hanya ada P&P tapi di rumah didikan mak ayah tu lah yang penting. Rasa nya kalau mak dan ayah sendiri tidak solat tidak mungkin budak-budak yang sekecil itu boleh ada rasa semangat nak solat lagi-lagi bila keluar berjalan jauh dengan badan letihnya jangan harap budak-budak kecik seperti tu nak solat kan. Pendek kata, contoh dan ikutan yang baik di rumah lebih memberi kesan pada kanak-kanak seusia begitu. Kalau mak ayah sendiri tidak laksanakan perintah Allah jadi bagaimana anak-anak nak buat jadi sebenarnya apa yang baik dan tidak baik yang menjadi ikutan bermulanya dari rumah. Lagi satu, keluarga especially mak ayah sendiri kena tekan kan betapa penting nya solat,bukan penting lagi tapi wajib walau ke mana kaki melamgkah,walau bersama siapa pun mereka berada.
       Saya bangga sebab masih ada lagi mak ayah yang menekankan soal solat dalam hidup anak-anak walaupun tak nampak tapi dari gaya anak-anak itu sendiri kita dah tahu siapa mak dan ayah mereka. Itulah generasi akan datang yang akan bangun memperjuangkan dan membela Islam..Insyallah..  walau aku sendiri tak mampu tapi ingatan dan nasihat serta doa  saja lah yang dapat aku hulurkan..Sekian…

AYATUL QURSI DAN KHASIATNYA…


Dalam riwayat al-Bukhari & Muslim Rasullullah pernah bersabda:

Sesungguhnya syaitan itu berjalan dlm tubuh anak Adam melalui pembuluh darah..

Fadhilat atau khasiat dlm ayat Qursi penghulu segala ayat-ayat Al-Quran..
-          Merawat/mengelakkan diri dari gangguan iblis dan syaitan.
-          Ayat Qursi turun dgn diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan & iblis juga menjadi gempar krn adanya satu perintang dlm perjuangan mereka untuk menyesatkan manusia.

Sesiapa yang membaca ayat Qursi dgn khusyuk setiap kali slps solat fardhu.. setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah/hendak musafir
Insyallah akan terpelihara lah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta benda juga akan terpelihara dengan izin Allah..

-          Ayat al-Qursi yang dibaca dgn penuh khusyuk Insyallah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar


-          Barang siapa membaca ayat al-Qursi sebelum keluar rumahnya maka Allah akan mengutus 70,000 malaikat kepadanya. Para malaikat memohon keampunan & mendoakan baginya. Sihir  x akan member sebarang kesan pada orang yang berwhuduk akan sentiasa di kawal ketat oleh para malaikat seperti yang di perintahkan oleh Allah pada mereka.

Friday, July 8, 2011

Tidak penting tapi menarik..(5)


1 - Bilakah disyariatkan solat sunat Hari Raya?
     Tahun pertama Hijrah

2 Jika malam yang paling mulia ialah malam lailatulqadar,apakah siang yang paling mulia?
    Hari Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah

3- Apakah bukti yang menunjukkan terdapat solat 5 waktu sehari semalam dalam Al-Quran?
     Nafi’ bin al-Azraq pernah bertanya kepada Ibn Abbas, “Adakah terdapat bukti tentang solat
     Lima waktu dalam Al-Quran?” Jawab Ibn Abbas: “ADA” lalu beliau membacakan ayat
     17&18 Surah al-Rum,maksud firman Allah Taala: “Maka bertasbihlah kepada Allah pada
     waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh. Dan bagiNya lah
     segala puji dilangit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan pada waktu
     kamu berada pada waktu zohor” seraya mengatakan, “Ini ialah solat lima waktu dan waktu
     nya sekali. Tumsun merujuk kepada waktu maghrib dan isyak.Tusbihun pula merujuk kepada   
     subuh, ‘ashiyyan merujuk kepada waktu asar manakala hina tuzhirun merujuk kepada waktu
     zohor.

4- Siapakah sahabat yang di kenali sebagai “Ghasil al-Malaikah” iaitu yang bermaksud  “dimandikan oleh    para malaikat”?
      Hanzalah Bin Abi Amir yang dimandikan oleh malaikat selepas syahid dalam perang Uhud.

5- Siapakah sahabat wanita yang syahid di laut?
     Ummu Haram bin Milhan

Thursday, July 7, 2011

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN..

Kita ini tempayan retak

Comelnya tempayan.:)

      Seorang pengangkut air memiliki 2 tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikan nya, manakala tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.
     Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah temapayan air sahaja ke rumah majikan nya.
     Tentu saja tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasi nya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si temapayan retak yang malang itu berasa malu sekali dengan ketidaksempurnaannya. Dan berasa sedih kerana ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang sepatutnya dapat dia berikan.
     Setelah dua tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air. "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin memohon maaf."
     "Kenapa?"  tanya si pengangkut air. "Kenapa kamu berasa malu?". " Selama dua tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air dari yang sepatutnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa meleleh sepanjang jalan menuju ke rumah majikan kita. Jadi kerana kecacatan itu, saya telah membuat mu rugi," kata tempayan retak itu dalam keadaan sedih.
      Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok,aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."
      Benar, ketika mereka naik ke bukit si tempayan retak memerhatikan bunga-bunga dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan, dan itu membuat kan si tempayan retak sedikit terhibur.
      Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang di bawa nya telah bocor. Dan kembali temapayan retak itu meminta maaf pada si pengangkut air atas kegagalan nya. Si pengangkut air berkata pada si tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu.Itu kerana aku selalu menyedari kecacatanmu dan aku memanfaatkan nya . Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu,dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air bahagian kamu yang retak mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu,majikan kita tak kan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."
     
SETIAP daripada kita memiliki kecacatan dan kekurangan kita tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Allah akan menggunakan kekurangan kita untuk manghias-Nya. Di mata Allah yang bijaksana tidak ada yang terbuang percuma. Jangan sesal dan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahan mu. Ketahuilah di dalam kelemahan kita sebenarnya kita menemukan kekuatan kita.
  

Wednesday, July 6, 2011

Tidak penting tapi menarik..(4)




1- Berpandukan al-Quran, namakan seorang suami yang mempunyai isteri yang tidak taat pada perintah Allah?
Lut a.s dan Nuh a.s mempunyai isteri yang tidak beriman kepada Allah.

2- Namakan Nabi yang paling singkat usianya di bumi?
Nabi Isa. Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s berusia 33 tahun semasa diangkat ke langit.

3- Senaraikan makanan ahli neraka sebagaimana yang di catatkan dalam al-Quran..
Allah brfirman yang bermaksud: " Diberi minum (dengan air) dari sumber yang sangat panas. Mereka tidak memperolehi makanan selain daripada pohon yang berduri. Yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar." (Surah al-Ghashiyah 88:5-7)

Allah juga berfirman bermaksud: "Dan tiada makanan sedikit pun (baginya) kecuali darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang yang berdosa". (Surah al-Haqqah 69: 36-37)

4- Senaraikan minuman ahli neraka sebagaimana yang dicatatkan di dalam al-Quran
Allah berfirman yang bermaksud: "Sama dengan orang yang kekal dalam jahanam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?" (Surah Muhammad 47:15)

Allah berfirman yang bermaksud: "Inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakannya (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat dingin." (Surah Sad 38:57)

Allah berfirman yang bermaksud: '' Dihadapan nya ada jahanam dan dia akan di beri minuman dengan air nanah. Diminumnya sadid (air nanah) itu dan hampir dia tidak bisa menelannya dan datang lah (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru ,tetapi dia tidak juga mati,dan dihadapan nya masih ada azab yang berat." (Surah Ibrahim 14: 16-17)

Allah juga berfirman yang bermaksud: " Dan jika mereka meminta minum , nescaya mereka akan di beri minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang paling jelek." (Surah al-Kahfi 18: 29)

5- Senaraikan 5 orang soleh yang hidup pada Nabi Nuh a.s yang mana selepas kematian mereka ,para pengikut mereka membina patung mewakili nama-nama mereka bagi memberi semangat kepada orang ramai untuk beramal soleh, namun generasi terkemudian menyembah patung-patung itu.
Wadd, Suwa', Taghuth, Ya'uq dan Nasr.