Sunday, September 25, 2011

KURMA dan EMAS


       Seorang lelaki ingin bermusafir dalam jangka masa yang panjang. Dia mempunyai harta berupa emas yang tidak boleh dibawa bersama. Dia ingin mengamanahkan hartanya itu kepada seorang rakan karib yang sangat dipercayainya.
     Namun dalam hatinya masih ada keraguan akan kejujuran kawan karibnya itu. setelah berfikir panjang, dia mendapat satu helah. Dia memasukkan emasnya ke dalam sebuah bekas yang bertutup. Emas diletakkan di letakkan di bawah, manakala bahagian atas dipenuhi dengan buah kurma.
     "Sahabatku, aku ingin meminta bantuanmu untuk menjaga kurma ini sepanjang aku bermusafir," kata lelaki itu kepada rakannya.
     "Tiada masalah bagiku. Berapa lama agaknya engkau bermusafir?" tanya rakannya itu. "Lebih kurang enam bulan." 
     "Lalu sahabatnya berkata... Baiklah. Akan ku jaga amanahmu ini, insyaAllah."

     Suatu malam, isterinya sangat ingin makan buah kurma. Oleh kerana hari telah larut malam dan tidak ada kedai yang dibuka, lelaki itu mengambil keputusan untuk membuka bekas yang diamanahkan oleh kawannya. "Akan ku ambil sebiji dua dan akan aku ganti semula esok hari," begitulah katanya dalam hati.
     Dia pun membuka bekas itu. Sesetengah buah kurma itu telah rosak kerana terlalu lama disimpan. Dia pun mengorek-ngorek ke bahagian bawah. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati adanya ketulan-ketulan emas di bahagian bawah! Melihat emas yang begitu banyak,timbul rasa tamak dalam dirinya. Semua emas itu diambilnya. "He,he,he.... dia ingat dia pandai menipu? Sekarang aku pula yang akan menipunya," begitulah dia menyangka.
     Minggu demi minggu, bulan demi bulan berlalu. Oleh kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, kawannya itu tidak dapat pulang pada masa yang dijangkakan. Setelah setahun kemudian,baru dia pulang. 
     Sebaik pulang, dia terus ke rumah kawannya untuk mengambil bekas yang diamanahkannya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati emasnya telah hilang. Bekas itu hanya dipenuhi dengan buah kurma.
     "Mana emas aku?" tanya dia kepada kawannya itu. "Emas apa yang kau maksudkan?"." Emas yang ada dalam bekas ini,yang aku amanahkan kepada kau dulu". "Kau tidak meninggalkan emas. Kau hanya meninggalkan kurma. Bukankah itu yang kau katakan padaku?" Lelaki itu terdiam. Memang benar itulah yang dikatakan nya. Tetapi dia yakin bahawa memang sahabatnya itu telah pecah amanah. Siapa lagi kalau bukan dia yang telah membuka penutup bekas itu dan mengambil semua emas yang ada di dalamnya?
     Dipendekkan cerita, perkara itu pun di bawa ke mahkamah. " Tuan hakim,emas saya di dalam bekas yang diamanahkan kepada kawan saya telah hilang dicurinya," dakwa lelaki pertama.
     "Tidak tuan hakim, dia memberi amanah agar saya menjaga buah kurma bukannya emas," bantah kawannya.
     "Kalau begitu saya ingin melihat bekas itu beserta dengan buah kurma itu sekali!" perintah tuan hakim. Bekas itu pun ditunjukkan kepada tuan hakim.
     "Berapa lamakah buah kurma dapat disimpan dalam bekas ini tanpa rosak?" tanya hakim. "Lebih kurang enam bulan," jawab mereka hampir serentak. "Berapa lama engkau keluar bermusafir dan mula menyimpan bekas ini di rumah kawanmu?" tanya tuan hakim kepada lelaki pertama. "Setahun," jawabnya ringkas.
     "Kamu bersalah!" umum tuan hakim ditujukan kepada lelaki yang diamanahkan menjaga bekas kawannya itu." Kamu telah pecah amanah."
     "Saya bersalah? Apa bukti saya telah mencuri emas-emas itu?" tanya lelaki itu kebingungan. "Kamu berbohong. Cuba kamu lihat buah kurma yang ada di dalam bekas ini. Bukankah masih berada dalam keadaan yang baik? Itu tandanya kamu pernah membuka bekas ini,mengambil emas yang ada di dalamnya dan menggantikannya dengan kurma yang baru. Kurma yang disimpan setahun tentu sebahagian besarnya sudah  rosak."
     Setelah pencuri itu dibawa keluar oleh pengawal, lelaki itu tersenyum sambil berkata, "Syukur kerana orang yang mencuri telah ditangkap. Saya harap emas saya akan dikembalikannya."
     "Kamu mungkin dapat menyelamatkan emas kamu, tetapi kamu telah kehilangan maruah diri kamu," kata tuan hakim dengan tajam. "Mengapa?".. "Kamu juga tidak amanah ketika memberi amanah. Kamu juga hakikatnya berbohong. Kamu mengamanahkan emas tetapi kamu kata kurma! kamu juga bersalah," ujar tuan hakim.

     
     Pengajaran: Memberi dan menerima amanah perlu dibuat atas dasar keikhlasan. Jika kita tidak ikhlas ketika memberi amanah, orang yang menerimanya juga tidak akan ikhlas menjalankan amanah itu.

Saturday, September 17, 2011

Kelebihan Surah Al-Kautsar



Surah Al-Kautsar 

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad saw kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah swt makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah swt bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah swt akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


InsyaAllah...




Friday, September 16, 2011

Hargailah mereka yang masih ada...

      Hari ini hari lahir arwah abah yang ke-55 tahun...Al-Fatihah...Walaupun telah lama pergi meninggalkan dunia menghadap penciptaNya tarikh ini tetap diingat.. Difikir-fikir semula rasanya tidak ada kesempatan diri ini melaksanakan tanggungjawabku sebagai anak pada arwah.. Tidak sempat diri ini mencurahkan bakti pada insan yang telah memberikan kasih sayang sepenuh jiwa, pada abah yang telah membesar diri ini sehingga umur ku 8 tahun...
     Setiap kali terlihat orang muda yang bersalaman dan mengucup tangan tua hati ni pasti tersentuh, Allah! bahagia nya rasa..Tapi semenjak pemergian abah semua tanggungjawab nya beralih arah,bertukar bahu..Semuanya menjadi tugas mak untuk menggantikan arwah abah.. Kekuatan mak,ketabahannya,ketenangannya menjadi inspirasi diri ini untuk berdikari sendiri..Banyak orang yang mempunyai cerita yang sama seperti saya tapi pasti ada hikmahnya yang Allah tinggalkan untuk kita yang masih bernafas di bumiNya ini. Sama ada hikmah nya berbeza atau pun sama, apa yang pasti Allah punya jawapan yang tersendiri untuk hambaNya.
     Saat itu bermula lah kehidupan baru buat kami yang masih kecil untuk belajar sesuatu agar tidak terlalu bergantung harap pada insan lain.. Alhamdulillah, mak lah segalanya..Terima kasih mak.. Terima kasih kerana telah menggantikan tempat arwah abah dengan sebaiknya..Jasa dan budi  mak tak terbalas rasanya.. Semoga Allah memberi kebahagiaan dunia dan akhirat kepada mak, memberikan kesihatan yang baik agar dapat terus beribadah kepadaNya. Syukran kerana telah mendoakan yang terbaik untuk anakmu ini.. (:
     Erm... Setiap yang hidup pasti akan mati... Hargailah mereka yang masih hidup.. Juga buat lah kebaikan selagi kita masih bernafas di dunia ini.. Tunaikan lah hakNya kerana kita dicipta sebagai hambaNya untuk menunaikan segala perintahNya...Mungkin kita akan dipanggil oleh Nya sebelum sempat buat kebaikan.. "Demi masa,sungguhnya manusia berada dalam kerugian..kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.." (Surah Al-Ashr)
     Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Al-Fatihah..


Thursday, September 15, 2011

Wasiat Rasullullah s.a.w kpd Saiyidina Ali r.a



Hai Ali! Bg org yg celaka, 3 alamatnya:
    
        -      Makanan yang haram
       -       Menjauhi orang alim
       -       Menjauhi petunjuk yang benar

Hai Ali! Bg org yg rosak akalnya , 3 alamatnya:

-          Meringan-ringankan yg fardhu Allah
-          Byk berkata-kata dlm berzikir Allah
-          Dan mencela pd Allah

Hai Ali! Bg org yg riak, 3 alamatnya:

-          Menyempurnakan rukuk dan sujudnya apabila solat
            beserta manusia
-          Mengurangkan apabila solat sendirian
-          Dan cergas terhadap Allah ditempat org ramai

Hai Ali! Bg org yg munafik, 3 tandanya:

-          Apabila bercakap ia bohong
-          Apabila berjanji x ditepati
-          Apabila di amanahkan berkhianat ia tidak 
           bermanfaat kpdnya pengajaran & peringatan yg diberikan

Hai Ali! Bg org kafir, 3 alamatnya:

-          Ragu pd zat Allah
-          Benci pd hamba Allah yg beribadat kpd Allah   
-          Lalai drpd taat kpd Allah

Hai Ali! Bg org yg bertaubat, 3 alamatnya:

-          Menjauhi yg haram
-          Gemar menuntut ilmu agama
-          Tidak akan kembali berbuat dosa


“Brgsiapa mencari dunia yg halal dgn tujuan agar tidak meminta-minta, dikasihi tetangga, dan penuhi Kewajipan keluarga,nescaya pada kiamat ia muncul dengan wajah berseri bak bulan purnama”………                

Sunday, September 4, 2011

Pahala membaca "La ilaha illaallah"..


Pada zaman Bani Israil, ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat dan penderhaka itu mati, Nabi Musa mendapat tahu bahawa dia termasuk dalam senarai ahli neraka manakala si penderhaka pula ahli syurga.
     Selepas mendapat tahu hal itu, Nabi Musa pergi ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada isterinya: "Apakah amal yang sentiasa di buat oleh suamimu?" . Maka isterinya berkata: "Suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan kamu juga mengetahuinya."
     Nabi Musa bertanya lagi: "Kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu?". Lalu isteri berkata: "Setiap malam apabila suamiku hendak tidur , dia berkata: "Alangkah beruntungnya kami kalau apa yang diajar oleh Nabi Musa itu benar."
     Selepas mendapat penjelasan itu, Nabi Musa bergegas pula ke rumah si penderhaka lalu bertanya pula kepada isterinya; "Apakah amal yang dilakukan oleh suamimu?".Isterinya pun berkata: "Engkau pun tahu suamiku itu ialah penderhaka,dia sangat suka membuat kejahatan semata-mata."
     Kemudian Nabi Musa bertanya lagi; "Katakan padaku, apakah amal yang dia pernah lakukan selain daripada itu." Maka isterinya berkata: "Setiap malam sebelum tidur suamiku selalu membaca kalimah 'LA ILAHA ILLAALLAH WALHAMDU LILLAH' atas apa yang diajarkan Nabi Musa."
     Ahli ibadat yang tidak yakin 100 peratus dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Musa, maka Allah masukkan mereka ke dalam senarai ahli neraka. Oleh itu hendak lah kita melakukan amal ibadat dengan penuh khusyuk dan harapan bahawa kita pasti bertemu dengan Allah dan jangan ragu-ragu mengenainya.
     Rasullullah bersabda: "Sesiapa mengucap La ilaha illaallah" , yakin dengan iman yang teguh, maka sesungguhnya akan keluar daripada mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud,dan ia terbang ke langit hingga terdengar dengungan ia di bawah Arasy, bagaikan dengung lebah sehingga disuruh: "Tenanglah, diamlah."
    Maka burung itu berkata: "Tidak, sebelum Engkau (Allah) mengampuni orang yang membacanya." Allah mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah itu lalu burung berkenaan diberi 70 lidah untuk membaca istighfar bagi orang yang membaca 'La ilaha illaallah' hingga hari kiamat.
     Apabila tiba hari kiamat, maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimah itu dan memimpinnya masuk ke syurga.
     Di kisahkan pula ketika Allah menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Nabi Musa, maka pada waktu itu Nabi Musa berdoa: "Ya Allah ya Tuhanku tunjukkan lah kepadaku amal perbuatan untuk mensyukuri nikmatMu dan kurniaMu ini."
     Kemudian Allah berfirman: "Wahai Musa,bacalah 'Laa illaha illaallah". Lalu Nabi Musa bertanya lagi: "Ya Allah ya Tuhanku, tambahkan lagi untuk ku."
     Allah berfirman; "Wahai Musa,sekiranya tujuh petala langit tujuh petala bumi diletakkan di sebelah kiri neraca timbangan dan di letakkan kalimah 'Laa ilaha illaallah' di sebelah kanan neraca timbangan,nescaya akan lebih berat bahagian 'Laa illaha illaallah' itu.
     Abu Lait berkata: "Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati kalimah ini,maka dia dimuliakan di sisi Allah dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosa itu sebanyak buih di laut. Dan akan berasa kemanisan taat serta hidup atau mati keduanya baik baginya.
     Pengajaran daripada kisah ini ialah apabila hendak mambuat sesuatu,mulakan ia dengan bacaan 'Bismillah' dan selepas selesai semuanya, hendaklah membaca 'Alhamdulillah'. Moga kita dilindungi Allah dengan kalimahNya.

Wednesday, August 24, 2011

Saat dia meninggalkan kita...



      Masa berlalu pantas meninggalkan kita yang dalam keseronokan mungkin, dalam kebahagiaan dalam kesedihan, dalam ketenangan dan dengan 1001 perasaan.. Tinggal seminggu je lagi kita semua akan menyambut hari kebesaran yang semestinya memberi pelbagai perasaan pada insan yang bernama manusia.. Yang memberi berbagai persepsi tentang Hari Raya Aidilfitri... Saya semakin hampir menamatkan kursus yang dijalani... Kita semua semakin meninggalkan Ramadhan yang pergi tapi mungkin kah kita akan bertemunya kembali... Apa mungkin kita telah lulus menjalani ujian yang di beri? atau ia sekadar memenuhi tuntutan agama dan kewajipan kita sebagai hambaNya... Allah! itu semua ada jawapan nya di dalam diri kita semua.. 
     Terasa sayu saat berlalu nya ia pergi meninggalkan kita... Kenapa  ia harus pergi?? Ya...Itu lah masa yang semakin jauh meninggalkan kita walau apa keadaan sekalipun.. Tidak dapat di halang dan ditahan walau dengan apa cara sekalipun... Saya mahu pun sahabat-sahabat tidak akan dapat menduga adakah kita akan kembali bertemu dengan bulan yang penuh kemuliaan dan kerahmatan dari Allah SWT... Saya juga hanya insan biasa, hanya hambaNya yang lemah,punya 1001 rasa di dalam jiwa..Terkadang berlawanan dengan kehendakNya,adakalanya selari dengan kemahuanNya..Namun itulah dugaan yang datang bersinggah dalam hidup dan kehidupan ini untuk diperbetul dan diperbaiki...Adakah Ramadhan dapat menebus segala kealpaan dan kelalaian saya dalam mengingatiNya..??? Moga Allah membantu kita semua untuk terus berjuang di jalan Nya walau pahit tapi kemanisan nya pasti di rasa...
     Alangkah bagus nya andai Ramadhan ini terus menghiasi hidup dan kehidupan kita agar kita terus jadi insan yang penuh rasa kehambaan sepanjang masa...Namun itu adalah sesuatu yang mustahil kerana aturan hidup ini tersusun cantik di tanganNya... Dia lah Maha Mengetahui segala perjalanan masa di dunia ini, maka nya kursus di dalam akademi Ramadan ini adalah masa yang teramat sesuai untuk kita didik segala-galanya tentang diri kita...Dari hati dan jiwa sehinggalah keseluruhannya... Moga pemergian Ramadhan yang bakal berlalu meninggalkan kita akan memberi kesan pada diri ,hati dan jiwa kita yang selalu sakit atas tarbiyah selama sebulan ini.. Semoga saya dan kita semua sama-sama membawa sifat kehambaan keluar dari bulan Ramadhan dengan penuh rasa syukur di atas kemenangan..InsyaAllah...
    Sayu,sedih untuk melepaskan ianya pergi... Namun setiap yang bermula pasti akan berakhir... Setiap pertemuan pasti ada perpisahan... Bermulanya kehidupan pastinya ada kematian...Mungkin kah saya akan bertemu kembali dengannya..? Mungkin kah saya akan meneruskan perjuangan saya? Walau apa pun yang berlaku....walau masa terus berlalu saya akan terus  merinduinya, saat Ramadhan melabuhkan tirainya dan 1 Syawal datang menyeri.... Allahu Akbar!!! Pergi lah Ramadhan...Semoga saya bisa berdikari walau tanpamu menemani hari-hari yang terus beralu pergi.. Semoga saya semakin kuatkan hati dan jiwa untuk hadapi dugaan walau di luar Bulan Ramadhan... Semoga diri ini boleh mencari siapa "AKU DISISINYA" dalam erti kata yang sebenar.. Sungguh, sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata betapa hati tidak merela pemergiannya..Namun..biarkan ia berlalu dan kita perlu meneruskan perjalanan...Kata-kata tidak seindah rasa saat bertemu Ramadhan...Kata-kata tidak dapat di selami saat dia meninggalkan...
     Walau sayu untuk melepaskan namun 1 Syawal adalah penggantinya...Dengan harapan semoga kita besederhana dalam segalanya.... Baik mereka mahupun saya,sama-sama kita ingat mengingatkan...Pergi lah Ramadhan! Pergilah... Moga diri akan rasa ketenangan yang berterusan walau engkau pergi.... Akhirul kalam, Selamat tinggal dengan 1001 didikan dalam diri ini... Rindu ini tidak akan pernah padam walau sesaat untuk bertemu dengan Nya walau bila?dimana?...InsyaAllah..Aku akan cari ketenanganMu yang abadi...Semoga kita mendapat rahmat dan kasih sayangNya serta maghfirahNya di dunia dan akhirat..


       Rsullulah bersabda yang bermaksud; " Sesiapa menghayati malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Raya Aidiladha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati seperti hati oarng kafir. " (Riwayat al-Tabarani)


       Salam maaf kepada semua, andai ada kekhilafan selama ini buat mereka yang mengenali...Buat mereka yang saya kasihi dan sayangi...Sahabat jauh (Achik,Huda dan ..) dan dekat,yang baru (Achik,Huda dan ..) yang lama, yang kenal dan tidak kenal andai ada kesilapan dan ketelanjuran SALAM MAAF ZAHIR BATIN & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI yang bakal tiba. =) 
    

     Saat hati lalai
    Tika diri leka
    Kau hadir mengejutkan
    Memberi peringatan
    Agar tidak terus hanyut
    Agar kembali mencari
    Siapa diri yang sebenarnya
    Agar diri sedar
    Yang selama ini 
    Betapa hati ini sakit
    Betapa jiwa penuh noda
    Terima Kasih kerana hadir
    Memberi tarbiyah dan keindahan
    Syukur ku panjatkan
    Kerana kau aku tersentak
    Tersentak dari lamunan
    Lamunan panjang menghiasi kehidupan
    Ketenangan yang hilang
    Datang berteman
    Ku harap ia berterusan 
    Hingga saat nafas terkahirku...
    Alhamdullilah...
    Kini...
    Kau akan pergi
    Menyusul Rejab dan Syaaban
    Yang telah dulu berlalu pergi
    Moga aku akan bertemu
    Denganmu sekali lagi
    Jika di beri kesempatan
    Itulah nikmat Tuhan
    Yang ku ingin peluk erat
    Sekuat mungkin tidak terlepas
    Walau sesaat...Dengan izinNya
   
   

Sunday, August 21, 2011

Selamat menunaikan Umrah..

  

     Sebak rasa bila tangan bergabung berjabat salam dengan salah seorang tenaga pengajar di sekolah.. Jumaat lalu adalah hari terakhir diri ini bertemu dengan Pn.Zubaidah sebab dia akan berangkat ke le Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah Selasa depan..Tak tahu lah kenapa tiba-tiba rasa sebak,tapi itu lah yang dirasa...
     Diri ini adalah orang pertama yang bersalaman untuk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dan Semoga mendapat umrah yang mabrur...Sbb teman berkursus start esok jd tak dapat jumpa hari Isnin..Tak terkeluar suara masa nak menyebut "Semoga mendapat umrah yang mabrur"...Dengan senyuman dia menyambut kata-kataku..."Iye doa-doakan lah ye.." waaa nape nak menitik ayaq mata ni..Cepat-cepat memanjangkan langkah sebelum aku buat drama di situ...
     Dalam hati berdoa.. "Moga satu hari nanti Allah murahkan rezeki aku nak menjejak kaki di sana..." Empat lima tahun kebelakangan ni hati ni teringin sangat nak  terbang ke sana.. Hati ni sayu je saat mata terpandang Kaabah walau hanya sekadar gambar... Mungkin itu yang membuat hati sebak kerana belum ada rezeki untuk menjejak kaki kesana..
     Mungkin ada hikmah aku belum diizinkan pergi kesana.. Perlu kuatkan hati dan jiwa...Perlu perbaiki diri..Banyak lagi kekurangan yang perlu diri ini betulkan..InsyaAllah satu saat diizinkan,panjang umur murah rezki pasti sampai... Rindunya...Semoga kerinduanku ini akan terubat dengan kalimah Mu Ya Rabb...Amin
     Doa saya semoga beliau pergi ke sana dengan penuh tawaduk..Dengan penuh kesabaran dan ketenangan serta kembali ke tanah air dengan umrah yang mabrur...Assalammualaikum, salam 21 Ramadhan..

Saturday, August 20, 2011

Rahsia & Khasiat Surah-surah dalam Al-Quran (3)



1- Surah Al-An'am
Maksudnya : Binatang Ternakan
Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar daripala segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, di baca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karan dan tenggelam.

2- Surah Al-A'Raaf
Maksudnya : Benteng Tinggi
Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat 23 daripada surah ini, selepas tiap-tiap solat fardhu , lalu beristighfar kepada Allah SWT nescaya akan terampun segala dosanya. Barangsiapa membaca ayat 47 daripada surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah SWT.

3- Surah Al-Anfal
Maksudnya : Harta Rampasan
Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia di dunia ini.

4- Surah Ash-Saffat
Maksudnya : Yang Berbaris
Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, InsyaAllah ia akan terpelihara daripada gangguan jin.

5- Surah An-Nur
Maksudnya : Cahaya
Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, nescaya ia akan terhindar daripada mimpi-mimpi yang buruk.Barangsiapa yang membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

Tuesday, August 9, 2011

12 sifat "SAHABAT"..




1- Jika engkau berbuat bakti padanya, ia akan melindungi mu. 
2- Jika engkau rapatkan persahabatan denganya, dia akan membalas baik persahabatan mu..
3- Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantu mu. 
4- Jika engkau menghulur kebajikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai dan menyebut kebaikan mu.
5- Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya. 
6- Jika engaku meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakanya. 
7- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik. 
8- Jika engkau berdiam diri(kerana malu meminta) ia akan menanyakan kesusahan mu. 
9- Jika datang bencana menimpa mu, ia akan meringankan kesusahan mu(membuat sesuatu untuk  menghilangkan kesusahan itu). 
10- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan mu. 
11- Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu mu. 
12- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 

Walaupun begitu, kita sebagai sahabat kepada sahabat kita yang lain, haruslah memulakan untuk memiliki sifat-sifat tersebut. Semoga kita tergolong didalam hambaNYa yang bertaqwa..
Wassalam....{Petikan "bimbingan Mu'min'- Imam Ghazali}

Sudah Tunai 10 Hak??

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: " Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara.

1- HAK KEPADA DIRI 
 Mengurangkan tidur, mengurangkan makan,mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki  yang ada.

2- HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqadhakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3- HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4- HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
5- HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6- HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7- HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperoleh akhlak.

8- HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat

9- HAK KEPADA NABI S.A.W
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10- HAK KEPADA ALLAH S.W.T
Mebgajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Rasullullah s.a.w bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat..."

                                                                                                                       *Sumber: Ukhuwah Fillah