Friday, July 8, 2011

Tidak penting tapi menarik..(5)


1 - Bilakah disyariatkan solat sunat Hari Raya?
     Tahun pertama Hijrah

2 Jika malam yang paling mulia ialah malam lailatulqadar,apakah siang yang paling mulia?
    Hari Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah

3- Apakah bukti yang menunjukkan terdapat solat 5 waktu sehari semalam dalam Al-Quran?
     Nafi’ bin al-Azraq pernah bertanya kepada Ibn Abbas, “Adakah terdapat bukti tentang solat
     Lima waktu dalam Al-Quran?” Jawab Ibn Abbas: “ADA” lalu beliau membacakan ayat
     17&18 Surah al-Rum,maksud firman Allah Taala: “Maka bertasbihlah kepada Allah pada
     waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh. Dan bagiNya lah
     segala puji dilangit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan pada waktu
     kamu berada pada waktu zohor” seraya mengatakan, “Ini ialah solat lima waktu dan waktu
     nya sekali. Tumsun merujuk kepada waktu maghrib dan isyak.Tusbihun pula merujuk kepada   
     subuh, ‘ashiyyan merujuk kepada waktu asar manakala hina tuzhirun merujuk kepada waktu
     zohor.

4- Siapakah sahabat yang di kenali sebagai “Ghasil al-Malaikah” iaitu yang bermaksud  “dimandikan oleh    para malaikat”?
      Hanzalah Bin Abi Amir yang dimandikan oleh malaikat selepas syahid dalam perang Uhud.

5- Siapakah sahabat wanita yang syahid di laut?
     Ummu Haram bin Milhan

Thursday, July 7, 2011

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN..

Kita ini tempayan retak

Comelnya tempayan.:)

      Seorang pengangkut air memiliki 2 tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikan nya, manakala tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.
     Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah temapayan air sahaja ke rumah majikan nya.
     Tentu saja tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasi nya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si temapayan retak yang malang itu berasa malu sekali dengan ketidaksempurnaannya. Dan berasa sedih kerana ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang sepatutnya dapat dia berikan.
     Setelah dua tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air. "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin memohon maaf."
     "Kenapa?"  tanya si pengangkut air. "Kenapa kamu berasa malu?". " Selama dua tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air dari yang sepatutnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa meleleh sepanjang jalan menuju ke rumah majikan kita. Jadi kerana kecacatan itu, saya telah membuat mu rugi," kata tempayan retak itu dalam keadaan sedih.
      Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok,aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."
      Benar, ketika mereka naik ke bukit si tempayan retak memerhatikan bunga-bunga dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan, dan itu membuat kan si tempayan retak sedikit terhibur.
      Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang di bawa nya telah bocor. Dan kembali temapayan retak itu meminta maaf pada si pengangkut air atas kegagalan nya. Si pengangkut air berkata pada si tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu.Itu kerana aku selalu menyedari kecacatanmu dan aku memanfaatkan nya . Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu,dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air bahagian kamu yang retak mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu,majikan kita tak kan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."
     
SETIAP daripada kita memiliki kecacatan dan kekurangan kita tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Allah akan menggunakan kekurangan kita untuk manghias-Nya. Di mata Allah yang bijaksana tidak ada yang terbuang percuma. Jangan sesal dan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahan mu. Ketahuilah di dalam kelemahan kita sebenarnya kita menemukan kekuatan kita.
  

Wednesday, July 6, 2011

Tidak penting tapi menarik..(4)




1- Berpandukan al-Quran, namakan seorang suami yang mempunyai isteri yang tidak taat pada perintah Allah?
Lut a.s dan Nuh a.s mempunyai isteri yang tidak beriman kepada Allah.

2- Namakan Nabi yang paling singkat usianya di bumi?
Nabi Isa. Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s berusia 33 tahun semasa diangkat ke langit.

3- Senaraikan makanan ahli neraka sebagaimana yang di catatkan dalam al-Quran..
Allah brfirman yang bermaksud: " Diberi minum (dengan air) dari sumber yang sangat panas. Mereka tidak memperolehi makanan selain daripada pohon yang berduri. Yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar." (Surah al-Ghashiyah 88:5-7)

Allah juga berfirman bermaksud: "Dan tiada makanan sedikit pun (baginya) kecuali darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang yang berdosa". (Surah al-Haqqah 69: 36-37)

4- Senaraikan minuman ahli neraka sebagaimana yang dicatatkan di dalam al-Quran
Allah berfirman yang bermaksud: "Sama dengan orang yang kekal dalam jahanam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?" (Surah Muhammad 47:15)

Allah berfirman yang bermaksud: "Inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakannya (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat dingin." (Surah Sad 38:57)

Allah berfirman yang bermaksud: '' Dihadapan nya ada jahanam dan dia akan di beri minuman dengan air nanah. Diminumnya sadid (air nanah) itu dan hampir dia tidak bisa menelannya dan datang lah (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru ,tetapi dia tidak juga mati,dan dihadapan nya masih ada azab yang berat." (Surah Ibrahim 14: 16-17)

Allah juga berfirman yang bermaksud: " Dan jika mereka meminta minum , nescaya mereka akan di beri minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang paling jelek." (Surah al-Kahfi 18: 29)

5- Senaraikan 5 orang soleh yang hidup pada Nabi Nuh a.s yang mana selepas kematian mereka ,para pengikut mereka membina patung mewakili nama-nama mereka bagi memberi semangat kepada orang ramai untuk beramal soleh, namun generasi terkemudian menyembah patung-patung itu.
Wadd, Suwa', Taghuth, Ya'uq dan Nasr.

Tuesday, July 5, 2011

PERGHHH !!!!! Manisnya Madu Ni....




Assalammualaikum... Tersebut lah alkisah adalah seorang hamba Allah ni, dia bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menikmati udara rimba yang segar itu, tetiba dia terdengar 1 bunyi....aummmmmmmm bunyi tu bergema! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya mennunggu mangsanya saja.
   Jadi, si hamba Allah ni pun ketakutan dan lalu lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tersebut kejar lah hamba Allah ni. Harimau tu kejar,kejar,kejar dan kejar.. Hamba Allah ni punyalah takut ,berlari lintang pukang. Sempat jugak dia berdoa agar diselamatkan dari di baham dek harimau lapar itu.
   Dengan kuasa Allah S.W.T diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya . Jadi untuk menyelamatkan diri,hamba allah ni pun terjun lah ke dalam perigi . Di dalam perigi tersebut terdapat tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tersebut. Tapi tali itu pendek je. Jadi si hamba Allah ni hanya bergantungan di tengah-tengah perigi.
    Manakala harimau yang lapar itu menunggunya di mulut perigi. Si hamba Allah ni pun sambil bergayut dia berfikir macam mana dia nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia di selamatkan. Sedang dia asyik berfikir cara untuk selamatkan diri tiba-tiba dia terdengar bunyi kocakan air perigi itu.
    Aaaaaaaa!!!!! Ya Allah.. lagi lah seram di buatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu?? Ada 2 ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib dah jatuh ditimpa tangga si hamba Allah ni. Lagilah bertambah perasaan takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau,bawah pula ada buaya. Semakin risau dan takut.
   Sedang dia berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba muncul pula seekor tikus putih dari celah-celah lubang dinding perigi. Tikus itu naik ke atas mengikut tali di mana hamba Allah itu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus! Alahaiiiiii...camner ni?? dia mengomel sendirian..
   Lepas itu,keluar pula seekor tikus berwarna hitam - naik mengikut tali tadi. Cit!Cit!Cit!Cit! Sampai kat atas , tikus hitam tu pun gigit juga tali itu. Cis, lagi satu! Macam mana aku nak buat ni? Habislah jadi mangsa buaya.. Hamba Allah berfikir lagi, kalau naik ke atas di makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah di makan dek buaya. Aduh..! macam mana ni?
   Sedang hamba Allah itu berfikir macam mana nak selamatkan dirinya, tetiba terdengar 1 bunyi... uuuuuuuuuuuuuuu!!!!! Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit,melihat lebah-lebah yang sedang terbang membawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ini.
   Punyalah nikmat...... hamba Allah itu berkata, "Fuhhhh... manisnya madu ni. Tak pernah kurasa manis seperti ini. Sedapnya... subhannallah, sungguh sedap ni."
   Kerana setitik madu tadi si hamba Allah itu lupa pada harimau yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.
    Kalau semua orang nak tahu, si hamba Allah itu adalah kita semua! harimau yang mengejar itu adalah maut kita. Ajal memang sentiasa mengejar kita! So, beringat-ingatlah..Manakala 2 ekor buaya itu diibaratkan malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti.
    Tali tempat si hamba Allah bergayut tadi adalah jangka hayat kita. Kalu pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendek lah umur kita. Tikus putih dan hitam itu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tempat bergayut tu.
    Madu...madu yang jatuh setitik ke dalam mulut si hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan, setitik madu yang jatuh kedalam mulutnya,membuatkan dia lupa pada harimau dan buaya itu. Macam kita lah juga..bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat...Begitulah seadanya.. Moga kita sentiasa berwaspada...

Monday, July 4, 2011

Cemerlang,gemilang dan terbilang dunia wa akhirat..

Salam Syaaban...hari ni nak tulis sesuatu yang mengingatkan saya kepada seseorang. Seorang hamba Allah yang selalu bercerita, yang selalu ingatkan kami semua tentang kehidupan dunia dan akhirat.. Seorang insan yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. Moga-moga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Dalam setiap ceramah yang diberikan mesti dia akan suruh kami ni menyanyikan lagu.."sepohon kayu daun nya rimbun,lebat buahnya serta bunganya,walaupun hidup seribu tahun kalau xsembahyang apa gunanya" Ustaz ni memang banyak modalnya kalau nak bercerita,kalau dia bercerita mesti terselit sebuah dua lagu untuk dia nyanyi kan bersama kami. Tapi aku cuma teringat tentang 7M yang dia pernah ceritakan, 7M untuk kita cemerlang gemilang dan terbilang dunia dan akhirat. Katanya 7M tu ialah 

     Mufakir,Muallim,Muaddib,Mujahid...Erm nampaknya ada 4 je. 3M lagi tak sempat ustaz tu nak sambung sebab masa tidak mengizinkan untuk dia meneruskan ceramah tersebut jadi dia kata next time sambung lagi. Tunggu punya tunggu tapi belum ada masa yang sesuai untuk sambung semula sesi ceramah menarik tersebut, ditambah lagi dengan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan sehingga lah dia dijemput kembali menemui penciptaNya. Jadi di sini saya cuma boleh berkongsi setakat yang pernah saya dengari sahaja.
Mufakir - Fikir, kata ustaz ni kalau kita nak jadi orang yang cemerlang gemilang terbilang dunia dan akhirat kita kena sentiasa berfikir. Berfikir tentang Allah,berfikir tentang alam ciptaanNya,berfikir bagaimana kita hendak jadi orang yang berjaya. Katanya lagi,dengan berfikir kita akan sentiasa berusaha untuk jadi hamba Allah yang cemerlang,gemilang,terbilang dunia dan akhirat,kita akan sentiasa berusaha untuk perbaiki diri,kita akan sentiasa untuk jadi hamba yang soleh dan solehah. Katanya lagi, kalau anak-anak sebagai seorang pelajar dah tentu-tentu lagi banyak berfikir.. Semua orang mesti berfikir untuk jadi yang terbaik bukan saja di dunia tapi di akhirat juga.
     Muallim-berilmu, kata arwah ustaz ni lagi untuk jadi insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang dunia dan akhirat kita mestilah berilmu. Kalau hidup di dunia ini tanpa ilmu tentu saja dan jangan haraplah kita nak dapat kan title insan cemerlang,gemilang dan terbilang. Dia kata carilah ilmu dunia jua ilmu akhirat dan seimbangkan keduanya. Katanya lagi,hidup di dunia ibarat pengembara..jadi seorang pengembara perlu ada ilmu supaya kita tidak tersesat,supaya kita boleh hadapi kemungkinan yang datang dengan ilmu yang ada walau pun sedikit. Ustaz kata lagi, cari jua ilmu akhirat kerana itu lah yang membawa kita untuk berjumpa dengan pencipta kita Allah S.W.T. Belajar lah selagi boleh,selagi mampu agar jiwa kita tidak kosong dan tandus.
     Muaddib-Berakhlak,beradab. Arwah ustaz ni kabo:)  lagi untuk jadi hamba Allah yang cemerlang,gemilang,terbilang dunia dan akhirat kita mestilah seorang yang berakhlak dan beradab. Tanpa akhlak dan adab jangan mimpi nak dapat 3 title itu. Berakhlak pada masa yang mengekori kita,maksudnya tepati masa.Beradab pada sesiapa sahaja supaya mudah kita untuk mencari ilmu walau dengan siapa pun kita berada. Berakhlak dengan Maha Pencipta itu yang lebih penting sebenarnya supaya setiap ilmu yang kita terima mudah kita nak amalkan,mudah kita nak belajar. Ustaz kata..Tapi setiap kata-katanya ada kebenarannya.Jadi katanya jadi lah orang yang berakhlak dan beradab terutamanya dengan Allah dengan mok ayoh :D seterusnya pada orang-oarang yang ada disekeliling kita agar title cemerlang,gemilang dan terbilang itu dalam redha Allah dan semua insan.
     Mujahadah-berjuang. Ustaz kata untuk jadi insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang kita mestilah berjuang. Berjuang lah selagi kita mampu selagi kita punya kesempatan selagi kita punya masa selagi mata belum tertutup rapat. Berjuang untuk jadi hamba yang terbaik,berjuang untuk cari ilmu untuk kita jadi cemerlang gemilang dan terbilang. Ni saya kata: saja nak tambah " jangan mengalah walau banyak kali kita jatuh tersungkur,walau berpuluh kali kita berjuang" Setiap mujahadah itu pasti ada ujian yang mendatang..
     Akhirul kalam.. sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsikan.. Moga-moga saya dapat ingatkan diri saya juga kalian.. Moga Allah permudahkan jalan kita untuk jadi hambaNya yang cemerlang,gemilang dan terbilang di sisiNya dunia wa akhirat.. InsyaAllah.. Selamat beramal di bulan mulia ini..:D





Saturday, July 2, 2011

Tidak penting tapi menarik..(3)

1- Berapa kali bulan yang diriwayatkan terbelah pada zaman Rasullullah s.a.w?
 
Dua kali iaitu terbelah dalam kisah Abu Qubais dan al-Suwaida.

2- Apakah persamaan yang mengaitkan keempat-empat sahabat berikut?
     Ubay bin Ka'ab
     Mu'az bin Jabal
     Zaid bin Thabit
     Abu Zaid
Empat penulis wahyu yang terkemuka pada zaman Rasullullah s.a.w.

3- Bilakah 5 solat fardu diwajibkan ke atas muslimin?
10 tahun selepas Rasullullah diutuskan sebagai Rasul

4- Siapakah antara Ummul Mukminin yang mempunyai ilmu dalam perubatan?
Sayidatina Aisyah r.ha.

5- Siapakah pemimpin pasukan Quraisy dalam perang Uhud?
Abu Sufyan

Thursday, June 30, 2011

Tidak penting tapi menarik..(2)

1- Dalam surah apakah peristiwa Rasullullah s.a.w berpaling daripada seorang lelaki buta direkodkan dalam al-Quran?
Abasa

2- Apakah surah yang jika di bahagikan jumlah ayat dalam surah itu dengan nombor surah,maka jawapan yang akan terhasil ialah 2?
Surah al-Rum. Jumlah ayat = 60 ayat. No surah 30. Maka 60/30=2

3- Apakah perkaitan 3 perkara di bawah?
  • Menenggelamkan sampan
  • Membunuh anak kecil
  • Menegakkan kembali dinding yang hampir roboh     
Tindakan Khidir yang menyebabkan Musa mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut

4- Apakah nama surah yang disebut dengan nama para nabi dan dirujuk kepada nabi?
Yunus,Hud,Yusuf,Ibrahim,Muhammad,Nuh,al-Muzammil dan al-Muddaththir pula dirujuk kepada Muhammad s.a.w

5- Makhluk yang paling ringan seksaan nya di neraka.
Orang yang dipakaikan selipar daripada api dikakinya,yakni Abu Talib                                                                                                                                          

Wednesday, June 29, 2011

Bila kita tengok..kita pun rasa..tapi bila kita tengok..barulah kita sedar..

--> BILA KITA TENGOK               Kambing bebas merumput dan tak payah mandi
--> KITA PUN RASA                      Seronok dan senangnya jadi kambing
--> TAPI BILA KITA TENGOK     Kambing menggelupur kena langgar
--> BARULAH KITA SEDAR         btapa beruntungnya kita krna ada akal yg blh bfikir ttg bahaya
                                                                            

--> BILA KITA TENGOK                Orang kaya-raya hidup mewah dan bersuka ria
--> KITA PUN RASA                        Ingin juga hidup senang seperti mereka
--> TAPI BILA KITA TENGOK       Beban dan risiko yg perlu mereka hadapi
--> BARULAH KITA SEDAR          Bersyukur dengan apa yang dikurniakan tuhan

--> BILA KITA TENGOK                Burung bebas terbang di angkasa
--> KITA PUN RASA                        Ingin juga jadi seperti burung
--> TAPI BILA KITA TENGOK       Burung kena lastik dan terkurung
--> BARULAH KITA SEDAR           Sedar erti kebebasan yang sebenarnya